Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
- Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
- Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
- Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
- Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
- Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
- Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
- Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
- Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
- Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
- Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
- Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
- Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
- Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
- Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.
276 Comments
Rupa2 nak meningkatkan traffik blog memerlukan strategi dan cara yg betul rupanya. Tahun ni tak nak janji, tapi mahu mempertingkatkan usaha ke arah yg lebih bagi menaikan PR.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
2012 ini nak cuba ikut step ini.
Curahan rasa ciksembang @ ..Berdrama English minat tak?
kalau boleh bertanya dan mungkin DH mau berbagi, bagaimana caranya membuat ruangan untuk penulis jemputan…?
Curahan rasa Dadan @ ..Indonesia Miskin Sarjana Teknik
bisa nggak Comment Notifier dan ComLuv untuk blogspot…?
Curahan rasa Dadan @ ..Indonesia Miskin Sarjana Teknik
kayaknya nggak bisa deh…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..MAU KEMANA LAGI ?
alhamdulillah…saya dapat ilmu lagi dan akan saya coba…terimakasih DH…
Curahan rasa Dadan @ ..Indonesia Miskin Sarjana Teknik
Betul…. ilmu yang sangat berguna untuk pengembangan Blog.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..MAU KEMANA LAGI ?
ternyata tak gampang mengembangkan sebuah blog…
Curahan rasa Dadan @ ..Tips Mendapat Beasiswa
hello, terima kasih sudi kongsi info ini. saya lah pelawat yang ke 10k! hehehe.. 🙂
Curahan rasa Rabiatul Adawiyah @ ..Playing with L’oréal Paris skin care because I’m worth it!
Betul tu… harus dicuba ni.. thanks for the sharing the info
Curahan rasa syauqy @ ..Strength Training Workouts
wow… makasih tipsnya.. sangat membantu…
Curahan rasa amadsoim @ ..Harga Nexian Android Magic A893 dan Spesifikasi Nexian Android Magic
terima kasih… br beberapa cara yg di cuba.. 😉
Curahan rasa Nong @ ..Apam Mentega
sharing is caring…
rsnya dlm 15 tu almost separuh aku dah cuba praktikkan tapi dalam mempraktikkan tu kekadang ada senyap berbloging seminggu dua tu yg aku rasakan trafik aku tidak konsisten…
banyak lagi yg aku kene belajar ni
Curahan rasa MENU @ ..BURGER KING RM1 | 16 NOVEMBER 2011
thanks for the sharing the info 🙂
Curahan rasa farah @ ..cerita hari semalam..
Info yang menarik,kalau mampu bermain dengan SEO memang mantap,teruatama blogger wordpress,kalau blogger blogspot,betulkan SEO template anda untu jana trafik dari google terutamanya
Curahan rasa LoveHijau @ ..Cara Pengiraan Pembayaran Zakat Pendapatan
walaupon trafik meningkat, tak salah cuba lagi =p
Curahan rasa Cik Bunny @ ..Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!
Terima kasih kerana berkongsi idea ini. salam perkenalan
Thanks atas info yg berguan utk newbie mcm saya =)
thanks for the info…hoho…
Comments are closed.