Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
Saya sampai sekarang masih blur bab SEO ni. Tapi boleh la nak faham sikit2 bila baca dalam blog Tuan dan blogger Hasrul Hassan yang memang terbaik dalam bab SEO ni
Curahan rasa ieta @ ..TAWARAN MASUK UNIVERSITI
sangat menarik entry ni..
Curahan rasa ayu @ ..Kelebihan Shaklee untuk susu ibu
Yang namanya SEO ini tak pernah lekang oleh waktu untuk diperbincangkan, terutama oleh para blogger.
masih lagi banyak yang fyna kena belajar lagi. nampak senang….
Curahan rasa fyna @ ..Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Ke 56 Tahun 2013
saya x pernah beli atau belajar di kelas SEO ker apa, tp dari apa yg ditulis ni saya setuju. Ramai yg salah faham. Senang cerita begini, tulislah dengan “SEO” iaitu mengikut corak yang di sukai oleh robot google kerana yg mencari entry blog adalah robot google. Dengan kaedah SEO yg baik dan betul, maka content releven dapat dipaparkan akibat dari amalan SEO yg betul. Ianya seolah panduan buat robot google akibat dari amalan SEO dlm entry. Benda mcm ni sbnrnya baik utk jangka panjang dan juga baik bagi blogger kerana engin carian google suka dengan entry kita. Kita juga yang untung…
Soalannya sekarang, susah ker nak buat entry SEO? Jawapannya x susah(dari pengalaman ciput saya). Sebab apa x susah? Sebab aku belajar ler, hehehee
Curahan rasa Juan @ ..Berhari Raya Dengan Nasi Hujan Panas
Malu saya dengan blogger lain. Sudah lama berblog masih kurang faham dengan SEO..
Curahan rasa ahmadyani @ ..2 Kenangan Raya Yang Hilang
tak perlu malu sebab SEO ni sentiasa berubah yg penting kemahuan kita nak belajar
Dahulunya saya ada perasaan seperti anda.. Tetapi saya bangkit untuk bertanya pada yang lebih berani untuk bertanya.. Bagus perkongsian seperti ini, diskusi SEO takkan pernah padam, takkan pernah lekang dari mulut seorang blogger..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Sekerap mana anda membuat entri
terima kasih perkongsian ini DH. Mambantu untuk saya yang baru dalam SEO ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rezeki dari Allah S.W.T
Mohon Team Denaihati Network anjurkan kelas SEO !
Dalam master kelas kita ada tajuk kecik SEO sebagai asas dari situ boleh kita kembangkan utk kelas yg lebih advance
Terima kasih atas nasihat. This makes sense 🙂
Curahan rasa NoktahHitam @ ..The Conjuring is the Best Western Horror Movie EVER by James Wan
artikel SEO perlu ada pada setiap blog yang memang nak kan trafik tapi tak adalah sampai setiap artikel wajib masukkan elemen SEO. yang penting, study untuk dapatkan trafik organik. hehehe!!
Curahan rasa Lizz @ ..Lizarazak Dot Com Kini 5 Tahun
hahahha.. ntah la. diorg silap faham ke saya yg silap faham. yg sy faham SEO ni terkandung di dalam entri kita. tak kira la entri psl apa. SEO ni membuatkan entri kita keluar bila org cari ttg apa yg kita tulis. tak kira la keyword tu keyword panas atau organik. ada cara sebenarnya nak buat entri ada elemen SEO tanpa mencacatkan penulisan kita. Ilmu yg tuan denaihati dan tuan eizil ajar masa kat starbuck dulu terus sy praktikkan sehingg skrg. terima kasih sifu…
Curahan rasa sohoque @ ..Aplikasi Mesti Install: Football Buddy Untuk Pemain Fantasy Football
Ramai Rakan Blogger yg tak belajar SEO fikir SEO ini hanya penulisan sahaja tetapi sebenarnya SEO ni ada banyak benda yg tak menganggu ISI kandungan entri pun.
Curahan rasa denaihati @ ..Blogger Adalah Pemikir Hebat
cerita sensasi bukanlah tiket untuk menarik jutaan trafik ke blog kalau kita tidak mempelajari tentang SEO. cerita-cerita biasa pun boleh menarik jutaan traffic kalau kita mula memahami SEO.
Curahan rasa hatiputera @ ..Nuffnang CPUV(Cost Per Unique Visit) Campaigns 7 Dan 8
Mmg betul. Elok sangatlah kalau datang seminar kalau nak serius belajar seo. Jangan kedekut beli ebook, sebab ebook nie sebagai rujukan.
Curahan rasa Joe @ ..Buat Duit Dengan PPS,PPL, PPD, PPC Dan Lain-Lain
tengah usaha nak buat long lasting SEO.. bukan mudah.. tapi kalau belajar insyaAllah dapat..
seo ni..umpama makan cendol.
Kita tak makan cendol..kita takkan tahu cendol tu manis atau tidak.
Sama dengan seo..kita tak cuba, kita tak belajar..kita takkan tahu seo ni mudah sebenarnya.
Curahan rasa titan @ ..Cara nak turunkan berat badan selepas bulan puasa/raya?
Comments are closed.