Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.
Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.
Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook. Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.
AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,
AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.
Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.
125 Comments
tahniah buat abang ensem dan berharap beliau dan denaihati akan terus berjaya walaupun buka lagi bersama sama
Curahan rasa Juan @ ..Panduan Belajar Saham Untuk Pelabur Baru Newbie
Bukan senang nak tinggalkan kerja tetap utk masuk ke dunia tanpa sempadan ni.}
Curahan rasa ahmad ijat @ ..Tahun Baru 2014 dan Zakat
terima kasih atas informasinya
websitenya keren Bang,
Curahan rasa brandon @ ..Uni Emirat Arab Buat Kontes Kecantikan Unta
tahniah untuk beliau kerana berani…dah godd luck utk beliau
Curahan rasa ema @ ..Surat kepada Sekolah Rendah Agama
Walaupun bergerak sendiri, pastinya jalinan network kekal utuh..
Curahan rasa hafiz @ ..Contest Review SirapLimau.com
selamat ya bang, semoga tambah sukses lagi kedepannya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Pengobatan Alternatif Hydrocephalus
all d best pinky brother..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Terbaek boh
hebat!
tshirt DH ye? smart! 🙂
Curahan rasa tips @ ..Misteri Kehilangan Angkara Makhluk Cilik
Wah3… memang AE telah membuat keputusan yg bijaksana dlm menempa kejayaannya. Tahniah wat Tuan Denaihati selaku penasihat beliau dan tahniah juga wat AE atas kejayaan yang cemerlang di mana jua berada. Terima kasih Tuan atas entri ini, menyemarakkan semangat saya untuk melalui liku2 perjalanan seorang blogger yang memang banyak pahit dan manisnya…
Curahan rasa ieta @ ..KENAPA PERLU TUTUP AURAT?
good luck abang ensem …
Curahan rasa Razifredz @ ..Macam cantik jer … macam comel jer …
handal betul mamat ni
Curahan rasa zool @ ..Cabaran awal tahun 2014
selamat maju jaya abang ensome…
Curahan rasa mancai @ ..10 cara memulakan kerja di tahun baru
aamiin…dengan semangat, keyakinan dan usaha mereka asti berjaya Insyaallah
Curahan rasa KY @ ..Gambar-Gambar Banjir Di Kemaman 2013
Dah sampai seru barangkali…
Curahan rasa weschairs @ ..Fitnah dibawa facebook
Comments are closed.