Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.
Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.
Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook. Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.
AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,
AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.
Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.
125 Comments
Selamat Maju Jaya buat Abangensem dan Kak Siti Sweetkurma..
Curahan rasa UpProfits @ ..No Flare No Problem
Semoga maju dan jaya AE.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Takwim / Kalendar Sekolah Tahun 2014
tahniah AE,semoga suskses selalu..
,kepada pembaca lain sila la lawat laman web saya ni,banyak info menarik yang anda belum tahu.>>>klik sini<<<
Selamat Maju Jaya untuk Blogger AE dan Kak Sweetkurma..
Tahniah Team Denaihati.. Suka dengan cara team Denaihati..
Semoga Allah membalas semua kebaikkan dan perubahan yang Team Denaihati buat…
Apapun best of luck team Denaihati…
p/s – rugi tak sempat join masterclass yang last sbb ada hal…
Curahan rasa fazrol @ ..Kidal ke tidak?
Saya baru sekali berjumpa dengan beliau, meskipun tidak sempat bercakap banyak, tapi saya bisa menilai bahwa beliau adalah pekerja ulet dan rendah hati.
Semoga AE semakin berjaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cara Mendapatkan Bitcoin Gratis
‘Ulet’ tu apa Bang Iwan?
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Tawaran Jerut Diri
Semoga berjaya. Sama-sama berjaya. Teruskan sifat mulia itu! Tahniah!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Banyak idea baru, tapi satupun tak jalan. Kenapa?
Tahniah kepada AE dan Denaihati Network kerana berjaya melahirkan seorang retis…hehehe…. semoga terus maju jaya hendaknya……
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Gejala Kes Rogol Kanak Kanak
Semoga berjaya abangensem…walau bukan lagi dalam team denaihati tentunya hal ini tidak akan memutuskan tali silaturahmi karena hal ini demi merintis bisnis dan usaha.
Saya yakin beliau abangensem juga akan berpikiran yang sama, tidak satu team akan tetapi hati tetap dalam jenama denaihati network.
Semoga sukses untuk kita semuanya dunia akherat aamiin…aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pendaftaran TKHI PPIH 2014
Siapa sangka Abang Ensem yang dulunya kurang mendapat perhatian dlm blog Denaihati kini bangun bersama. Tahniah bro. Boleh ajar saya main saham berkenaan hartanah kot. Eh ada ke? 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..10 Tweak Jailbreak iOS 7 Wajib Install Di iPhone, iPod & iPad
Kepada Abang Ensem, terus optimasi dan semangat
Insya Allah akan makin berjaya 🙂
Curahan rasa Rina @ ..Basic Tutorial : PHP Multidimensional Arrays Function Plus Example
haha lain macam aje tp saje bt suspen 😛
Curahan rasa farid laham @ ..Tempat Ping Blog
Apasal gua rasa macam lucah je entri ni bila terpandangkan perkataan2 seperti, ‘gomoli’, ’empuk’ dan ‘ganas’ ni???
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Hi-Tea Bersama AE (Untuk Awek-Awek Saje)
owwhhh.. lega AE dah tak bersama Denaihati.. kalau tak asyik tgk muka dia jer… hahahahaha. lariiiikkkk!!!
Curahan rasa sohoque @ ..2014 Yang Penuh Pengharapan
Dem lu Sohoque.
Curahan rasa Abang Ensem Berketak @ ..Hi-Tea Bersama AE (Untuk Awek-Awek Saje)
Comments are closed.