Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
Semoga Allah menggantikan kerugian saat ini dengan yang lebih besar lagi. Aamiin.
Curahan rasa kay @ ..kenali punca sakit kepala
semoga semuanya berjalan lancar. pasca banjir kali ini lebih mencabar. semoga tabah melalui ujian Allah
Curahan rasa mama edazzrich @ ..Cara Memukul Anak Menurut Islam
Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir kat sana. Semoga mangsa banjir bertabah.
Curahan rasa hawati @ ..sakit kepala
alhamdulillah…mudahnya nak menyumbang…jom promote tuk ramai lagi komen
Curahan rasa ana @ ..CARA MENGENALI JENIS KULIT WAJAH
semoga kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku.
setiap kesukaran akan digantikan dengan kesenangan. insya-Allah.
Curahan rasa fauziah @ ..Kajiselidik kesihatan diri
Yes..setuju dengan hadis itu..lagi banyak sedekah lagi banyak ganjarannya
Usaha yang sungguh bagus…jom sama-sama komen sambil menderma. senang sahaja nak buat kebaikan
Semoga Allah menggantikan kerugian saat ini dengan yang lebih besar lagi. Aamiin.
Curahan rasa tanah kavling pontianak @ ..PROMO Tanah Kavling DP Hanya 1,7 Juta Anda Sudah Memiliki Tanah Kavling Lokasi Strategis dan Murah 0899 4444 535
Sekarang telah masuk fasa ke-2 pasca bencana banjir iaitu pembersihan. Lihat saja tanah lumpur paras lutut itu bukan mudah untuk dibersihkan. Semoga Allah memberi ketabahan kepada mangsa2 yang terlibat.
Curahan rasa En. Zam @ ..Children Islamic Toys
tak tau berapa ribu ton tanah dan sampah ada dan kena dibersihkan sekarang, bukan kerja mudah dan bukan cepat utk selesaikan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Carian Google paling popular 2014
satu inisiatif yang bagus..nak kena promot ni biar..takde alasan cakap x mampu menyumbang pape dah kan
Curahan rasa JMR23 @ ..Pork Free..halal ke haram?
setiap yang berlaku pasti ade hikmah disebaliknya, doakan semoga semua jiwa yang dilanda banjir, tabah dan sabar dengan kesabaran yang tinggi, setiap yang berlaku atas izin Allah jua…
Curahan rasa norulhuda @ ..Set Kurus Shaklee from XXL to M
insyaAllah..smoga mangsa terus tabah..ada hikmah yang tak diduga nanti tu
Curahan rasa JMR23 @ ..Pork Free..halal ke haram?
Aminn. Setiap ujian Allah ada hikmahnya. bila Allah uji kita dengan Ujian, Allah ingin mendidik hati kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Perasmian Energizer Power of Giving
terlalu banyak pelajaran yang Allah beri dari episod banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur
Curahan rasa norulhuda @ ..Vivix, Alfafa dan Vita-lea For Children Pembuka 2015
pelajaran yang boleh diambil positif..makin positif, makin nikmat perjalanan hidup kita
Curahan rasa JMR23 @ ..Pork Free..halal ke haram?
Walaupun banjir dah surut beberapa hari yang lalu, namun masih ada mangsa banjir yang kurang mendapat bantuan makanan kerana terputus hubungan
Kalau berdasarkan kepada skala kemusnahan di tempat banjir, banyak sumbangan yang kita perlukan ni
Betul sangat, tak mapu kita nak tolong dr semua sudut, sekadar apa kita setiap kita mampu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Langkah Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir
Sama sama kita membantu mereka yang memerlukan. Ini giliran mereka, mungkin suatu hari nanti giliran kita pula yang memerlukan bantuan
ya, masa kita takde siapa tahu dan bila, tak semestinya bantuan kalau kita kena banjir, bantuan dlm bentuk lain.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 entri blog paling popular 2014
Comments are closed.