Suami Bercinta Kali Kedua

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak bawa cerita rumahtangga yang sering berlaku di depan mata. Awalan rumahtangga biasa dibina dari kesukaran samada kewangan atau fasiliti keluarga. Biasa isteri berkorban demi membina kehidupan keluarga supaya lebih berjaya dengan berkerja membantu suami dan menguruskan rumahtangga yang bukan kerja mudah.

Malangnya apabila keadaan keluarga dan kewangan keluarga semakin stabil sang suami mula berpaling kepada yang kedua. Kejayaan kehidupan akan dikongsikan dengan orang baru dan meninggalkan atau membiarkan isteri pertama bersama anak-anak yang telah berkorban jiwa dan raga.

Seks Suami Isteri

Memang berkahwin lebih dari satu tidak menjadi kesalahan dalam Islam tetapi yang menjadi salahnya apabila sudah kaya sudah berduit sang suami mencari isteri baru dipusat hiburan atau tempat yang tidak sesuai mencari bakal isteri. Kalau sang suami mencari pasangan baru dengan mencanang keburukan isteri pertama maka pasti kehidupannya akan gagal kerana jika kesempurnaan dicari pasti tidak akan bertemu.

Jika isteri pertama ada kelemahan sudah pasti isteri kedua, ketiga, keempat malah keseratus sekali pun ada kelemahan. Kelemahan seeorang isteri adalah menjadi tanggungjawab kepada sang suami untuk mendidik bukan membiarkan dan kemudian dicanang keburukan mereka pada wanita lain.

Baca juga : Suami curang ketika isteri mengandung

Suami adalah khalifah untuk mengetuai isteri dan anak-anak membawa bahtera bukan sahaja di dunia malah matlamat yang paling besar mengemudi keluarga sehingg ke Syurga. Jangan nanti kelak semua pahala suami akan diberi kepada isteri dan anak-anak kerana di dunia mereka tidak dipimpin dengan betul.

Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga ke akhirat.

Sang suami Pejamkan mata ingatkan pengorbanan susah senang isteri pertama dan kepada semua isteri jadilah isteri yang terbaik sehingga apabila suami bertemu wanita lain diluar mereka akan berkata isteri aku di rumah adalah yang terbaik. Setiap suami pasti akan diuji oleh Allah dengan wanita lain dan hanya yang sabar dan redha akan berjaya dengan ujian tersebut.


Spread the love

120 Comments

  1. poligami…em…kalau ikutkn zaman skrg mane ada dah llki yg layak bpoligami…smuanya xble nk adil…tak boleh pakai…bg wanita2 kat luar sana yang mgalami nasib serupa bnyk2 la bsabar kerana “ALLAH TIDAK AKAN MENIMPAKAN SESUATU PERKARA ITU KEPADA HAMBANYA JIKA HAMBAHNYA ITU TIDAK MAMPU MENGHADAPINYA” maksudnya anda mampu menghadainya…renungkan,hayati,fahamkn,dan semat la maksud disebalik ayat tersebut…insyallah dapat melapangkan hati yang terluka…

  2. dlm poligami kebanyakan kebajikan anak2 di abaikan.pernah berlaku bila nak kahwin baru tahu adik beradik.mrk tidak kenal antara satu sama lain. berfikir panjang sebelum nak kahwin lagi satu.jgan krn nafsu anda keturunan kita bercelaru.anak2 tak cukup perhatian dr ayah mrk

  3. Sama lah nasib kita, terus bersabar dan setia hinggalah Allah swt tarik rasa sayang dan cinta dari dalam diri ini…alhamdulilah, Allah swt beri kekuatan utk hidup sendiri. Anak2 pun dah besar dan kita pun tak perlu nak cerita apa2…mereka amat memahami. Dah 18 tahun bersama penuh sengsara…sekarang baru terasa nikmatnya. Tiada kekesalan kerana anak2 adalah hadiah atas pengorbanan bersuamikan org yg tak ada kerja, tapi pandai kawin2 di siam…

  4. pendapat saya, apa yg penting cegah dulu perkara dr berlaku, pada yg bujang2 diluar sana…klu dah tahu itu suami org, tak payah la nak lebih2. Cuba fikirkan klu suatu hari nnt hak anda diambil org..apa perasaan ye? sanggupkah? redhakah? bahagiakah?
    Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 4My Profile

  5. sy penah dimadukan 2x..mula mmg mrah sbb ditipu…tp akhirnya reda..mungkin sudah ketentuan ilahi…cuba perbaiki kelemahan diri…tp…dia tdk mghargai sgl pengorbanan…diri dn ank2 terus diabaikan bertahun2….sy tetap sabar sehingga kasih yg tersisa lenyap terus krn keegoaannya….akhirnya penantian tiada kesudahan…dr hati terus terluka…sy mengambil langkah demi kebahagiaan diri…akhirnya sy bebas dn kebahagiaan kini milik sy dan ank2…….pengajrannya suami kalau dh curang dia akn teus curang…wpun isteri yg ada setia menanti…so…membebaskan diri lbh baik dr bersama memakan diri…..

  6. poligami memang tidak di larang dalam islam, tapi syarat nya harus bisa adil. kalau mencari istri di tempat hiburan itu besar kemungkinan salah, salah tempat salah orang. besar kemungkinan istri yang sholeh bukan di tempat seperti itu keberadaanya..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!