10 Tokoh yang mengutamakan waktu pagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi tulisan sifu Khairul Hakimi tentang tokoh-tokoh yang mengutamakan waktu pagi.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

1. Nabi Muhammad – Rasulullah (selawat) sering bangun awal pagi untuk bertahajjud sekitar 2/3 malam (2-4 pagi). Kemudian menunaikan solat subuh berjemaah. Waktu pagi baginda akan dipenuhkan dengan banyaknya aktiviti beribadah termasuk bersahabat, mengutamakan waktu dhuha dan berniaga.

Bill-Gates-Network-Marketing

2. Mark Zukerberg (Pengasas Facebook) akan bangun pada sekitar 6.00 pagi setiap hari, bersenam, sarapan, membaca dan memakai baju yang warnanya sama pada jam 8.00 pagi dan terus menuju ke pejabat.

3. Jack Dorsey (Co-Founder Twitter) akan bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari dan akan berlari sekurang-kurangnya 10km sehari setiap pagi sebelum memulakan kerja untuk kekalkan kecergasan dan kecerdasan diri. Katanya, hanya dengan sihat sahaja minda akan aktif, tenang dan sentiasa memikirkan solusi.

4. Warren Buffet (Investor), akan bangun pada jam 6.45 pagi dan akan membaca sekurang-kurangnya 6 jenis surat khabar pada setiap pagi tersebut. Beliau dikatakan membaca sekitar 500 muka surat akhbar untuk mengasah ketajaman nilai bisnes dan sosial dalam hidupnya.

5. Bill Gates (Pengasas Microsoft) akan bangun sekitar 7.00 pagi setiap hari dan memerlukan tidur sekitar 8 jam sehari untuk menghasilkan otak dan minda yang kreatif setiap hari.

6. Steve Jobs (Pengasas Apple Inc) akan bangun pada jam 6.00 pagi setiap hari, bersarapan, bersenam, membaca dan berjalan kaki sekitar rumahnya untuk mendapatkan udara bagi menjadikan dirinya sentiasa berkualiti kepada orang lain pada setiap hari.

7. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia), bangun pada 5.00 pagi setiap hari untuk membaca buku, kemudian solat, sarapan dan akan terus bersiap menuju ke tempat kerja dan memastikan akan sampai ke pejabatnya sebelum jam 8.00 pagi. Sekiranya pada waktu hujung minggu, beliau akan brisk walk untuk kekalkan stamina dan mengambil udara segar.

8. Khabib Nurmagomedov (UFC Fighter), akan bangun sekitar 4.00 pagi hampir setiap hari untuk solat sunat, kemudian akan mula berlari, dan akan berhenti untuk solat subuh. Kemudiannya akan bersarapan dan akan meneruskan latihan sekitar 2-4 jam sehari pada setiap pagi.

9. Huma Hatun, Ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, akan bangun sekitar 3.00 pagi setiap hari untuk menyiapkan makanan untuk keluarganya, menunaikan solat sunat dan memastikan anak-anaknya bangun awal untuk mendapatkan latihan peperangan dan menjadi tentera terbaik untuk negaranya.

10. Buya Hamka dikatakan hanya tidur sekitar 3-4 jam sehari sahaja dan memastikan tidur itu adalah tidur yang berkualiti. Bangun awal pagi untuk solat, kemudian menyendiri, membaca, menulis dan berjalan kaki adalah sebuah keistimewaan. Katanya “waktu begitu pantas menipu kita yang terlena.”

Semoga kita semua masih bangun tidur pada sebuah pagi, usaha sesuatu pada waktu masih pagi dan bekerja keras pada waktu pagi.

Dan sesungguhnya pada waktu pagi itu adalah istimewa untuk kita. Kerjakan, dan usahakan. Supaya pada petangnya, kita bawa hasil pulang dengan seceria-ceria manusia.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad

Kepada pembaca yang nak belajar bagaimana cara sifu Khairul Hakimi berjaya menjadi menulis terkenal boleh beli buku beliau Bagaimana Membina Content. Jangan lupa follow juga FB beliau dengan klik link pada nama di atas.


Spread the love

50 Comments

  1. Kalu dah boleh ikut sunah Rasulullah pun dah ok..dah boleh jadi orang berjaya. Tapi tak ramai muslim yang mampu ikut

  2. ramai orang2 hebat bangun awal pagi untuk bersenam. sekurang2nya berjalan di taman untuk segarkan badan. bersenam juga membuatkan tidor lebih nyenyak.

    1. Ini aktiviti yang selalu Tun M lakukan. Tu pasal dia sentiasa nampak sihat bertenag kan. Nak kena bersenam di awal pagi gk ni

    2. Sebab diorang ni dah tak terikat dengan ofis hour kena masuk kol 8.00 pagi. Pagi pagi diorang lebih tenang takyah hadap jem ke pejabat hehehe

    1. Orang bisnes biasanya bangun awal utk melihat perkembangan harian bisnes dan potensi-potensi yang mereka boleh terokai

  3. Bagus sekali dan sangat inspiring post artikel ini. memang waktu pagi adalah waktu yg sangat segar dan penuh berkah utk memulai aktiviti apapun.

  4. Alhamdulillah. Contoh yang baik ditunjukkan kepada kita antaranya 10 tokoh yang mengutamakan waktu pagi dalam memulakan gerak kerja. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai dalam banyak aktiviti dilakukan lebih-lebih lagi bagi yang menuntut ilmu.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik AmeerMy Profile

    1. Setuju, waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai dalam banyak aktiviti dilakukan lebih-lebih lagi bagi yang menuntut ilmu.

    1. Betul tu, Bagi orang Islam, berkat itu adalah mendapat habuan dunia dan pahala di akhirat. Non Muslim pula hanya mendapat habuan dunia.

    2. Betul tu..dalam ajaran Islam pun dah cakap macam tu. Patutnya org Islam la paling banyak tersenarai dlm senarai org kaya kan

    1. Sebagai muslim, kalu ikutkan tips bangun solat sunat sebelum Subuh then solat Subuh, pasti akan berjaya seperti mereka

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!