Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
Dah lama tak tinggalkan komen kat sini. Sibuk sikit. Alhamdulillah ada blogger blogger lain yang membantu
Semoga jumlah komen di blog denaihati dapat digandakan sebelum tempoh komen ni berakhir.
sangat besar hati melihat jumlah komentar yang semakin bertambah semoga akan mendapat pahala yang berkah
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
Alhamdulillah…..satu usaha yang murni….saya sangat sokong usaha ini….
kalau ia benar-benar sampai pada sasaran
saya amat bersetuju dengan cara ini..
bayangkan semua rakyat Malaysia bagi RM1 je seorang,
wow macam-macam boleh bantu
Curahan rasa AUC @ ..Malaysia Best Blog 2015
satu usaha yang murni untuk bantu mereka yang sangat perlukan bantuan dari semua sumber… ^_^
Curahan rasa syamila @ ..Wordless–Mini Mexicun Bun
Alhamdulilah bro….semoga diberkati….di dunia dan akhirat, makin murah rezeki bro lepas ni….
Curahan rasa ishak @ ..Malaysia Best Blog 2015
wah hanya berkomentar kita bisa sambil bersedekah. sungguh sangat mudah sekali. 🙂
ini untuk komentar di seluruh artikel denaihati yah?
Curahan rasa tutorial89 @ ..Cara membuat makalah tersusun rapih di word
ya di semua entri blog Denaihati yg ada kotak komen
Curahan rasa denaihati @ ..Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah
Ramai blogger berkampung di sini untuk tinggalkan komen di sini agar jumlah sumbangan semakin bertambah
Bersama samalah kita membantu setakat yang termampu. Mereka semua amat memerlukan bantuan ini
Alhamdulillah jumlah komen terkumpul setakat ini dah semakin bertambah dari hari ke hari. Semoga dapat dipertingkatkan lagi
Alhamdulillah satu pendekatan yang bagus untuk mengumpulkan sumbangan buat mangsa banjir.
Alhamdullilah satu usaha yang murni, teruskan memberi kepada mangsa banjir kerana mereka memerlukan…
Betul tu. Pendekatan sebegini harus dipuji kerana ia dapat menggalakkan sesiapa sahaja untuk menderma
bersama-samalah kita bantu mangsa banjir yang terlibat setakat yang termampu…semoga semuanya dipermudahkan…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..The Last : Naruto The Movie Eksklusif di GSC Cinemas
Ameeen, semoga semunya dipermudahkan dan semoga mangsa banjir ini bertabah dengan ujian yang Allah berikan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Cegah Angin dalam Badan dengan Peppermint Ginger
Insya Allah. Sama samalah kita doakan apa yang terbaik untuk mereka. Semoga mereka lebih tabah menghadapi ujian ini
Insya Allah. Semoga semua urusan dipermudahkan. Dapat la kita membantu mangsa banjir ini
tidak terasa sudah 2k masih pertengahan bulan lagi mungkin akan mencecah 4 k nanti pada akhir bulan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
Insya Allah kita akan dapat mencecah 4k nanti. Alhamdulillah berkat bersatu padu rakan rakan yang mulia hati
Curahan rasa qtiechan @ ..First time singgah ke Sookie’s Store
Insya Allah nanti akan mencecah 4k. Alhamdulillah berkat bersatu padu semua rakan rakan yang ingin membantu
Curahan rasa qtiechan @ ..First time singgah ke Sookie’s Store
Comments are closed.