Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku nak ucap tahniah kepada blogger hebat Ariffshah dengan blognya Ariffshah.com yang telah menempa dari satu ke satu kejayaan dan penghargaan. Aku pun tak ingat bila mula aku kenal denga blog Ariffshah.com, mungkin setelah beliau ikut serta salah satu contest yang aku anjurkan. Yang pasti aku belajar banyak benda terutama tips blogging yang banyak dikongsikan dalam Ariffshah.com.
Ariffshah.com banyak mendedahkan rahsia SEO, Pagerank dan Alexa dalam Bahasa Melayu yang mudah untuk difahami. Aku banyak belajar dan ikut tips meningkatkan Pagerank setelah Pagerank Denaihati.com terjelepuk dari PR4 ke PR0. Aku juga banyak ikut panduan untuk mengurangkan loading time blog setelah mendapat warning dari Google dan Alexa. Tak ugi kalau rajin menyelongkar blog ini kerana banyak ilmu tersembunyi.
Aku dapat merasai bahawa Ariffshah.com bukan blog sebarangan tetapi blog yang mempunyai karektor untuk pergi jauh dalam dunia blogging. Aku mengambil keputusan untuk menjadi sponsor blog Ariffshah.com untuk bulan Julai 2010. Alhamdulillah dengan izin Allah pilihan aku tepat di mana pada bulan Julai Ariffshah.com telah melalui banyak kejayaan, antaranya :
1. Mendapat liputan Kosmo bersama rakan-rakan Gengblogger.
2. Menang hadiah Handphone Samsung Galaxy S dari Maxis.
3. Menang hadiah iPod dari ManggaAd.
4. Mendapat liputan secara peribadi di Kosmo Online dengan tajuk Dunia Blog Ariff.
Aku bangga melihat anak muda yang bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan dan aku yakin Ariffshah yang sekarang masih belajar di Rusia dalam bidang kejuruteraan akan melangkah lebih jauh dalam ke dua-dua bidang. Selamat maju jaya Arifshah dan semuga prestasi ini akan menjadi motivasi kepada blogger lain.
Blog Ariffshah.com pilihan bukan suatu kesilapan. Bila ada kemahuan pasti ada kejayaan.
343 Comments
tips blogging yang di tulis oleh Ariff Shah memang mudah untuk di fahami .. lps jumpa blog dia akhir tahun lepas sampai sekarang memang dapatkan tips dri blog dia .. blog denaihati juga menjadi rujukan .. memang terbaik lah berkongsi ilmu untuk blogger baru
Curahan rasa namia @ ..NAMIA MOBILE BLOG
wah banyak contoh2 yg denai tunjukkan…
kata denai menjadi pembakar semangat untuk newbie macam syaf
Curahan rasa SY @ ..Luahan Seorang Lelaki Dan Luahan Seorang Perempuan
sesuai ngan namanya yang ariff tu..:D
I laughed at the Mario rearrange that someone did. Oh those cheeky gamers!
Regards, Joe
lama lagi tak kesana ahao pasti banyak tips baru
Saya juga kepingin mampir kesana.
Banyak sekali pembelajaran yang bisa diperoleh disana.
Semoga saja saya bisa mengikuti jejak beliau.
Comments are closed.