Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Telah tertulis dalam diri setiap insan bahawa kita tidaklah sempurna mana. Sedar atau tidak, kadang kita tersasar dalam kehidupan. Kita memang tak pernah terlepas dari melakukan dosa. Mengikut nafsu yang sentiasa menghasut diri yang penuh kelemahan.
Namun, Allah Ya Muhyi tetap memberikan kita nafas untuk dihela, walau diri banyak terpalit dosa. Mengapa? Kerana Dia Ya ‘Afuw Ya Ghafur masih menunggu taubat kita.
Masih menunggu keinsafan hamba-Nya. Cuma kita yang tetap leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara. Jangan jadikan alasan untuk bertaubat.
Rasulullah SAW yang bersifat maksum dan dijamin syurga pun sentiasa bertaubat pada setiap saat. Istighfar tidak pernah sekali lekang di bibir baginda. Inikan pula kita, para pendosa.
Berikut di kongsikan 4 kepentingan menyegerakan taubat :
1. Senang Dapat Ilham Daripada Allah Untuk Jauhkan Dari Nafsu
Ilham itu datangnya daripada Allah untuk menyuruh kita melakukan kebaikan. Berbeza dengan nafsu, yang mengajak kita ke arah kejahatan.
Ilham dan nafsu itu umpama satu pertandingan yang memberikan kita dua bentuk balasan. Sama ada syurga yang penuh kenikmatan, atau neraka yang penuh kesengsaraan.
Cuba bayangkan, alangkah ruginya kehidupan ini andai ilham itu tidak menjengah ke dalam hati kita. Bagaimana mungkin kita mampu meraih pahala kebaikan kalau ilham itu tidak kunjung tiba.
Kerana itulah kita dituntut untuk bertaubat kepada-Nya agar diberi ilham yang sangat kita inginkan.
Baca : Dosa dan buat dosa lagi selepas bertaubat, apakah syaitan sudah menang?
2. Bukan Manusia Sempurna
Sebagai manusia, terkadang kita melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak. Kesalahan itu bisa menyebabkan kita mengumpul dosa yang memungkinkan kita menjauh dari rahmat Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, kerana jika berkumpul dalam diri seseorang ia akan dapat membinasakannya.” (H.R Ahmad dan Al-Tabrani)
Hidup ini memerlukan keberkatan dan keredhaan Allah. Barulah terasa nikmatnya bahkan beroleh kemenangan di akhirat sana.
3. Ajal Tidak Menunggu Untuk Bertaubat
Ajal setiap insan telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah. Ada yang meninggal sewaktu usia muda, ada yang sewaktu masih sihat tubuh badannya dan ada yang baru tadi kita jumpa sedang bergelak ketawa.
Kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita bahkan ajal tidak sesekali menunggu kita untuk bertaubat. Jadi janganlah berlengah untuk bertaubat, dikhuatiri nanti kita tidak sempat.
baca : “Apabila kau ada masalah, pergilah bermusafir dan banyak berdoa…”
4. Bila Matahari Terbit Dari Barat
Jika matahari sudah terbit dari Barat, segalanya sudah tidak diterima lagi hatta keimanan, kebaikan mahupun taubat.
Qurthubi dalam tafsirnya menjelaskan, para sarjana Muslim berkata:
“Keimanan tidak berguna lagi bagi manusia ketika matahari terbit dari barat, kerana hati mereka sudah dirasuk ketakutan sehingga memadamkan semua syahwat dan melemahkan setiap kekuatan badan.
Kerana yakin hari kiamat sudah dekat, keadaan semua manusia berubah menjadi seperti keadaan orang yang menghadapi kematian. Dorongan bagi melakukan maksiat sudah terputus dan lenyap daripada diri mereka.
Oleh sebab itulah, taubat orang yang bertaubat dalam keadaan itu tidak akan diterima sebagaimana tidak diterimanya taubat orang yang dijemput ajal.”
baca : Lakukan 2 tips ini jika anda nak berubah
Janji Allah Bagi Mereka Yang Bertaubat
Bertaubatlah, kerana Allah telah berjanji akan mengampunkan. Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah berfirman:
“Wahai anak Adam! Sekalipun engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa sebesar bumi, namun sesekali tidak mensyirikkan-Ku, Aku pasti akan datang kepadamu dengan membawa pengampunan sebesar bumi juga.” (H.R At-Tarmizi)
Bahkan Allah berfirman dalam Surah Taha, ayat 82:
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”
Rujukan: [1] Muis, F. (2011). Bencana Akhir Zaman. PTS Islamika.
Wallahu’alam. Dah baca klik share 🙂
7 Comments
Jika terbuat dosa, segeralah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa trbuka utk hambanya yg ingin kembali ke jalan yg lurus .
Sentiasa muhasabahkan diri supaya trhindar dari mendapat dosa free .
Betul tu, dalam satu hari mesti ada dosa yg kita buat samaada dalam sedar ataupun tak sedar..
Within the last 10 years, that federal board has taken up about 87 proposals to vary the names of mountains and permitted 69, according to government secretary Lou Yost.
Secretary of State Mike Pompeo. Resnick and KSL Capital Partners chairman Mike Shannon have been once
executives with Vail Resorts, back when it was known as Vail Associates.
Buttigieg’s fundraising occasions can be opened to
the press starting on Tuesday and an inventory of marketing campaign fundraisers shall be released throughout the week, his
marketing campaign manager, Mike Schmuhl, mentioned in a statement.
There are lots of wonderful and price visiting states with plenty of pure
as well as manmade sights to placed on the must see list
situated in US. The true number of automobiles broken is likely a lot bigger nonetheless, as
solely insured vehicles were lined by the estimate, and only those who have
had claims submitted; 1000’s extra uninsured vehicles had been absolutely broken as nicely. https://vtgeoalliance.org/
mudahan kita berpeluang untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. Terima kasih atas perkongsian tuan. moga bermanfaat untuk kita semua
Curahan rasa syaq @ ..Agen Tasneem Naturel Shah Alam
Semoga kita dapat beramal dengan sempurna. Best sangat baca info ni. Jom kita sama-sama amalkan.
Curahan rasa Noraini @ ..Dapatkan Produk Tasneem dari Agen Tasneem Natural Kepong
Tak mungkin boleh elakkan dari berbuat dosa, tapi ianya boleh dikurangkan secara berperingkat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Raya Dengan Shopee
mudah-mudahan kita kekuatan untuk beramal dan sentiasa bertaubat atas segala kesilapan yang kita lalukan selama ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pesanan bilionaire kepada orang yang hendak berjaya
Comments are closed.