Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup.
Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?
Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa. Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.
Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar ini.
Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]
Tidak ada kalimat yang lebih sejuk di hati daripada istighfar. Istighfar adalah ubat yang menyembuhkan berbagai penyakit di hati. Istighfar juga merupakan penawar hati ketika seseorang sedang risau. Bahkan Rasulullah SAW menyampaikan bahawa barangsiapa selalu beristighfar maka Allah akan memberinya jalan keluar dari setiap masalah yang dia hadapi.
Kalau kita pernah mengalami masalah yang sulit dipecahkan, marilah kita perbanyak mengucapkan “Astaghfirullahal ‘azhim”. Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita.
Wallahua’alam
6 Comments
istighfar adalah amalan yang luar biasa kesanya..
cuma jika tidak dihayati kesannya tidak terasa cukup power
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tiada Duit Jadi Hina Di Matamu
ketika hati kita dan jiwa kita sedang emosi maka ucapkan lah istigfar dalam hati isnya allah hati dan jiwa kita bisa tenag dan adem lagi 🙂
Bagi melazimkan istighfar ini diucap setiap hari mungkin sukar bagi yang tidak biasa. Cara mudah adalah dengan menambah bilangan istighfar selepas solat. Ia lebih mudah diamalkan selepas solat dan bagi yang biasa istighfar selepas solat, cuba tambah bilangan. Kalau biasa 3, cuba jadikan 7.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jawatan Kosong Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Kerjaan Dibuka Sehingga 17 Februari 2019
terima kasih sudah di share artikel nya sangat lajh menarik semoga bermanfaat . tentunya zikir itu bisa menenangkan pikiran dan hati manusia . i like
mari selalu jaga hati dan lisan serta perbanyak bertaubat semoga kan dipermudahkan segala urusan dan diampuni segala dosa kita , terimakasih atas sharenya Tuan
Curahan rasa munir ardi @ ..Kumpulan Resep Kue Semprit jadul namun bikin kangen
Allahu akhbar.. Tengah hati gundah gulana memang amalkan istighfar dalam hati. Pasti Allah datang membantu
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..RANAU RABBIT FARM DESTINASI MENARIK DI RANAU UNTUK DIKUNJUNGI
Comments are closed.