Cara Menggunakan Akaun THiJARI Tabung Haji

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah pasti ramai yang sudah mendaftar akaun THiJari Tabung Haji. Mudahlah kepada semua pemegang akaun Tabung Haji membuat semakan akaun dan semakan haji.

Bagi yang belum mendaftar boleh lihat di sini;

Cara Untuk Mendaftar Akaun THiJARI Tabung Haji

Berikut adalah cara bagaimana untuk menggunakan akaun THiJari;

1. Daftar masuk dengan memasukan ID pelanggan contohnya Denaihati251

2. Semak gambar keselamatan jika betul teruskan.

3. Masukkan kata laluan yang telah berdaftar iaitu gabungan angka, Huruf besar, huruf kecil dan simbol contoh 123456Hs@.

4. Setelah daftar masuk, kita boleh semak ringkasan akaun.

4.1. Akaun anak di bawah jagaan ibubapa secara automatik terdapat dalam akaun penjaga. Contoh, sekiranya kalian mendaftar akaun tiga orang anak di bawah nama ibu maka kesemua tiga orang anak akan ada di dalam akaun ibu. Tidak perlu daftar untuk akaun anak bawah 18 tahun.

5. Ada fasiliti untuk perpindahan simpanan Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain. Contohnya nak pindah ke akaun ibubapa dan anak-anak serta pasangan anda boleh dibuat di sini tanpa perlu ke kaunter.

6. Butang khas untuk perkhidmatan haji.

6.1. Daftar haji kepada yang belum daftar.

6.2. Semak status pendaftaran haji kepada yang sudah mendaftar.

6.3. Semak surat jadual penerbangan kepada jemaah yang sudah terpilih.

6.4. Semak jadual kursus haji mengikut Negeri dan Daerah.

6.5. Buat rayuan Haji.

7. Butang untuk Kelab Taha

7.1. Boleh daftar kepada yang belum daftar.

7.2. Semak status pendaftaran Kelab Taha

7.3. Semak e-kad Kelab Taha

7.4. Direktori dan lokasi rakan Kelab Taha.

Video cara mendaftar akaun THiJari

Semoga memberi manfaat kepada yang sudah mendaftar akaun THiJari.

Boleh juga lihat di akaun Tuan Amir Hassan


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!