Tips jualan murah online sehari 11.11

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi tips membeli belah ketika jualan murah onlien sehari pada 11.11 setiap tahun diseluruh dunia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Ramai yang menanti jualan mega online 11.11 sebab ada diskaun sehingga 30%. Syarikat online Lazada, Shopee, Amazon dan macam-macam lagi store online mempromosi habis-habisan juala mega 11.11. Tahun 2017 Lazada menjana jualan sebanyak RM500 juta khas untuk single sale day 11.11.

Adakah kita benar-benar perlu membeli hanya kerana ada diskaun pada tarikh tersebut? Ini sedikit nasihat daripada sahabat-sahabat online yang pernah membeli :

Akma OmarTak boleh percaya trick banyak sales ni…ada yang dalam basket saya bila 11.11 tiba-tiba harga jadi mahal up 30-40% lepas tu mark sales lagi mahal dari harga biasa bukan sikit banyak produk pulak tu huhu.

Hasrul B HassanKena perhati betul betul tuan. Tips saya, pilih barang sebelum sale. Masuk dalam Cart. Printscreen cart. Time sale tengok harga dia bagi. Dia akan auto update harga dalam cart tu nanti.

Emma Eliyas : Ramai pembeli tak tau.. Walau waktu sale, tak semua produk termasuk dalam campaign produk. Satu tips dari saya sebagai merchant Lazada. kalau nak shopping, make sure beli barang yang ada tag 11.11 sahaja. In Shaa Allah memang murah dari biasa. sebab Lazada dah tetapkan minimum diskaun adalah 30% dari harga jualan biasa. Kalau tak sampi 30%, permohonan merchant untuk join campaign 11.11 tak akan diluluskan. Jadi carilah barang yang ada tag 11.11 dan merchant dari Malaysia. Klu overseas ni banyak main silap mata.

Akma Omar : tak semua sis yang ada tag 11:11 genuine sales ada 3-4 produk yang memang saya dah lama saya letak dalam basket diaorg adjust harga up 30% then bagi diskaun.

Akma Omar : contoh yang ini harga jual sebelum 11:11 RM138.00 tiba-tiba bila nak sales seller adjust harga 300 then diskaun jadi RM158 hehe.

Emma Eliyas : oh seller Malaysia pun main silap mata jugak rupanya

Akma Omar : banyak sis dah lama taktic ni tahun2 lepas pun macam tu juga hehe

Akma Omar : saya quiet big spender kat lazada especially barang letrik banyak saya beli kat situ sebab memang dari segi harga banyak beza dari beli kat retail shop. Lazada lagi murah sebab competitors ramai so diaorg terpaksa play harga. Selalunya sebelum sales saya akan letak dalam basket from there will know if seller main magic.

Junaidah Mohit : tq for sharing tips ni, banyak dah barang dalam cart ni especially susu dan diapers anak

Mohd Azrin Roselan : Biasanya sudah survey harga sebelum promosi. Wajib ada reference harga. Jika harga promosi lebih rendah sebelumnya. Boleh dipertimbangkan

Membeli bila perlu bukan membeli kerana murah pasti ada yang terpedaya.

Jangan membazir sebab ekonomi sekarang tak menentu. Menyimpan lebih bagus dari berbelanja yang tak perlu.

Denaihati Network


Spread the love

44 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!