Penakut

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak setahun dua ni berlumba-lumba stesen TV dan panggung wayang menayangkan drama dan filem seram. Akibatnya anak-anak jadi penakut tapi bukan sahaja anak-anak malah ada juga emak yang takut. Nak pergi bilik air tengah malam nak berteman. Kalau rumah dua tingkat nak naik atas pun takut dan kalau dah naik atas nak turun bawah mesti berteman. Begitulah hebatnya penangan cerita seram ini dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Baru-baru ni Tun Mahathir pun ada meluahkan rasa kurang senang dengan budaya cerita seram yang lansung tidak membina minda cergas dan kreatif tapi minda penakut yang menjadi manusi lebih negatif. Yang kreatif hanya pengarah filem memikirkan bagaimana nak menakutkan penonton dan akhirnya mengaut keuntungan besar. Yang paling ditakuti budaya cerita seram ini boleh mengugat akidah umat Islam apabila kita lebih takut hantu dan pontianak lebih daripada takut kepada Allah SWT.

Pengiat filem dan drama lansung tak nak dengan nasihat Ulama yang dah banyak kali menegur. Siapalah agaknya yang boleh tegur diaorang ni termasuk stesen TV yang menyiarkan cerita seram tanpa ada pengawalan. Aku sendiri pun tak nampak jalan penyelesaiannya. Macam ada cadangan ke?

Cerita kisah penakut ni best juga layan lagu Penakut oleh Yuna yang telah dijulang sebagai lagu terbaik AIM ke 18. Lagu ini bukanlah lagu seram tapi lagu takut putus cinta. Kepada yang mencari keputusan penuh AIM ke 18 terus je ke Keputusan AIM ke 18.

Trackbacks