Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
Betol la abg Denaihati…buku Teknik SEO Merah Jambu tu mmg bnyk ilmu pasal SEO dan affiliate..so, sape2 yang serius dengan benda ni..memang patut beli e-book tu..
Curahan rasa Fakarepain @ ..PROTON SUPRIMA S BAKAL DILANCARKAN 17 OGOS INI
SEO menjadi sebuah term yang begitu compleks yang mau jadi blogger berjaya memang sepatutnya belajar mengenai hal ini
Saya pun baru tau pasal SEO, sedang belajar dan cuba terapkan di blog mana yang boleh. Memandangkan niche blog saya dalam Bahasa Melayu, mmg susah sikit utk dapatkan trafik organik. Trafik tinggi yg masuk pun melalui sebaran twitter. Tapi ada kawan saya yg mempunyai blog niche yg sama tapi dalam B. Inggeris langsung tak nak ambil tahu mengenai benda2 di sebalik blog. Apa yang penting bagi dia ialah unsur luaran blog. Saya berpeluang tengok statistik blog dia. Kalau hari yang dia tak buat posting, bilangan UV lebih kurang blog saya je. Padahal blog dia sudah hampir 3 tahun. Mungkin dia lebih menumpukan kpd FB/TW je kot.
Curahan rasa N’war @ ..Mari Undi Malaysia untuk Lokasi Konsert Jelajah 2014 LEDApple
kak Kujie mmg legend
Curahan rasa ariff @ ..Proton Suprima S – Kereta Baru Proton Yang Terakhir?
ooo Arif, mai rumah kak jie bagi duit raya 🙂
Curahan rasa Kujie @ ..Tips Telefon Masuk Air Dengan Beras RM 1.11
Setakat ilmu seo saya hanya sedikit. Yang penting isi entrinya bagus…
Curahan rasa hafiz @ ..Minuman yang jarang dijumpai
Bagi pendapat saya isi kandungan blog lebih diutamakan. . Selepas itu baru selitkan teknik-teknik seo dalam entri, bagi yang berminat untuk mendominasi enjin carian Google. ..
Curahan rasa anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
Ternyata banyak pula pemahaman SEO saya yang salah…
Belajar banyak di sini lewat sahabat-sahabat blogger semuanya
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Lolos Mengerjakan Psikotes
masih keliru… rasanya lama kelamaan SEO akan dtg sendiri tanpa kita sedari betul ke?
Curahan rasa AUC @ ..Tema Hari Kemerdekaan 2013 ke 56
Seo boleh datang sendiri kepada kita tanpa kita sedari sekiranya tanpa disengajakan kita telah mempraktikkan teknik-teknik seo dalam penulisan kita. ..
Curahan rasa anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
wah best pembahasan abang, dan seo sepertinya memang masih menjadi barang yang sangat berharga, kalo mendengar seo pasti telinga pada tegak, nak tahu dari ujung sampai akar, tetapi seo hanya sekedar seo kalo tidak pernah update dan memiliki keragaman isi didalam blog kite,, semangat
Curahan rasa penowo @ ..Tips Menjadi Blogger Sukses
Pada mulanya MJ juga keliru, tapi bila baca pendapat dari komen2 termasuklah pendapat dari DH, MJ baru faham apa sebenarnya.
Penulisan di blog juga memainkan pranan, kekadang entry personal pun akan terkena SEO jugak.. Jadi tak perlulah terlalu mengejar SEO.. betul ke?
Curahan rasa Myra Jay @ ..Homemade Burger Sedap 🙂
Ayat last tu kena betul kan “tak perlu mengejar entri sensasi”
saya masih mempelajari ilmu seo…banyak lagi yang perlu saya belajar…
Samalah kita. . Sehingga sekarang saya masih mempelajari seo
Curahan rasa anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
SEO itu dominasi enjin carian…. sebaik-baik SEO ialah SEO untuk kata-kunci berkualiti yang meningkatkan reputasi & jualan.. Tak ada guna kalau rangking pada suatu-suatu kata-kunci yang memberi trafik tinggi tetapi tiada sebarang hasil (terlalu tinggi bounce rate).
Ikhlas,
Amin Johar
(Jurutera SEO Malaysia)
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | Ribbon
Betul tu saya setuju dengan pendapat bro Amir Johar
Curahan rasa anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
Aku terus terang memang saya tak faham dgn benda SEO,aku cuba utk memahami atau mencari dimana letaknya SEO itu dalam sesuatu article… tapi makin pening…lah…
Curahan rasa galut @ ..Affiliate Startup Mechanic Software
@Galut,
Fokus sahaja kepada aktiviti menghasilkan kandungan artikel yang mempunyai info berkualiti.. rangking SERP (Search Engine Result Page) akan menyusul sedikit demi sedikit.. 🙂
Lebih ‘MANTOP’ jika sudah bersedia & tahu ‘ASAS SEO’.
Ikhlas,
Amin Johar
(Jurutera SEO Malaysia)
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | Ribbon
SEO itu sendiri bermaksud “Search Engine Optimization” maksudnya..mengoptimasikan kandungan blog tu untuk naikkan di top search di dalam search engine. Sudah tentu search engine yang popular..
ada sesetengah blogger mungkin menganggap entri SEO,blog SEO,Main SEO dan memacam lagi lah..sebenarnya itu adalah beberapa teknik yang digunakan untuk naikkan search quiry ke search engine..lebih kepada aspek teknikal kalau dilihat..
tapi tak ramai blogger yang nak sembang sangat pasal deep link,OBL,Moz,Link Juice,Link Authority,Panda,Penguin,long tail keyword,Google Dance..dan lain-lain..semua istilah tu seakan-akan asing plak bagi SEO Player…sedangkan..SEO player sudah maklum tentang perkara tu.:D
mungkin blogger baru hanya berminat untuk short term keyword yang mana keyword tersebut bakal ditendang selepas beberapa ketika apabila dah top rank, sedangkan nak maintain keyword tu di atas..bukan satu kerja mudah..backlink dari site high PR juga tak ramai yang ambil berat..apatah lagi no follow dan dofollow site..cuma mungkin segelintir yang ambil peduli..kan ?:D
*terpanjang plak komen..hehee
Curahan rasa reezluv @ ..Contest Mudah – Review Fotocinta & Menang
Saya suka komen ini. 😀
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
Banyak juga pengetahuan bro reezluv tentang seo ni. .. nak tahu seo yang kita praktikkan selama ini menjadi ataupun tidak. .. kenalah join mana2 contest seo. .
Curahan rasa anuar @ ..Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..
kak jie pernah sentuh bab backlink blog top rank, tapi kebanyakkan blogger lebih fokus kepada quantiti…ramai nak join contest yg perlu bagi bakclink berlambak…dia tak sedar nilai blog dia jatuh kalau backlink keluar terlalu banyak. kena tahu setakat mana yang cukup saja, jangan berlebihan.
kita kena jaga ‘milik ‘ kita, blog kita..bina dengan bahan yang berkualiti baru tahan lama
Curahan rasa Kujie @ ..Kenapa Kak Jie Jarang Sertai Gathering Blogger
Saya dah kena sekali lansung kena tampar dengan google … Memang serik tapi belajar dari pengalaman sangat berharga.
Comments are closed.