Aaron Ramsey tidak dapat disekat lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada tiga perlawanan yang lepas nama Aoran Ramsey meniti di bibir Arsenal Fan selain nama Mesut Ozil. Kejayaan Aoran Ramsey menjaringkan dua gol ketika Arsenal menewaskan Sunderland 3 – 1 kemudian satu gol ketika Arsenal menewaskan Olympic Marseille 2 – 1 untuk perlawanan pertama kumpulan F Champions League 2013/14 dan terkini satu gol ketika Arsenal menewaskan Stoke City 3 – 1.

Inilah kehebatan Arsene Wenger boleh mendidik pemain muda menjadi superstar dunia kalau sebelum Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Van Persie yang kini sudah menjadi wira di kelab lain, kini giliran Aaron Ramsey yang bakan menganas selain Jack Wilshere. Kerana kehebatan Arsene Wengerlah maka Ozil sanggup meninggalkan Real Madrid berhijrah ke Arsenal untuk menjadi lebih baik daripada yang terbaik.

BPL 2013/14 standing week 5

Prestasi Arsenal dengan kehebatan pemain-pemain muda yang digabungkan dengan pemain baru Ozil dan Flamini telah meletakan The Gunners di posisi pertama Barclays Premier League 2013/14. Melihatkan jadual jika Arsenal terus dengan rentak pemainan yang baik pasti dapat mengekalkan di posisi pertama sehingga menentang musuh ketat Liverpool pada 2/11/13.

Champions League 2013/14

Kemenangan Arsenal kepada Olympic Marseille di tempat lawan untuk perlawan pertama kumpulan F Champions League 2103/14 juga memberi suntikan semangat. Kumpulan F yang juga dibarisi pasukan terkuat Napoli dan Borussia Dortmund dikatakan kumpulan paling sukar jadi kemenangan di tempat lawan membawa mata sangat penting untuk melayakan diri kepusingan seterusnya. Perlawanan yang seterusnya pada 1/10/2013 menentang Napoli di Stadium Emirates.

[box type=”shadow”]Keputusan Kumpulan F Champions League

Arsenal vs Napoli : 2 – 0
Borussia Dortmund vs Maarseille : 2 – 0
[/box]

Baca juga : Mesut Ozil superstar baru Arsenal

Capital One Cup 2013/13

Arsenal yang dibarisi pemain muda seperti Ryo Miyaichi, Chuba Akpom, Kristoffer Olsson, Thomas Eisfeld dan Serge Gnabry bersama beberapa pemain senior telah berjaya menewaskan West Brom dengan penentuan penalti. Seperti kata Ozil pemain-pemain muda Arsenal sangat berbakat yang boleh dilatih menjadi superstar dunia. Pada pusingan ke empat Arsenal telah diundi untuk bertemu dengan musuh ketat Chelsea pada 29/10/2013 di Stadium Emirates. Pasti perlawanan ini dinanti oleh ramai peminat bola sepak dunia. Yang pasti Arsene Wenger pasti akan menurunkan pemain muda sebagai platform untuk mengasah bakat dan ruang untuk merehatkan pemain senior yang lebih fokus kepada BPL dan CL.

Barclays Premier League 2013/14 Week #6

Minggu ke enam BPL 2013/13 Arsenal akan bertandang ke Liberty Stadium menentang Swansea sebuah pasukan yang buka mudah dikalahkan dengan taktikal pemainan yang terbuka. Top form Aaron Ramsey dengan gabungan Ozil, Wilshere dan Giroud diharap dapat menganas merobek benting pertahan Swansea disamping diharapkan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny dapat menyekat kelincahan Michu yang berjaya merobek jaring Arsenal musim lepas.

Live streaming Arsenal vs Napoli @ Twitter


 

Keputusan BPL 2013/13 Week #6

[box type=”shadow”]Tottenham vs Chelsea : 1 – 1
Swansea vs Arsenal : 1 – 2
Fulham vs Cardiff City : 1 – 2
Aston Villa vs Manchester City : 3 – 2
Southamptom vs Crystal Palace : 2 – 0
Manchester United vs West Brow : 1 – 2
Hull City vs West Ham : 1 – 0
Stoke City vs Norwich City : 0 – 1
Sunderland vs Liverpool : 1 – 3
Everton vs Newcastle : 3 – 2[/box]

Barclays Premier League 2013/14 telah memakan mangsa pertama apabila pengurus Sunderland Paolo Di Canio telah dipecat pada minggu ke lima … siapakah selepas ini.

Gambar aksi menarik pemain utama Arsenal.

