Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.
Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.
Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook. Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.
AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,
AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.
Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.
125 Comments
semoga berjaya membawa haluan sendiri.
Curahan rasa Bahrain @ ..Filem Paling Seram Hollywood 2013
Membina jaringan membantu kita meraih apa yang kita inginkan
Curahan rasa Mohd Azrin bin Abu Bakar @ ..Tahun 2013 dan 2014
Ya Allah, tumbang gembira buat AbangEnsem n Sweetkurma juga mengenali Denaihati walaupun di alam maya.
Curahan rasa Myliferia @ ..Brunei Negara Impianku | Hari #8; Cabaran 30 Hari Entry
Selamat Maju jaya A.E dan Sweet Kurma
jadi pengen juga kecipratan suksesnya euy>>>
Curahan rasa Budi Majid @ ..Power Bank Eser Eagle 6200 mAh
tahniah buat AE, moga beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, aminnn
tak sangka gandingan mantap “encik haris” dan “izzah” walaupun pertama kali bertemu di majlis sepetang bersama blogger 2012, telah membawa kami kepada satu team bersama DenaiHati, alhamdulillah, moga siratulrahim berpanjangan
terimakasih juga buat Denaihati atas tunjuk ajar yang dihulurkan kepada kak sweetkurma yang sejujurnya “sweet” hihi, all the best jugak buat Denaihati and The Team, aminnn
AE dan Sweetkurma, adalah diantara contoh orang-orang yang rajin berusaha, kreatif sehingga mereka layak mendapat kejayaan
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Beasiswa Luar Negeri Kementerian Kominfo Tahun 2014
Tahniah buat Abang Ensem dan Kak Sweet Kurma kerana berjaya dalam perniagaan masing-masing.. Tahniah juga diucapkan kepada team Denaihati kerana berjaya menaikkan nama blogger-blogger dan usahawan di Malaysia…
Curahan rasa Anuar @ ..Nilai Yang Perlu Di Bayar untuk sebuah kegagalan…
Wah… AE dah mampu berdikari… Kalau tak dok bawah ketiak DH la… Haha.. Ingat lagi, dulu-dulu kenal blog AE lebih awal dari blog DH… Dari blog AE lah baru terjumpa blog DH…. Tahniah AE… Jangan lupakan kami yup..
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Projek Buat Duit Dengan Blog | Kerja Sambilan 2014
wahh..ada gambar gua gak. haha..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 89 dan 90
semakin jauh..moga makin hensem selalu..:D nak juga jadi hensem poket macam beliau..ehehe
Curahan rasa reezluv @ ..Tutorial Block Iklan Google Adsense
AE banyak membuka mata saya untuk merebut peluang yang terhidang..Alhamdulillah, hopefully one day dapat mengikut jejak langkahnya membina bisness sendiri….
Terimakasih juga buat denaihati yang banyak memberikan nasihat, tunjuk ajar dan berkongsikan pengalaman…. Plan perlu disusuli dengan action..In Shaa Allah…
Good Luck juga buat team Denaihati yang semakin mengorak langkah ke hadapan…
Abangensem takde.. maka aweks2 ramai lah jumpa saya.. hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Makan Ikan Patin Masak Tempoyak
Tahniah buat Tuan Denai dan team…juga sekalung tahniah buat AE pinky…
Curahan rasa kakmahh @ ..Africa ride 2013 – Berita Harian
Tidak bersama tim Denaihati tidak semesti terputus tali persahabatan. Selamat maju jaya kepada AE. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..TP-Link TD-W8961ND Wireless N ASDSL2 Modem Router
Comments are closed.