Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
- Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
- Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
- Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
- Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
- Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
- Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
- Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
- Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
- Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
- Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
- Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
- Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
- Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
- Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.
276 Comments
bab plugin ni yang lemah ni sebab tak boleh guna..
mantop la tips ni…
Curahan rasa Que @ ..Manchester United Tersungkur Di Laman Sendiri | Amukan Si Jiran Tetangga
oh yeke 6 bulan pertama blog denai hati hanya 200-300 trafik sehari?
skrang dah 3000 .. wah .. teruskan berblogging ye denaihati..
zakwan doakan blog denaihati capai 10,000 trafik sehari untuk tahun depan .. insyaAllah 🙂
Curahan rasa Mohd Zakwan @ ..Cerita Lawak Di Kedai Emas
terima kasih berkongsi ilmu, sgt berguna terutama utk org baru seperti saya.
Curahan rasa rosezha @ ..sabtu pertama sebagai student semula
terbaiklah, yg paling best cipta tagline tu…aku suka…hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Berbaloikah Harga Gajet Yang Kita Miliki?
akan di manfaatkan terima kasih
Curahan rasa manja sheila @ ..BAJU KURUNG MODERN 5 (RM244 EXCLUDE POSTAGE)
Kalau itu sudah pasti. Benda yang baik patut dipraktikkan
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Banyak dpt ilmu daripda denaihati ni. Tq Tq.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Panduan Belanjawan Peribadi
wah..banyak belajar dari sini, terima kasih
mantap tipsnyer…
terima kasih…
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
info yang berguna
Curahan rasa anastasyea @ ..Simoncelli Terbunuh Dalam Kemalangan MotoGP di Sepang
Wah~! Sesambil baca pun dah dapat banyak ilmu jugak kat entry sini… mekasih !! 🙂
Curahan rasa Mr LePaK @ ..HP Photosmart Plus B210a e-AiO
15 tip-tip yang menarik!
Curahan rasa Qaseh Gifts @ ..8 Hadiah Unik untuk Kanak-kanak
bagusnya info ini harap dapqat mempraktikkannya diblog saya nanti…..
Betul tu… harus dicuba ni
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Comments are closed.