Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita semua sedia maklum mengenai bencana banjir yang menimpa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ramai yang kehilangan harta benda dan pelbagai lagi. Sebagai salah satu langkah untuk membantu semua mangsa banjir. Setiap komen yang ditulis di denaihati.com bermula 27 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015.
Kami akan menilaikan setiap komen itu dengan nilaian 1komen = RM1. Semua sumbangan akan kami salurkan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Misi Bantuan Banjir Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah yang diketuai Dato’ Syed Zainal ex-CEO Proton.
Bersama-sama kita membantu mereka yang ditimba ujian berat daripada Allah s.w.t ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini, akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka terima.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. – Al baqarah ayat 261
Berikut adalah jumlah komen terkumpul setakat ini.
3428 komen = RM3428.00
Disamping itu, sama-sama kita doakan semua urusan untuk membantu mangsa bencana besar kali ini berjalan lancar. Tiada daya kita sebagai manusia di dunia ini, hanya dengan bantuan daripada Ilahi kita akan dapat melaksanakan segalanya.
Denaihati Network juga ada mengadakan Program Wakaf Al Quran Tafsir untuk mangsa banjir, butiran lanjut di halaman https://denaihati.com/QuranWakaf
416 Comments
Diriku amatlah terharu terhadap cara admin denai hati dalam menyalurkan bantuan..
Semoga Allah membalas jasa admin dgn ganjaran yg setimpalnya.. Jika perlukan bantuan sukarelawan hubungi saya.. 017-6665816, saya sudah 2 Kali ke sana menjadi sukarelawan..
alhamdulillah walaupun seringgit berharga juga kan..sikit2 lama2 berbukit..jom kita komen bnyk2 kat blog DH ni
Curahan rasa adna2029 @ ..My Birthday Giveaway – by Dr. Shikin
tak apa tuan sikit berkampung kat sini semoga sedikit bisa membantu mangsa banjir
Curahan rasa Al Najwa @ ..Tidak Memperhatikan Isteri
Semoga semakin ramai lagi yang akan bersama2 komen untuk mengumpul dana bantuan kepada mangsa banjir ini
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Bagaimana Untuk Hilangkan Mata Lebam
tahniah denaihati… moga terus memberi dan memberi..insyaallah pahala memberi dibukakan rezeki yang lebih banyak
Curahan rasa Rokiah Abdul Hamid @ ..Vitalea for Children Vitamin Shaklee Terbaik Untuk Anak
Terus-terusan komen di blog ini agar Denaihati boleh berikan lebihbanyak untuk mangsa banjir
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Dimanakah Mazidul Akmal Sidik?
Berkampung kat sini…..heeee. InsyaAllah dgn niat bantu mangsa banjir yg sememangnya sentiasa memerlukan bantuan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah
web pertama yang mak jemah jumpa buat jenis derma camni. syabas!
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Power Pumping Teknik Banyakkan Susu Badan
Ini bukan pertama kali Mak Jemah … Denaihati pernah buat sebelum ni untuk bantu blogger yang rumahnya terbakar .. kalau tak silap sayalah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Semak Status Terima BR1M 2015
Team DH memang sangat prihatin dengan saudara2 seislam yang menghadapi bencana ni. Tahniah!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Detox Vivix untuk Kesihatan Keseluruhan
Takziah kepada mangsa banjir .YaAllah Kau lindungilah saudara saudara ku ini YaAllah dan Kau tetapkanlah iman dan hati mereka hanya padaMu
air sudah semakin surut skrg,, mudah mudahan smua slmat sperti biasa – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy @ ..Erti Ketenangan Sebenar dr Ustaz Asri
dua hari lepas ramai yang share hujan tak berhenti, risau air naik semula!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketiak Hitam dan Berkarat!
Alhamdulillah…semakin meningkat jumlahnya. Semoga usaha murni ini terus mendapat sambutan…InsyaAllah. Bersama membantu yang termampu
Curahan rasa BM @ ..Alexa Rank Malaysia vs Alexa Rank Indonesia
Setakat membantu dengan memberi komen ni insyaAllah, selain dari sumbangan peribadi kepada mangsa banjir
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Hindarkan Kemerosotan Jisim Tulang
tangan yang memberi lebih baik dari menerima..beri 1 dapat 10..takkan fakir orang yang suka bersedekah..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Saiz Payudara Tentukan Jumlah Susu Badan?
saya puji usaha denaihati ini.tahniah..semoga segala usaha ini diberkati dan dapat membantu mereka yang memerlukan. insyaAllah..
Curahan rasa puan asmaa @ ..SIAPA DR SHAKLEE??
Yakinlah akan Janji Allah Sesudah kesulitan ada kemudahan semoga semua mangsa banjir ridha akan dugaan ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Peran Ilmu Dalam Kehidupan
Allah akan membantu hamba-hambaNya….semoga semua tabah dengan ujian dan dugaan ini….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Lelaki Kayuh Basikal Sambil Imbang Tong Gas Atas Kepala
Semoga mansa banjir ini redha dengan ujian yang diterima Namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Punca Sakit Kepala Berpanjangan
Mari selalu memohon perlindungan hanya kepada Nya Rabb yang menguasai segala sesuatu
Curahan rasa AL Pinrany @ ..Kitab Sunan Abi Daud
Janganlah kita berputus-asa dengan rahmat Allah sentiasa. Bantuan datang akan tepat pada masanya.
semoga semua bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa banjir…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Lelaki Kayuh Basikal Sambil Imbang Tong Gas Atas Kepala
Semoga bantuan yang dihulurkan juga sampai kepada mangsa tanpa mengira latar belakang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Punca Sakit Kepala Berpanjangan
semoga segala usaha yang dilakukan diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan.
Comments are closed.