Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila mengembara aku suka melihat sekeliling untuk memahami kehidupan. Satu perkara yang aku belajar daripada kembara di berpuluh-puluh negara sejak bertahun adalah betapa ramai manusia berhijrah meninggalkan keluarga demi sesuap nasi. Sama seperti fenomena pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Pakistan dan India yang datang ke Malaysia mencari rezeki.
Semua negara maju dan sedang membangun yang pernah aku jejaki seperti England, Perancis, Italy, Arab Saudi, UEA, Qatar, Singapore, Hong Kong, New Zealand menjadi destinasi pekerja daripada berbagai negara semada secara sah atau secara haram. Pernah aku menaiki teksi di Dubai yang dipandu oleh seorang lelaki asal India yang sudah lebih sepuluh tahun bekerja dan hanya pulang setahun sekali bertemu anak dan isteri. Ketika menaiki teksi menuju airport di Rome pemandunya asal Kemboja sudah lebih 15 tahun tidak pulang ke tanah air.
Berbagai bangsa yang berhijrah ke negara orang mencari rezeki tetapi jarang sekali aku terjumpa orang Malaysia yang bekerja di negara lain. Pernah sekali ketika kami sesat di Prague bertanya kepada seorang wanita bertudung yang rupanya juga asal Malaysia sedang tersesat sama seperti kami. Adakah orang Malaysia sudah selesa bekerja di negara sendiri? Atau orang Malaysia pengecut tidak berani mencabar diri bekerja di negara orang kerana terlalu sayang untuk meninggalkan keluarga?
Sangkaan aku salah sebab kalau ikut cerita The Big Small Boy yang pernah bekerja petik buah apple di Australia ramai sebenarnya orang Melayu Malaysia yang bekerja di Australia. Tak kisahlah samada yang kena tipu atau memang mereka pergi untuk bekerja di sana sebagai pemetik buah. Khabarnya ramai juga orang Cina Malaysia yang bekerja di Jepun sehingga suatu ketika Jepun mengetatkan visa bagi mengelakkan mereka menyalah guna visa pelawat yang diberi.
Walaupun ada orang Malaysia yang bekerja di negara orang tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan bangsa lain. Mungkin orang Malaysia sudah rasa selesa hidup di Malaysia yang kaya raya walaupun hakikatnya ekonomi sendiri tidaklah bagus mana pun. Aku pernah mengembara bertahun-tahun di negara orang jadi aku boleh kata sebenarnya orang Malaysia memang pengecut bekerja di negara orang sebab itu sekarang kita lebih banyak komplen daripada nak berusaha mengubah diri. Usahkan nak bekerja di negara orang, nak jadi volunteer seperti Blogger Rayyan Harries lagilah susah. Mungkin suatu hari nanti apabila sudah terpaksa barulah kita berani.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Mungkin benar bagai dikata kita adalah bangsa yang hilang tetapi jangan terus hilang dari peta dunia kerana sifat kita yang hanya hero di negara sendiri.
Nota : Selamat jalan kepada Rayyan Harries yang akan buat kerja kebajikan di India selama lebih enam bulan.
103 Comments
Mendalam gila padu kena artikel Malaysian pengecut ni, hehe minoriti rasanya bangsa Melayu paling sikit nak berkerja di luar negara. Sebab ;
1) Belajar tak tinggi
2) Knowledge rendah
3) Dah nampak peluang yang belum/sudah diterokai di Malaysia ni sebab satu bangsa yang mendominasi sekarang ekonomi Malaysia
4) Takut tak boleh survive sebab bangsa asing bila dah dok luar negara
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Tips Untuk Dapatkan Akaun Google Adsense Yang Kini Menyokong Bahasa Melayu
tak salah nak cuba sesuatu yang baru, kebanyakan kita masih playsafe rasanya
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Anda Ibu Menyusu Dan Mahu Kurus?
tersentap juga dengan artikel ini, rupanya kita tak berani nak berhijrah ke luar, sedangkan warga bangla yang kita pandang sebelah mata pun mampu merantau dan balik kekampung halaman 2,3 tahun sekali
Curahan rasa onlajer @ ..Motivasi Berblog Dengan Ranking Alexa
Yang ke luar negara tu pun pengecut sbb takut / tak mampu bersaing di negara sendiri.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Barangan Runcit Yang Dikenakan Dan Tidak Dikenakan GST
emmm, mungkin betul gak apa yang DH tuliskan.. melayu selesa di negara sndiri…
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Singgah Di Kedai Gunting Rambut Bunga Tanjung
Kalau akak berpeluang belajar atau kerja di luar negara, satu family akak angkut. Btw, selamat jalan Rayyan!
Curahan rasa akak vitamin @ ..Radikal Bebas Punca Sel Badan Rosak
Apabila ramai berhijrah keluar negara untuk mencari rezeki adalah tanda bahawa ekonomi negara sendiri sedang tidak menentu.
Ia juga petanda bahawa kerajaan mereka tidak berupaya membela rakyat dan tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang cukup .
Alhamdulillah, negara kita masih baik. Ramai ke luar negara untuk belajar atas tajaan kerajaan atau bekerja sebagai profesional. Bukan sebagai buruh kasar seperti rakyat negara2 jiran kita.
Curahan rasa NFH @ ..Review: Miracle Cream Untuk Semua Masalah Kulit
seronok kalau dapat berhjrah ke negara orang. walau sejauh mana kita pergi, malaysia tetap paling selesa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
Bagi saya tiada sebab mengapa harus berpindah atau berhijrah ke negara lain,duduk di Malaysia lagi selasa/aman……!
Curahan rasa galut @ ..Pesaing Anda
Buat masa sekarang memang agak sukar untuk kerja luar negara.. Entah la.. Sayangkan keluarga.. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan keluarga ..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan ke-24 Panduan Menjahit Baju
Orang Malaysia bukanlah pengecut sangat. Tetapi lebih kepada pentingkan keluarga sendiri. Walaupun tidak semua ada juga sebahagian kecil yang berkhidmat di luar negara. Malaysia kan negara Aman.
Curahan rasa yangbaik @ ..Antara air mata dan bateri motor
Bukan rakyat Malaysia tak boleh berhijrah tetapi kita orang Islam susah sikit nak makan makanan halal bila berada di negara luar. Itu yang susah kita dorang ke luar negara untuk bekerja.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia
Teringin dan mahu keluar dari kelompok sekarang. Moga Allah beri keberkatan dan semangat pada kita. Jauh perjalanan luas pengalaman… 🙂
yeop kenal haries sejak sekolah menengah dulu. satu dorm, satu sekolah, satu PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) cuma berlain kelas. dialah inspirasi rakan-rakan kami suatu ketika dahulu, walaupun ramai tak sukakannya.
teringin nak jumpa dia lagi, entahlah masa dan waktu menentukan semuanya. sebenarnya banyak lagi nak menulis tentang dia, cuma tunggu peluang sekali lagi bertemu dengannya.
beliau memang seorang hebat. sangat hebat.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Apakah Benar-benar Ambil Tahu Setelah Diputuskan Persahabatan di Facebook
Bila berkunjung ke tempat orang baru kita tahu.
Dengar ramai juga org Malaysia ke Australia.
Selamat Jalan Rayyan
Curahan rasa faizalpj @ ..Bergaya Dengan Jam Tangan Dari Zalora Ke Pejabat
Comments are closed.