[customgallery]


Spread the love

53 Comments

    1. Bro kenapa pulak cakap nama Ozil tenggelam … Tak baca berita kat banyak website bola yg tak abis2 sebut nama Ozil sehingga ada yg kata perpindahan terbaik musim ni. Lagi pun prestasi Real madrid sedang menjunam tu memang bagus sgt Ozil keluar.

  1. Pemerhatian kasar, pembelian Mesut Ozil memberikan impak yang besar buat pemain2 yang lain..No wonder Cristino ronaldo marah ozil dijual, dia kan antara yang paling banyak assist tahun lepas di La Liga..
    Curahan rasa eyriqazz @ ..Jurang Ekonomi BumiputraMy Profile

      1. Madrid boleh dapat lebih $$$ bila jual Ozil berbanding dengan De Maria atau pemain-pemain lain. Ini utk cover balik duit beli Bale. Madrid sudah pun beli Isco utk bermain di posesi No. 10 dibelakang Banzema dan Ronaldo. So Ozil agak surplus bagi mereka walaupun dia pemain yg berkualiti.

        Kelab2 lain yg mampu beli Ozil termasuklah Man Utd, Man City dan Chelsea tapi masing2 dah ada Rooney/Kagawa, Aguero/Fernandinho, Hazard/Mata. So, untung Arsenal lah… 😀
        Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Tonnes of Cuteness : Baby Pandas in a CribMy Profile

  2. Apa yang saya boleh tengok Wenger seorang pengurus yang pandai Membentuk pemain muda agar menjadi superstar.Sanggup menunggu lama untuk performance yang superb seperti aaron ramsey yang makin menjadi2 sekarang ini,

    Pandai menguruskan kewangan bukan sahaja pemain.otak ekonomi dan memberi keuntungan kepada management.Kurang sangat hutang
    Harapan agar Arsenal akan menjadi johan dan trible pada tahun ini

  3. Wenger ialah seorang yang visionary dan penyabar. Dia tahu macam mana nak hone skills budak2 dia. Cuma perlukan masa sedikit untuk budak2 dia nak sesuaikan diri sesama team mates dan untuk mencari their best footing in the club. Ramsey improving even dari last season. Tak dinafikan, saya rindu masa bila Arsenal was at the top of the game. Henry, Bergkamp, Pires.. I miss those years. Harapan semoga Arsenal boleh kembali dan stay on top of the league.

    Come On You Gunners!

  4. Pasukan Arsenal semakin hari semakin bangkit dah telah mendominasi carta sekarang dengan adanya Aaron Aziz player baru. Erk ! maaf silap taip sebenarnya Aaran Ramsey! yes! Aaran Ramsey sebenarnya. Walaupun Arsenal bukan pasukan pilihan namun tuan Tanah Denaihati senyum sampai ke telinga sebab Arsenal adalah pasukan kegemaran Beliau.

    Kekebalan dan kekuatan Arsenal semakin teguh pada malam terakhir mereka beraksi nak menampakkan keharmonian serta keserasian dengan barisan pemain seperti Ryo Miyaichi, Chuba Akpom, Kristoffer Olsson, Thomas Eisfeld dan Serge Gnabry juga di galasi oleh barisan pemain lama.

    Sekarang ini pula sedang berlangsung pertempuran antara Tottenham menetang Chelsea yang mana Chelsea ketinggaln 1 – 0 di belakang.. disaat komen ini di taip Chelsea menyumbat masuk pada minit ke 56 tapi malangnya “offside” (kuciwa aku….)

    Saya benar-benar yakin bahawa penyokong Arsenal berkehendakan pasukan Tottenham tewas kepada Chelsea untuk terus berada di atas carta supaya senyum boleh terus di ukir tanpa pemanis bibir.. jika Tottenham menang mungkin Arsenal terpaksa keraskan perut sedikit bagi menahan kemaraan Tottenham mendaki tangga teratas. 🙂

    Berita Sukang…. majulah Sukang untuk Negara..
    Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Facebuk Semakin Tidak Sesuai Pengguna bawah UmurMy Profile

  5. Aaron Ramsey mula menunjukkan kemampuan dia selepas tragedi patah kaki. Sekarang tahap confident dia semakin meningkat.. That’s why Wenger tetap menurunkan Ramsey season lepas. Walaupun ramai yang mengutuk kata Ramsey tak layak main untuk Arsenal. Season nie, dia dah tunjukkan dia sememangnya salah satu bakal lagenda di Arsenal.

    Dengan faktor kewangan Arsenal yang semakin stabil, Arsenal maybe akan menjadi pencabar untuk BPL utk tahun mendatang. Kesabaran peminat Arsenal akan dibayar tahun ini. Kita pasti akan berbangga dengan Arsenal season ini. Tanpa kelibat pemain bintang yang keluar seperti season yang lepas-lepas. Pemain Arsenal kenal corak permainan masing-masing.

