Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
- Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
- Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
- Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
- Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
- Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
- Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
- Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
- Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
- Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
- Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
- Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
- Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
- Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
- Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.
276 Comments
Thank’s boss infonya
aku nak guna di blog baru aku karena smp 3 lembang betul-betul tak mesra lagi di google semoga blog keduaku ini bisa berkembang dengan tips-tip di atas
Curahan rasa munir ardi @ ..Cherry Belle New Rising Stars
Tapi khan trafficnya blog bro Munir tinggi.
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Tips yang betul-betul berguna, terutama untuk blogger baru seperti Aleesha nie.
Curahan rasa Nur Aleesha @ ..Alasan makan ditepi longkang
wow…bermanfaat.tq
Curahan rasa manja sheila @ ..FOR HER: RM42 EXCLUDE POSTAGE (album code: PES)
thanks untuk tips dan info yg sgt berguna!insyaallah akan berusaha utk capai target! 🙂
Curahan rasa farahdiba @ ..customer is always right!
mesti amalkan satu demi satu perihal ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Make Hobbies Improve Your Personal Life
Ada yang dah dibuat tapi banyak lagi yang masih belum dan akan diusahakan. Terima kasih. Nak juga cuba petua no 6 tu, tapi selalu tak berani nak buat.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com
kena kerja lebih sikit kalau nak semua tuh..
Curahan rasa Izwan @ ..Tip Mengekalkan Trafik Konsisten Di Blog
Kesemua 15 cara meningkatkan trafik blog ni amat berguna untuk semua blogger
Curahan rasa wazy @ ..Spontaneous Thursday #7
thanks atas maklumat yg menarik ni..masih tengah belajar lagi ni mcm mana nak tingkatkan trafik kat blog dengan membaca entri2 dari orang lama mcm denaihati..
Curahan rasa mrs.yie @ ..ANUGERAH SKRIN 2011 : GAMBAR CALON-CALON ARTIS DALAM MAJLIS PELANCARAN ANUGERAH SKRIN 2011
tahniah blog Denaihati…. ramai pengunjung…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..(4) Empat Golongan Sasaran Murtad
Blog berinformasi dan memeberi inseftif kepada pengunjung
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
masih lemah bab-bab ping ni. huhu…
Curahan rasa Sya Isya @ ..KONTEST: SAYA NAK MENANG HADIAH
hampir semua dah aku buat tapi bab buat entri kontroversi ni yang aku lemah.huhu :p
Curahan rasa Pacifista @ ..Hasil Backlink Dari Kak Kujie
Buat entri kontroversi yg ilmiah bukan gosip yang tidak tentu hala puncanya
Curahan rasa Denaihati @ ..Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500 Budget 2012
yang ilmiah ni yang aku tak reti bro :p
kalau entri ko yang Siapa Blogger Hunter tu yang best tu.memang cukup kontroversi 🙂
Curahan rasa Pacifista @ ..Pemenang Contest Review Alexa @ Pacifista.my
Konterversi takut memakan diri je
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
Ramai jer yang suka benda tu kan.. tapi tu jer la, kena hati2 juga dengan benda tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
nak cuba cara nie semua
Curahan rasa azrijohan @ ..Download Soalan SPM Trial
Nice!
Terbaru:
1. Berterusan Kau Tanya, Lagi dan Lagi.
2. Sembunyi Kata Saat Kau Terluka.
Comments are closed.