Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahang membara pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Dis semakin dirasai selepas 40,000 tiket dijual dalam talian telah dibeli.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam satu kenyataan, berkata 30,000 tiket telah dijual melalui laman web www.tickethotline.com.my semalam manakala baki 10,000 tiket telah dijual hari ini.
Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Gate A dan Gate E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan setiap orang layak membeli maksimum lima tiket.
Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas seri 2-2 menentang juara bertahan, Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Bangkok pada Rabu lalu. Sementara Vietnam mara ke akhir selepas kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada hari Khamis.
Perlawanan akhir AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format salingan dengan skuad negara menentang Vietnam pada hari Selasa sebelum perlawanan kedua di Hanoi pada 15 Disember 2018.
40 Comments
Cepat je laku tiket kalau Malaysia masuk final kan. Padahal masa awal main tak siapa sangka Harimau Malaya akan ke final.
Misi kami di Myanmar pada kali ini sama dengan misi skuad harimau Malaya… Iaitu untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas Asean…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Tak sabar nak tunggu perlawanan kedua di tempat lawan… Semoga pasukan bola sepak Malaysia berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki pada kali ini… Malaysia Boleh!!
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Tahniah pasukan bola sepak Harimau Malaya kerana berjaya mengikat Vietnam 2-2… Tak sia-sia penyokong datang beramai-ramai memenuhkan stadium..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Dengan adanya kemudahan menjual tiket bola sepak secara online akan dapat memudahkan urusan pekerja-pekerja yang bertugas menjual tiket… Cuba bayangkan kalau terpaksa menjual tiket secara manual satu persatu kepada 50,000 penyokong….
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Bagus la kita ikut cara eropah. Semuannya dlm bentuk online. Senang kann
Membeli tiket perlawanan bola sepak secara online lebih memudahkan… Pembeli pun senang hati tak perlu beratur panjang…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Susah gila nak belibdi stadium. Paanas pastu kena beratur panjang. Silap silap tak dpt langsung
Patutlah penuh stadium… Rupanya 50,000 tiket habis dijual (tiket fizikal dan tiket online)… Gigih betul para penyokong ni.. Sanggup Berantur panjang nak beli tiket…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
bertuah siapa yang dapat tiket final pertama hari tu..kagum dan bangga tengok semangat penyokong Malaysia ni..Semoga tim Harimau Malaya berjaya menjadi juara.
Ye. Entah mcm mana mereka beli ye. Semangat kental pergi beratur. Sy mmg tak sanggup
Harapnya ada lah harapan untuk Malaysia menang menentang vietnam malam esok. Sudah lama juga Malaysia mengimpikan kemenangan piala AFF ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..SENSUAL MASSAGE OIL YANG SUNGGUH SEKSI, KHAS UNTUK SUAMI ISTERI
Ada juga pergi malam tadi beratur sampai ke pagi, tapi frust tak dapat tiket. 12 jam beratur, habuk pun tarak dapat tiket.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Strok?
Alahai bukan rezeki namanya tu. Ramai sangat peminat bola. Takpa boleh tonton di tv walaupun situasinya tak sama.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..SENSUAL MASSAGE OIL YANG SUNGGUH SEKSI, KHAS UNTUK SUAMI ISTERI
Mmg lain aura tgkndi stadium dan di ruma. Di rumah lebih selesa. Tapi stadium lagi seronok
Aura bolasepak terutamanya Sukan SEA dan AFF Cup memang mengancam.
Moga Harimau Malaya juara tahun 2018 ini apabila bertemu Vietnam di final pertama dan kedua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Strok?
Yea, esok penentuannya.
Semoga Harimau Malaya akan mengaum bila menentang Vietnam esok.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..SENSUAL MASSAGE OIL YANG SUNGGUH SEKSI, KHAS UNTUK SUAMI ISTERI
InsyaAllah.
Semoga Malaysia beroleh kemenangan dalam pertemuan bola sepak final esok.
Sama-sama beri sokongan esok.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..SENSUAL MASSAGE OIL YANG SUNGGUH SEKSI, KHAS UNTUK SUAMI ISTERI
Wah bro kamil pun join juga ya. Kali terakhir join kontesy ni masa kontest iphone dulu
Perkara Normal berlaku mcm ni admin. Sama mcm Liga Malaysia jugak. Awalnya Stadium tak la penuh mana tapi bila Team dpt ke Final yg tak minat pun nak pi jugak heheehe…Apatah lagi Team Malaysia…Peminat Tegar dh ramai dicampur dgn suam2 kuku maka makin meriah bolasepak Malaysia..
minat orang untuk menonton bola sepak di stadium semakin baik.
ini kerana feel dan auranya tidak sama ketika menonton live di TV atau internet..
sebab itu ramai yang sanggup berkorban duit untuk bola..
tindakan ini bagus juga kerana boleh menaikkan semangat pemain bola sepak..
jika tiada penonton di stadium memang lain sangat feel dia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Kalau melibatkan maruah negara memang rakyat bersatu padu nak memenuhkan ruang stadium tu.
Memberi sorakan dan sokongan padu pada semua pemain negara.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Tenangkan Isteri Garang yang seperti Harimau Baru Beranak
Kalau tentang bola, semestinya rakyat akan bersatu padu.
Sanggup berhujan panas menanti tiket bola untuk dijual. Kecewa bila tiket sudah habis.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Tenangkan Isteri Garang yang seperti Harimau Baru Beranak
memang hangat bahang aff kali ni.. seluruh rakyat malaysia beri harapan menggunung terhadap pasukan negara supaya menang kali ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
semoga pasukan Malaysia memberi persembahan yang mantap dan padu dalam perlawanan menentang Vietnam.
Malaysia memang ..rakyat juga yang dapat nama baik dalam dunia bola sepak Asia.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Semoga kemenangan dengan Vietnam nanti dapat menyemarakkan semangat pemain negara untuk bawa sukan bola sepak ni dimata dunia. Nama negara Malaysia boleh sertai piala Dunia nanti.
InsyaAllah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..SENSUAL MASSAGE OIL YANG SUNGGUH SEKSI, KHAS UNTUK SUAMI ISTERI
Itulah. Boleh pulak malam Malaysia lawan Thailand tu kami tak tengok. Punya lah tak minat sangat dengan bola ni. Tak tahu sangat apa jadi.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..SENSUAL MASSAGE OIL YANG SUNGGUH SEKSI, KHAS UNTUK SUAMI ISTERI
Jadikan sokongan peminat ini untuk mendapatkan ‘simpanan’ gol! Nanti pada perlawanan timbal balik, ada kelebihan gol bila ditambah dengan kelebihan gol di tempat lawan. Malaysia mesti menang. Bolasepak Malaysia mesti bangkit seperti zaman Mokhtar Dahari dulu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hot!!! 10 Ebook Terlaris Terbitan Klikjer Bulan November 2018
Mudah-mudahan ada pengganti Mokhtar Dahari. Malaysia sudah lama tenggelam di persada dunia. Hopefully akan bersinar dengan pelapis baru.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.