    Apapun apa semoga semua yang terbaik untuk Arsenal. In Wenger we trust. Aku suka Wenger walaupun dalam keadaan kewangan yang terhad, Arsenal tetap dikalangan yang terbaik di BPL.

    Malam nie, Arsenal mesti menang. he he.

    Over plak aku komen kali nie.. Bab Arsenal mmg excited sikit…he he..

    Sorry bro..
    Curahan rasa fazrol @ ..Jep Sepahtu gaya bini Mat Yo dalam Super Spontan!My Profile

  6. Walaupun teman kaki liverpool tapi teman respect dengan Wenger sebab satu sahaja.

    Kebijaksanaan urus niaga

    Kerana
    # Wenger seperti sedia maklum boleh kata sezaman jugaklah dengan Fergusan dalam menguruskan kelab bola sepak. Bertahun-tahun kelab lain asyik tukar saja pengurus tapi 2 kepala besar ni tak tukar-tukar juga kerana apa? kerana bijak mengurus kelab dalam mencapai matlamat kelab di hujung liga tu.

    Pengurusan kelab itu pula di bahagikan kepada
    1) Pengurusan Manusia
    2) Pengurusan Wang

    kedua-dua tu berkait rapat

    Oleh kerana BPL ini ialah industri bola maka daya penariknya ialah pemain hebat dan permainan yang menarik.

    Bijaknya wenger ni ialah pada awal dia menguruskan arsenal apa yang dia perlu mula-mula ialah pemain berpengalaman dengan harga yang munasabah dengan kualiti main bola.

    Kualiti main bola ini pula dilihat daripada sudut skill dan kesungguhan bermain.

    Apabila tahun silih berganti tahun pemain muda yang di ambil juga bukan sebarangan. Mesti capai kualiti permainan tertentu dan di sinilah peranan pemain berpengalaman untuk pindahkan bakat dan skill serta nasihat corak pemain muda itu untuk berada pada satu tahap yang terbaik.

    Pada teman wenger melihat kepada nilai komersial yang bakal pemain itu berikan pada kelab seiring dengan bakat pemain tu kerana urus niaga bola ini berpaksikan kepada

    1) Perpindahan pemain
    2) Tajaan barangan pemain
    3) Bayaran hak royalti siaran bermain bola
    4) Sokongan peminat fanatik kelab

    Jadi apa yang wenger perlukan untuk sampai ke penghujung liga dengan ada trofi ialah sedikit kepercayaan diri para pemain untuk genggam liga dan a bit of luck tiada banyak pemain yang cedera untuk perlawanan bola yang genting.

    Oleh kerana barisan pemain dengan skill sudah ada, apa yang wenger perlu sekarang ialah hanya rotate pemain dan boost moral pemain untuk setiap perlawanan.

    Sekian Buletin Bola BPL

  7. Selepas ketiadaan King Henry, Arsenal memang hilang punca. RVP seorang kat Arsenal tak mampu nak bawa banyak Piala ke Emirates Stadium. Paling menyakitkan bila RVP dijual ke ManUtd. Skang selepas beberapa musim, nampaknya penyokong Arsenal kembali berharap dgn ketibaan Mesut Ozil. Ia umpama pelengkap kpd Ramsey.
    Namun, boleh ke mereka bertahan kerana sebelum ini, Nasri pun bagus, Podolski pun hebat, tetapi nasib tidak menyebelahi Arsenal.
    Ozil dan Ramsey memang bintang yg akan menaikkan kembali Arsenal, dengan syarat Arsene Wanger punya resepi baru. Player yg baru mungkin tidak selesa kalau bermain cara lama, cara Arsene Wanger. Dah lama Arsenal, The Gunners tak ada ‘gun’ untuk menembak pasukan lain. Semoga musim ini Arsenal kembali kuat, baru la ada semangat nak lawan dengan ManUtd, ManCity, Chelsea dan Liverpool.
    Jgn lupa,,, Swansea pun kadang-kadang memberi kejutan dengan kekuatan pemain Attacking Midfielder Michu… Berhati-hati…
    Curahan rasa MrJocko @ ..Dua Spek Baru Jenama ReebokMy Profile

  8. Ramsey dah jaring 6 gol dlm 7 perlawanan rasanya musim ni. Arsenal lepas ozil masuk dah naikkan motivasi pemain 100%. Diorg lebih percaya dan yakin kt wenger. Arsenal mmg salah satu pesaing untuk cabar juara tapi masih terlalu awal untuk yakinkan saya hehe

    Main kat swansea sangat susah.musim lepas top team hanya man utd dgn man city je menang rasanya. Arsenal takde masalah nak jaringkan gol cuma bolos tu mungkin ada kali ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!