Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah berzaman aku tak turun event mana-mana produk semenjak SBB2014, mungkin ada satu dua lah yang aku pergi atas jemputan kawan-kawan rapat. Semalam aku ke majlis pelancaran produk baru Ninetology soalan pertama yang aku dapat dari kawan-kawan Blogger kemana aku menghilang selama ini. Katanya selalu dulu kalau aku tak datang sekurang-kurangnya ada wakil tapi sekarang tak gitu. Nampaknya kena rajin pergi event balik sebab banyak syarikat dah mula lupa dengan blog Denaihati tapi bukan salah diaorang yang salah aku. Ini bukan kali pertama blog Denaihati cover majlis Ninetology sebelum ini pernah untuk “Pelancaran telefon baru seri U9“.

Pelancaran rasmi Ninetology U9Z1T dengan harga RM899
Pelancaran rasmi Ninetology U9Z1T dengan harga RM899

Majlis pelancaran u9 Z1T smartphone 4G terbaru keluaran syarikat tempatan Ninetology akan menjadi permulaan untuk aku aktif kembali menyertai majlis-majlis pelancaran gajet yang memang banyak hampir setiap hari ada. Selain daripada mengambil tahu keluaran produk terbaru dapat juga aku bersosial dengan rakan-rakan Blogger teknologi yang memang kuat berkerja sebab itu mereka dapat peluang pergi majlis pelancaran produk sehingga keluar negara. Kalau duit jadi ukuran itu memang salah sebab bukan semua advetorial gajet yang mereka tulis adalah berbayar tetapi kerana minat dan dedikasi.

Rakan media dan blogger yang hadir pelancaran U9Z1T
Rakan media dan blogger yang hadir pelancaran U9Z1T

Selain berjumpa rakan Blogger dapat juga berjumpa dengan top management syarikat macam majlis Ninetology inilah dapat berbual dengan Bro Wong (kalau tak silap namanya), product manager yang berdiri sebelah aku. Bila aku bagi bisnis kad dia kata ooo ini Denaihati ya!, lepas ni kita jumpa boleh bincang bisnis. Suka tak suka untuk berjaya dalam bisnis mesti membina network dan kemudian sentiasa membina komunikasi yang baik bukan hanya apabila ada projek baru nak berhubung.

U9Z1T pada harga RM899 tapi boleh dapat diskaun sehingga RM200.
U9Z1T pada harga RM899 tapi boleh dapat diskaun sehingga RM200.

Memang tak ada rezeki nak menang smartphone LTE U9Z1T keluaran pertama Ninetology sebab aku salah teka harga. Semua jemputan yang meneka tepat harga iaitu RM899 dapat membawa pulang satu unit U9Z1T tapi kepada peminat smartphone Ninetology boleh mendapat diskaun sehingga RM200 dengan hanya perlu membeli secara online di eChannel Ninetology yang baru  dilancarkan bersama dengan pelancaran U9Z1T.

Rakan media dan blogger yang meneka tepat harga U9Z1T
Rakan media dan blogger yang meneka tepat harga U9Z1T

Sedikit informasi telefon Ninetology u9Z1T beroperasi menggunakan Android 4.3 dan membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz Quad Core. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman dengan aperture 2.2, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Kapasiti bateri pula sebesar 2000mAh. Nak tahu lebih lanjut kehebatan u9Z1T boleh baca di Veronchan.com dan Soyacincau.com atau boleh terjah Facebook Ninetology.

Ok berjumpa lagi di majlis pelancaran gajet baru yang lain.


Spread the love

193 Comments

  1. Pernah merasa guna produk Ninetology dulu, rasa amat memuaskan tak jauh beza dari samsung tapi bila tengok sekarang dah ada yang mula komplen pasal produk mereka. Harapnya mereka memperbaiki segalanya.
    Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya IbuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!