Aaron Ramsey tidak dapat disekat lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada tiga perlawanan yang lepas nama Aoran Ramsey meniti di bibir Arsenal Fan selain nama Mesut Ozil. Kejayaan Aoran Ramsey menjaringkan dua gol ketika Arsenal menewaskan Sunderland 3 – 1 kemudian satu gol ketika Arsenal menewaskan Olympic Marseille 2 – 1 untuk perlawanan pertama kumpulan F Champions League 2013/14 dan terkini satu gol ketika Arsenal menewaskan Stoke City 3 – 1.

Inilah kehebatan Arsene Wenger boleh mendidik pemain muda menjadi superstar dunia kalau sebelum Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Van Persie yang kini sudah menjadi wira di kelab lain, kini giliran Aaron Ramsey yang bakan menganas selain Jack Wilshere. Kerana kehebatan Arsene Wengerlah maka Ozil sanggup meninggalkan Real Madrid berhijrah ke Arsenal untuk menjadi lebih baik daripada yang terbaik.

BPL 2013/14 standing week 5

Prestasi Arsenal dengan kehebatan pemain-pemain muda yang digabungkan dengan pemain baru Ozil dan Flamini telah meletakan The Gunners di posisi pertama Barclays Premier League 2013/14. Melihatkan jadual jika Arsenal terus dengan rentak pemainan yang baik pasti dapat mengekalkan di posisi pertama sehingga menentang musuh ketat Liverpool pada 2/11/13.

Champions League 2013/14

Kemenangan Arsenal kepada Olympic Marseille di tempat lawan untuk perlawan pertama kumpulan F Champions League 2103/14 juga memberi suntikan semangat. Kumpulan F yang juga dibarisi pasukan terkuat Napoli dan Borussia Dortmund dikatakan kumpulan paling sukar jadi kemenangan di tempat lawan membawa mata sangat penting untuk melayakan diri kepusingan seterusnya. Perlawanan yang seterusnya pada 1/10/2013 menentang Napoli di Stadium Emirates.

[box type=”shadow”]Keputusan Kumpulan F Champions League

Arsenal vs Napoli : 2 – 0
Borussia Dortmund vs Maarseille : 2 – 0
[/box]

Baca juga : Mesut Ozil superstar baru Arsenal

Capital One Cup 2013/13

Arsenal yang dibarisi pemain muda seperti Ryo Miyaichi, Chuba Akpom, Kristoffer Olsson, Thomas Eisfeld dan Serge Gnabry bersama beberapa pemain senior telah berjaya menewaskan West Brom dengan penentuan penalti. Seperti kata Ozil pemain-pemain muda Arsenal sangat berbakat yang boleh dilatih menjadi superstar dunia. Pada pusingan ke empat Arsenal telah diundi untuk bertemu dengan musuh ketat Chelsea pada 29/10/2013 di Stadium Emirates. Pasti perlawanan ini dinanti oleh ramai peminat bola sepak dunia. Yang pasti Arsene Wenger pasti akan menurunkan pemain muda sebagai platform untuk mengasah bakat dan ruang untuk merehatkan pemain senior yang lebih fokus kepada BPL dan CL.

Barclays Premier League 2013/14 Week #6

Minggu ke enam BPL 2013/13 Arsenal akan bertandang ke Liberty Stadium menentang Swansea sebuah pasukan yang buka mudah dikalahkan dengan taktikal pemainan yang terbuka. Top form Aaron Ramsey dengan gabungan Ozil, Wilshere dan Giroud diharap dapat menganas merobek benting pertahan Swansea disamping diharapkan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny dapat menyekat kelincahan Michu yang berjaya merobek jaring Arsenal musim lepas.

Live streaming Arsenal vs Napoli @ Twitter


 

Keputusan BPL 2013/13 Week #6

[box type=”shadow”]Tottenham vs Chelsea : 1 – 1
Swansea vs Arsenal : 1 – 2
Fulham vs Cardiff City : 1 – 2
Aston Villa vs Manchester City : 3 – 2
Southamptom vs Crystal Palace : 2 – 0
Manchester United vs West Brow : 1 – 2
Hull City vs West Ham : 1 – 0
Stoke City vs Norwich City : 0 – 1
Sunderland vs Liverpool : 1 – 3
Everton vs Newcastle : 3 – 2[/box]

Barclays Premier League 2013/14 telah memakan mangsa pertama apabila pengurus Sunderland Paolo Di Canio telah dipecat pada minggu ke lima … siapakah selepas ini.

Gambar aksi menarik pemain utama Arsenal.

[customgallery]


Spread the love

53 Comments

  1. kehebatan Arsene Wenger dalam melahirkan bintang bola sepak dunia memang tidak dapat dinafikan lagi. Semakin ramai nama besar mula menjadi buah mulut hasil didikan Wenger.

    Dengan adanya Mesut Ozil dan kembalinya bisa Aaron Ramsey serta bintang bintang lain seperti Giroud, Podolski dan Cazorla, harap nya Arsenal dapat kekal di taktha Liga dan menjadi juara.

  2. aaron ramsey memang nadi kepada kebangkitan arsenal musim ini. memang tak dinafikan kehadiran Ozil menambahkan lagi kreativiti untuk menggugat kubu pertahanan lawan tetapi persembahan aaron ramsey yang sedang memuncak sekarang boleh menjulang Arsenal untuk memenangi gelaran kali ini. Tahniah dan harapnye begitu lah sehingga akhir musim ini.

  3. Alhamdulillah..sebagai salah seorang peminat arsenal (sejak di bangku sekolah dan dikecam oleh peminat man u yang sangat ramai hehehe)..saya gembira dengan prestasi the gunners setakat ini..ramsey membuktikan walaupun dia pernah patah kaki (akibat terjahan keras pemain stoke dahulu) dia tetap berusaha dan menunjukkan tiada yang mustahil di dunia selagi ada minat dan kesungguhan yang konsisten mampu mengubah segalanya..

  4. wenger pernah buat statement yang dia tak sangka ramsey boleh gol begitu banyak pada permulaan season ni.. papepun, harap groud pun lebih banyak gol lepasni..hehe malam ni kalau chelesa n spurs draw dan arsenal menang, memang makin jauh la gap 😀
    Curahan rasa Zuan @ ..Uncle Zuan BlogMy Profile

  5. arsenal perlu berani keluarkan duit untuk membeli pemain yang terbaik dan berpotensi.. suka juga dengan cara arsenal main ni. walaupun minat MAN UNITED.

  6. memang satu kerugian besar buat Real Madrid kerana menjual Mesut Ozil kpd Arsenal……dan skrg Arsenal mempunyai kelebihan dengan pembelian yg sangat berbaloi….

  7. Assalammualaikum..bro denaihati,

    wahh… hebat , bro denaihati adakah peminat arsenal… mselim3 peminat MU… memang mselim3 x nafikan prestasi arsenal baik2 sejak akhir2 ini, biasalah tu kan.. sesebuah kelab memang ada jatuh dan bangunnya.. macam manshester United.. begitu gak masa alex .. tp masa pengurus baru moyes.. perlu buktikan sesuatu agar sokongan peminat x luntur… ini kerana peminat fanatik.. mengharapkan agar pasukan mereka sentiasa naik …

    mselim3

    pls: jatuh dan bangun adalah perkara biasa kan…itulah lumrah kehidupan…
    Curahan rasa mselim3 @ ..Entry Khas : CPUV daripada Nuffnang SFCFMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!