Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
Alhamdulillah masanya diperpanjang jadi masih ada masa untuk menambah amal semoga bermanfaat
Curahan rasa risalah @ ..MEMBACA TA’AWWUDZ
Betul tu. Alhamdulillah masa masih panjang lagi, so boleh la komen banyak banyak lagi
Ramai yg membantu mangsa banjir kali ni. Sanggup turun ke kelantan utk hantar sndiri bantuan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 1
Ya betul tu. Alhamdulillah mereka sudi menolong mangsa banjir di Kelantan. Almaklumlah banjir besar sebab itu memerlukan bantuan dan sumbangan yang banyak daripada pelbagai pihak
alhamdulillah, sudah banyak komen komen dari sahabat denai hati yang terkumpul di serata blog 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
Alhamdulillah. Jom tambah2 lagi, kalau tengok gambar2 kemusnahan memang banyak sangat bantuan diperlukan.
Curahan rasa Denaihati @ ..1 Komen untuk RM1 kepada mangsa banjir
Betul tu. Sokongan dari kawan kawan dan sahabat handai ini la yang kita harapkan
Semoga Allah mempermudahkan niat murni team denaihati untuk membantu mereka yang memerlukan ini
Curahan rasa qtiechan @ ..First time singgah ke Sookie’s Store
Mudah mudahan jumlah komen di entri entri blog denaihati akan makin bertambah. Dapat la kita membantu mangsa banjir
Curahan rasa qtiechan @ ..First time singgah ke Sookie’s Store
Sama-sama kita turut menyumbangkan komen yang banyak selama sebulan ini ye qtiechan 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza
Ya betul tu. Okay jom kita kumpulkan komen banyak banyak. Mudah mudahan berbaloi apa yang kita buat ni
Semoga usaha ini berjaya dapatkan derma yang banyak buat mangsa banjir nanti ye. Jom kita komen banyak lagi!
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza
Ya insya Allah. Semoga makin banyak lagi jumlah komen dapat kita semua catatkan
semoga lebih ramai yang akan komen di blog denaihati ni dan semoga perancangan ini berjalan lancar…
Curahan rasa Alongxp @ ..Penyumbang trafik terbanyak 2014
Jom ramai2 kita komen banyak dalam blog Denaihati ini selama sebulan ini ye. Boleh bantu walaupun tak banyak.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza
Semoga allah permudahkan urusan mereka yg ingin membntu mangsa mangsa banjir
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 1
Semoga allah membalas jasa mrk yang membantu mangsa mangsa banjir yg dlm kesusahan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Percutian Menarik di Hatyai – Part 1
Semoga Allah memberkati usaha ini dan dengan bantuan ini berharap mangsa banjir dapat meringankan beban Insya Allah.
Alhamdulillah , moga usaha mendapatkan keberkahan :). Semoga Allah murahkan rezeki kita semua . in sha Allah..
Smoga tabah menghadapi segala ujian dan dugaan.smoga smua bantuan yg disumbangkan dapat dihulurkan kpd smua magsa banjir tanpa ada yg tertinggal pun..ALLLAHUAKBAR.
cuma nak tanya duit yang terkumpul ni akan disalurkan bagaimana kepada mangsa banjir?..melaui NGO atau hantar direct ke sana?
Curahan rasa Safiya @ ..Rumah Yang Dibeli Dengan Pemaju Teruk, Banyak Rosak: Apa Yang Patut Anda Buat?
Duit akan disalurkan melalui “Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah” yg diketuai oleh Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Curahan rasa denaihati @ ..Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW
anak saya yg kecil yang belum mengerti kesusahan banjir tengok gambar budak budak makan atas lantai dan kata apa ni sepah sepah.. huhu.. sedih rasanya.. anakku, kau belum mengerti
Curahan rasa Safiya @ ..Apa Yang Isteri Bekerja Selalu Persoalkan: Unconditional Respect
bagus sekali usaha ini, moga usaha ini berjaya dapatkan donation yang banyak buat mangsa banjir
Curahan rasa Safiya @ ..Pengalaman Guna Basic H Pasca Banjir 2014 di Kota Bharu
Comments are closed.