Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan hidup di dunia terlalu sebentar ibarat berteduh sekejap kepenatan di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang panjang. Dunia ibarat ladang untuk kita berusaha menjadi hasil sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi. Rasanya semalam menyambut Maal Hijrah 1432 tetapi kita sudah sampai di penghujung tahun hijrah 1432. Begitu cepat masa berlalu menuju akhir zaman yang semakin dekat. Pasti 1432 akan ditinggalkan dengan seribu memori suka, duka, kajayaan dan kegagalan. Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza pencapaian sepanjang 1432.
Akhir hijrah 1432 dan mula hijrah 1433 jangan dibiarkan begitu sahaja ibarat hari-hari biasa yang kita lalui dengan kesibukan dunia yang tidak pernah akan habis. Ada banyak amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan sebagai menutup tahun hijrah dan membuka lembaran baru 1433.
1. DOA AKHIR TAHUN HIJRAH bagus dibaca bersendirian atau terbaik berjemaah bersama keluarga sebelum masuk waktu Maghrib 29 Zulhijjah 1432.
2. DOA AWAL TAHUN HIJRAH bagus dibaca selepas solat Maghrib.
3. Solat malam dengan membaca dzikir antaranya baca ayat kursi sebanyak 360x.
4. Puasa sunat pada 1 Muharram 1433.
5. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram 1433.
Rakan Blogger mungkin ada amalan-amalan baik lain sempena menyambut kedatangan tahun hijrah yang boleh dikongsikan untuk kita amalkan bersama.
Hijrah 1432 akan berlalu jangan ditangisi sekiranya kita melalui tahun yang penih cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan ini bermakna Allah SWT kasih kepada kita maka itu kita diuji. Ramai yang kata mereka banyak masalah tahun ini tapi sebenarnya selagi kita hidup selagi itu kesusahan itu bukan masalah hanya sekadar ujian yang masih boleh diperbaiki. Masalah itu hanya ada di alam akhirat apabila kita tidak cukup bekalan tetapi tidak boleh lagi perpatah balik mencari bekalan baru.
Yang lepas biarkan lepas terima dengan ikhlas dan redha. Fikirkan yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Aku nak syorkan amalan baru di tahun baru hijrah 1433 iaitu membaca surah Yassin setiap hari selepas suboh. Azam amalkan selama 40 hari berturut-turut dan jika berjaya pasti akan menjadi amalan seusia hidup. Insyallah di masa yang lain akan aku ceritakan fadilat membaca Yassin setiap hari selepas subuh dan pengalaman mereka yang telah mengamalkannya.
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
161 Comments
salam maal hijrah..semoga menjadi insan yg lbh baik..
amiiinn….salam kenal alia
Curahan rasa waloetz @ ..SERIBU PERNAK PERNIK PONSEL ANDROID
Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1433H 2011/2012. 🙂
Salam Maal Hijrah utk semua
Curahan rasa rosezha @ ..SALAM MAAL HIJRAH 1433H
Salam Maal Hijrah untuk semua
Curahan rasa wazy @ ..Salam Maal Hijrah 1433
Salam maal hijrah semua warga blogger.. semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya
Curahan rasa myvitrd @ ..Terima Kasih Sayang Sebab Nak Belikan Samsung Galaxy Note
salam maal hijrah.. Hijrah itu pengorbanan!
Curahan rasa KiD @ ..Tunaikan Impianku Samsung Galaxy Tab 10.1
salam maal hijrah bro Denaihati.
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Salam Maal Hijrah 1433H
membaca surah Yassin setiap hari selepas suboh.
memang jarang buat , boleh kita berazam untuk buat .,.insyallah niat tu penting ..
Curahan rasa puanbee @ ..Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Yang Diamalkan Oleh Para Ulama’
buat tu memang boleh kan PB, tapi nak istiqamah itu paling susah.
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Salam Maal Hijrah 1433H
itu lah cuba dulu
insyaAllah, itulah, sama2 kita tekad utk ada amal yg istiqomah…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Salam Awal Muharram 1433H
Berhijrahlah ke arah kebaikkan, muhasabah diri mendekati Tuhan Yang Esa. Berdoa di akhir tahun dan di awal awal tahun Hijrah spt di atas.Mudah-mudahan kita sama2 memohon doa kepada Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″
Kemaafan dipinta buat semua, semoga kita pergi ke tahun 1433 dgn penuh keinsafan. Salam Maal Hijrah buat umat Islam seluruh dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″
Masa berlalu begitu pantas sekali, kita bakal meninggalkan 1432 Hijrah dan 1433 akan menjelang tiba. Salam Maal Hijrah. Semoga membawa sinar baru dlm kehidupan kita.
insyaallah..cuba melaksanakannya…
salam maal hijrah
Curahan rasa nizam @ ..Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah,1 Muharam 1433H
salam maal hijrah..semoga kita berubah menjadi lebih baik
Curahan rasa Adib @ ..Rigid Gas Permeable Lense
salam maal hijrah. harapnya tahun baru ni memberi penuh makna kepada semua 🙂
Curahan rasa eyra @ ..Acer Aspire S3 Ultrabook Gadget Impianku
sungguh cepat rasanya masa berlalu..
Curahan rasa paihujey @ ..Penting Gravatar Bagi Identiti di Alam Maya
yup.
Comments are closed.