Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa bezanya dengan perkataan aku seorang Usahawan, aku seorang Doktor, aku seorang Jurutera, aku seorang Cikgu atau Aku Seorang Blogger. Kalau 2-3 tahun lepas Blogger hanya aktiviti sambilan kepada sebahagian kecil masyarakat yang mahir dengan IT tetapi tidak lagi sekarang. Berapa ramai sekarang rakan blogger yang sudah berani mengatakan bahawa Aku Seorang Blogger sepenuh masa.
Untuk mengumumkan Aku Seorang Blogger adalah perkara mudah tetapi untuk menjaga etika profesion seorang blogger itu yang susah. Apabila kita sudah mengaku Aku Seorang Blogger maka kita juga mesti merasai diri kita seperti Usahawan, Doktor, Jurutera dan Cikgu yang mesti mempunya kod etika dan disiplin.

Menjadi seorang blogger sepenuh masa dengan menjana pendapatan untuk kehidupan keluarga adalah perkara lumrah sekarang. Jika nilai sebuah property atau harta tanah terletak pada lokasi, lokasi dan lokasi, nilai blogger sepenuh masa pula terletak pada trafik, trafik dan trafik. Lihat sahaja Google, Yahoo dan Facebook berusaha dengan berbagai cara untuk menguasai trafik sehingga sanggup mengeluarkan ratusan juta dollar membeli website yang mempunyai trafik yang tinggi.
Aku Seorang Blogger tidak boleh menjadii tiket untuk tulis apa sahaja atau publish apa sahaja gambar hanya kerana nak dapat trafik tanpa memikirkan sensitiviti Agama, keamanan Negara dan keharmonian Bangsa.
Aku Seorang Blogger akan terus berusaha supaya apa juga yang aku buat akan memberi manafaat bukan sahaja kepada blog denaihati tetapi kepada blog-blog lain terutama yang baru seperti tip blogging terbaik dan memberi manafaat kepada seluruh alam sebagaimana tagline Hidupkan Untuk Memberi. Top Blogger Malaysia bukanlah matlamat utama untuk Aku Seorang Blogger.
Bagaimana pula anda rakan blogger?
Nota : Jangan lupa baca tip blogging terbaik dari semua 60 rakan blogger Malaysia dan Indonesia @ link.
84 Comments
setuju kata member tu. dah mcm tajuk contest t. Apa pon bro mmg hebat 🙂
Curahan rasa shah URL @ ..Aku Seorang Blogger 2
TTerbaik AKU SEORANG BLOGGER Dari Denai Hati !!!
Curahan rasa Danial @ ..Aku Seorang Blogger Pening
Emang, Benar. ibarat blogger itu adalah sebuah rumah, bila rumah, berada pada kota tertentu, tento harga jualnya mahal. namun bila rumah tersebut berada di pesawahan, kurangnya trafik lalu lintas, maka harga tanah tersebut. sedikit. blogger butuh traffik agak page (nilai harga menjadi semakin terkenal) nice article, kawan.
Curahan rasa Dei @ ..Habbat’S Bonus Umroh
Tapi masa digi awards tu, saya macam x ok la blog serius tu menang. X patut2
Curahan rasa juanita @ ..Churp Churp RM4016
Blog Serius tu alexa ranking Malaysia bagus
duit dari blog tak de masuk… tak pandai2 lagi.
Curahan rasa Adzriel AB @ ..Nama-nama pilihan Eyrique Ettiqazz
blogger itu tanggungjawab dan tekanan hidup haha
Aku belum berani lagi bilang saya adalah blogger full time
Curahan rasa Metrolisa @ ..The Importance of SEO in Internet Marketing
Sudah pasti, karena kita hanya online beberapa saat saja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..The Raid | Indonesian Action Movie Sells Out the World
Kalau blogger sepenuh masa rasanya kena korbankan masa yang lebih kepada aktiviti berblogging.
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
tak dinafikan.. pendapatan dari blog mmg banyak membantu kehidupan seharian saya
Yer la, Pendapatan sampingan kan.. Saya pun terfikir juga, daripada kita duduk melayan TV, lebih baik kita duduk berblogging, ada juga pendapatan sampingan dari situ
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
menjadi bloger memang tidak mudah, tapi jika kita mau berusaha pasti semua bisa..
good for denaihati !!
Curahan rasa obat herbal kanker payudara @ ..Gejala Penyakit Ginjal
Benar.., kawan memang menjadi blogger itu tak mudah , butuh perjuangan untuk membuah kan hasil yan maksimal.
Curahan rasa Dei @ ..Habbat’S Bonus Umroh
Menjadi blogger memang tidaklah mudah perlu usaha keras dan tetap menjaga konsistenitas tinggi
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mendapatkan Alamat Username Google+
Saya telah membacanya. TQ. Didoakan semoga anda sentiasa sihat dan mempunyai akal yang tajam. Dengan tujuan untuk anda menulis dan menyampaikan maklumat. AMIN.
Curahan rasa sabri69 @ ..Rangkaian Sabri69
Minat juga menjadi seorang blogger tetapi kadang-kadang tiada masa la…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
bagi aku, jadi blogger adalah tanggungjawab untuk memberi. tak kisahlah ilmu ke, pendapat ke, ataupon memberi idea baru untuk perubahan ke arah yg lebih baik
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Unsur Pop-Art Dalam Hiasan Dalaman Apartment Di New York
Salam terima kasih atas pencerahan dan perkongsian kali ini..semoga aku seorang blogger dapat memberikan dan membantu mereka yang memerlukan..
Curahan rasa Jurnal Alkiram @ ..Kenapa Kek Tidak Jadi apa puncanya
Comments are closed.