Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.
Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.
Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook. Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.
AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,
AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.
Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.
125 Comments
Nampaknya keputusan yang diambil oleh AE telah menampakkan kejayaan yang lebih baik untuk beliau
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Char Koay Teow Simply Delicious
kalaulah dapat bersifukan abanghensem dalam bidang hartanah ni mesti best.hehehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Top 10 Ilmu Yang Dibeli Oleh Orang Berjaya Tahun 2013
Memang kagum dengan AE, tapi lagi kagum dengan DH kerana mampu membantu rakan kongsi sehingga ke tahap boleh berdikari dengan sendirinya.
Curahan rasa halif @ ..Warga Putrajaya Hembus Nafas Lega
saya juga berasa bangga dapat mengenai jaringan DenaiHati Network .. semoga dapat berjumpa kalian satu hari nanti..
Sekarang KB juga sedar blogger adalah platform terbaik untuk bergerak lebih jauh dalam bidang perniagaan…
Curahan rasa kakiblog @ ..Berguru Dengan Juara Contest SEO Eridy
saya suka kisah ini. Ianya menceritakan akan bagaimana BOLEH dunia blogger untuk maju dan berjaya dengan syarat ada usaha dan target akan apa yang di mahukan
Curahan rasa Juan @ ..Formula Diet Atkins Berkesan Untuk Kurangkan Berat Badan
wah seru sekali acaranya, thanks dh untuk infonya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Pengobatan Alternatif Hydrocephalus
Tahniah kerana berjaya dengan kerjaya masing-masing.
Moga semangat kalian dan kejayaan kalian akan menjadi semangat buat DM
semoga abang ensem terus sukses dalam bidang yang dipilih. terasa cemburu nak berjaya macam dia jugak 😉 insyallah satu hari nanti
Curahan rasa Azri Johan @ ..Jemputan Untuk Join Google Adsense?
Alhamdulillah.. bangga dengan pencapaian mereka, kekadang cemburu ada.. tp cemburu itulah menaikkan semangat untuk berjaya seperti mereka jugak 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Sorotan kenanganku tahun 2013
semoga abang ensem kekal ensem selalu.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Cikgu, anak saya gemuk. Tolong kuruskan dia, boleh?
selamat maju jaya dan semakin berkembang bisnes AE.
Curahan rasa Mohd Rasul Abu Hanipah @ ..Tahun Melawat Malaysia 2014, Sasar Tarik 28 Juta Pelancong
Yeahhh..selamat maju jaya untuk AE selalu…amin….
Curahan rasa Hafizul @ ..Senarai Kerja Kosong Di Internet
Tahniah Bro AE! Semoga terus sukses dan maju di luar sana. Apalah agaknya plan Bro AE selepas ini?
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Mudah Design Cover eBook Yang Cun
Gua plan lepas ni nak jadi pelakon dan penyanyi pulak.. heh heh heh.
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Tawaran Jerut Diri
selamat meneruskan perjuangan AE..jadi artis lak ke?:-p
Curahan rasa JMR @ ..Char Koay Teow sedap di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious
Comments are closed.