Pengorbanan seorang wanita

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tarikh 20/11 memang tidak pernah akan aku lupakan kerana inilah tarikh sempurnanya aku sebagai seorang insan mengikut sunnah Rasulullah. Teringat hadith Nabi, Riwayat Bukhari dan Muslim “dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”.

Bermula hidup sebagai seorang suami dalam keadaan yang daif kalau nak dibandingkan dengan adik-adik yang lain. Tiada kenderaan peribadi, tiada rumah sendiri dan tiada duit simpanan bak kata perpatah kais pagi makan pagi lah. Gaji setiap bulan hanya cukup-cukup sahaja dan mesti kirim kepada emak abah untuk membantu adik-adik yang semua sedang bersekolah. Alhamdulillah isteri memahami situasi yang sedang aku lalui.

keluarga Denaihati 2014

Setelah beberapa tahun kahwin baru mampu membeli kapcai Honda EX5. Sebelum ada motor kami selalu balik kampung naik bas, teksi atau keretapi. Setelah ada motor kami berulang naik motor dan beberapa kali berulang alik dari Taiping ke Sabak Bernam dan Johor. Setelah berkahwin 8 tahun baru mampu beli kereta Wira dan setelah 13 tahun berkahwin baru mampu beli rumah sendiri. Alhamdulillah sekarang bukan sekadar kereta Wira sebut je apa nama kereta semua dah merasa.

Alhamdulillah isteri aku bukanlah dari orang kaya tetapi keturunannya baik, kecantikan pun ada dan terpenting agamanya itulah yang memberi kuatan untuk hidup susah senang dengan aku. Pengorbanannya terlalu besar selain sangguh bersusah bersama, isteri selalu sangat ditinggal berhari-hari, berbulan-bulan dan pernah juga bertahun-tahun. Aku selalu didik isteri supaya jangan bergantung harap kepada aku kerana dikhuatiri seandainya aku mati dulu maka kepada siapa pulak nak bergantung harap. Bila kita bergantung harap kepada Allah insyallah suami pun dapat.

Itu adalah sebahagian episod kehidupan aku dan isteri. 20/11 adalah ulang tahun ke 17 kami bersama sebagai suami isteri dan ulang tahun ke 22 kami bersahabat. Aku selalu ingat kisah-kisah sedih supaya aku sebagai Lelaki dan Suami tidak terlupa segala pengorbanan seorang wanita yang dipanggil isteri yang sentiasa setia di sisi aku semasa senang dan susah. Semuga kesenangan yang aku kecapi akan hanya aku kongsikan dengan isteri yang sanggup bersusah dengan aku bukan wanita lain yang belum teruji ketahanan jiwanya. Semuga kami terus berkekalan sehingga ke SYURGA

125 Comments

  1. Insyallah kita akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Tuhan yang Maha Kuasa “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan….” (Ali imran:134)…Maka barang siapa memaafkan dan berbuat kebaikan tidak menuntut balas kepada orang yang menzaliminya maka pahalanya adalah di atas (tanggungan) Allah….(Asy-Syura:40)

  2. Yang paling tinggi lagi ialah ketika kita boleh membalasnya dengan kebaikan. Caranya ialah menahan marah yakni jangan menyakiti orang yang pernah menyakiti kita dan maafkan segala kesalahannya, yakni balaslah kejahatan yang ia lakukan dengan kebaikan..

  3. PENGORBANAN seorang wanita memang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit. Hakikatnya ia mesti dilakukan dengan ikhlas dari hati yang suci tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Walau sekecil apa pun pengorbanan itu tetap dinamakan pengorbanan jika ia benar-benar berlandaskan jiwa yang jujur dan penuh pengertian.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!