Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kebelakangan ini banyak pulak nampak status negatif kisah P1 Wimax yang menipu pelanggan sehingga terwujudnya group FB “P1 Wimax Sucks“. Sebelum ini ada juga terbaca kisah blogger Azman Ishak bawa kes P1 Wimax ke tribunal. Yang terbaru khabarnya ramai pengguna P1 Wimax yang tersangkut nama dalam senarai CTOS akibat bil tertangguh dan majoriti tak bayar kerana tak gembira dengan perkhidmatan yang di beri bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Patutlah gerai P1 Wimax kat The Mines tu dah sunyi sepi sahaja.
Blog Denaihati pun ada kisah dengan P1 Wimax yang dah terpendam lebih setahun. Perkenalan dengan P1 Wimax bermula apabila Jaws Ismail berjaya meyakinkan rakannya yang ketika itu bekerja dengan P1 Wimax untuk menaja line internet untuk seminar wordpress dan majlis sepetang bersama blogger 2012. Hubungan dengan P1 Wimax tidak tamat setakat itu seterusnya team Denaihati berjaya membantu mengumpulkan ramai rakan blogger untuk beberapa majlis dan review produk P1 Wimax TANPA APA-APA BAYARAN. Antara projek yang kami bantu adalah projek “P1 MiFi internet 4G dimana sahaja” bersama rakan blogger yang lain.
[box type=”shadow”]P1 juga meminta bantuan mencari beberapa orang blogger yang selalu berkerjasama dengan Denaihati Network untuk menjadi peserta dalam program seeding MiFi. Secara keseluruhannya, 15 orang blogger telah dipilih oleh pihak P1 untuk menyertai program ini – petikan dari entri “P1 MiFi tukar tak tukar” [/box]
Setelah membantu mencari rakan blogger untuk beberapa projek P1 Wimax tanpa meminta apa-apa bayaran rasanya tak salah untuk meminta tajaan di majlis sepetang bersama blogger 2013. Tapi malangnya surat yang dikirimkan kepada P1 Wimax bukan sahaja tidak mendapat balasan malah menjadi isu diperingkat pengurusan P1 Wimax. Mungkin P1 Wimax dah terasa terlalu hebat maka rakan blogger yang dahulunya membantu mereka tanpa bayaran dipandang sepi tanpa harga. Mungkin mereka belum tahu kuasa pengguna dalam dunia online tanpa batas boleh meruntuhkan perniagaan walaupun sebesar mana.
[box type=”shadow”]Perhatian Kepada Semua Ahli Group Sila Baca & Tolong Kasi Bump/ Up / Komen / Like Dan Sewaktu Dengannya Pada Semua Post-Post Penting Oleh Admin Di Bawah Ini.. Ini Bertujuan Agar Anda Memahami Erti Sebenar Sumpah Seranah Kepada Pihak P1 Dan Langkah-Langkah Penyelesaian.. Kalau Ada Lagi Pos Yang Dirasakan Penting Minta Admin Tambah Yer.. Macih.. Group FB P1 Sucks [/box]
Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku kepada P1 Wimax adakah boleh bertahan atau hilang ditelan gelombang ganas kerana kesilapan sendiri. Jika anda pun ada cerita duka dengan P1 sila kongsikan dan jangan lupa sebarkan mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang bermasalah seperti entri kawan kita ini “Apabila P1 Wimax dinyah ke dalam jamban” memang marah betul ni siap dengan gambar pelanggan P1 mengamuk lagi tu.
153 Comments
sudah banyak contest yang saya sudah menang daripada syarikat p1 ni..semua produk apple
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
tetapi nampaknya baru baru ni nama P1 telah tercemar dengan kes CTOS tu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
sampai ada yang menubuhkan group khas menghentam P1..tapi sekarang nampak sudah reda
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
mungkin dengan pengambilan oleh TM, operasi P1 akan lebih mantap selepas ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
ramai yang dah mula complain pasal P1 ni. slow dan pekerja yang tak friendly
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
camtu baik pakai telco yang boleh diharapkan serta berbaloi dengan bayaran yang telah dibuat
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
agak sukar mendapat telco yang betul² memuaskan kehendak kita..lagi² tak banyak sangat sraikat telco di malaysia
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
yeke..kalau begitu mereka perlu mengambil kritikan itu untuk memperbaiki mutu servis mereka
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
ana guna data mobile ja murah sikit..bukan selalu online pun..tapi ramai orang tak puas hati dengan P1 ni..
Curahan rasa adna2029 @ ..AYah yang Terbaik
kalau P! tak berusaha utk tingkatkan mualiti, tak lama lagi bungkus la
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tapi nampaknya sekarang TM dah ambil alih syarikat P! ni..mesti ada sesuatu yang dibuat
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Belum pernah ada pengalaman dengan P1 lagi, masih setia dengan streamyx.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
saya pun sudah 6 tahun dengan streamyx..takde hadiah ke diorang nak bagi kat customer setia..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
wawa merupakan salah seorang pengguna P1. setakat ni alhamdulillah. internet laju. kecuali kalau bila nak habis kuota tu memang akan slow. isu P1 tak boleh harap ke tu, Allahu’alam wawa tak tau.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
baguslah kalau laju..ingatkan P1 Wimax dah takde lagi..hehehe..apapun jenis internet plan,ada kelebihan dan kekurangan masing-masing
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
betul tu. saya guna streamyx, dan streamyx pun ada masalahnya. tapi saya lebih banyak dgr komplen pasa P1
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Mungkin sekarang P1 dah sedar kesalahan mereka dan cuba untuk memperbaiki kesilapan lalu.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
Tidak dapat nak komen apa sebab xpernah guna perkhidmatan mereka ini dan sememangnya tiada di kawasan hulu ni. Sesiapa pun, Kalau dah bayar mahal, pastinya mahukan perkhidmatan yg bermutu dan memuaskan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Wow! 50 Juta Views!!!
Comments are closed.