Kembalinya arwah Hasni Hardi mangsa tragedi MH17

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia bersedih dengan peristiwa tragedi MH17. Entah kenapa aku sangat sedih setiap kali mengenang peristiwa sedih ini terutama apabila teringat kepada anak saudara arwah Hasni Hardi. Hati ini seperti dapat merasai rasa sedih yang dirasai oleh ibu bapa arwah adik Hasni Hardi yang merupakan sepupu. Semuga Kak Asiah dan Abang Parlan serta seluruh keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian yang berat ini. Redhakan pemergian mereka semuga Syurga adalah tempat kalian.

TERKINI : Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia .. berita penuh

Alhamdulillah setelah 36 hari akhirnya tiba juga jenazah yang ditunggu oleh rakyat Malaysia khasnya kaum keluarga. Semuga baki jenazah akan juga dibawa pulang segera. Jenazah arwah Hasni Hardi dibawa balik dalam keranda yang ke 20.

Gambar-gambar kembalinya jenazah mangsa tragedi MH17

pesawat dan helikopter untuk bawa jenazah MH17

Klik gambar-gambar untuk melihat lebih banyak gambar sekitar kembalinya 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

pesawat MH6129 yang membawa jenazah MH17

jenazah MH17 dibawa keluar dari MH6129

Jenazah Hasni Hardi di bawa ke kereta jenazah

istiadat negara menyambut jenazah hasni hardi

IKUTI LIVE MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH HASNI HARDI DI SINI.

Kongsikan kata semangat dan doa untuk keluarga mangsa MH17 di SINI.

Senarai 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:

1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (Putrajaya)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (Putrajaya)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (Ipoh)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:

1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (Ipoh)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (Segamat)

Senarai jenazah 3 mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 24/8/2014, untuk istiadat penghormatan – sumber

Anak Kapal :

1) Mohd Ghafar Abu Bakar

Penumpang :

1) Ng Shi Ing

Nota : Identiti jenazah ketiga dirahsiakan atas permintaan keluarga.


Spread the love

92 Comments

  1. Tragedi MH17 yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkesan dengannya. Walaupun tidak ada seorang pun mangsa yang berkaitan darah dengan PG, tapi kesannya turut dirasai oleh PG. Semoga seluruh keluarga mangsa tabah menerima dugaan yang maha hebat ini. PG percaya, Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya, diluar dari kemampuan hambaNya sendiri. Al-fatihah.

  2. Tragedi MH17 ini sangat besar dugaannya buat negara yg masih lagi belum selesai dengan tragedi kehilangan MH370. Namun, banyak hikmah yang terkandung disebalik kedua-dua tragedi ini. Semoga Malaysia (MAS) bisa bangkit dan kembali mengecapi kejayaan yang mengharumkan nama dan warga Malaysia…
    Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan IlahiMy Profile

  3. Dina ingat lagi masa peristiwa silence for a minute. Sedih bila baca Al-fatihah ramai ramai semasa bertakafur. Semua rakyat malaysia berkabung untuk menghormati jenazah walaupun tidak pernah bersua muka. Ini baru nama nya semangat satu malaysia. Semoga roh mereka tenang disana dan ditempatkan kalangan orang-orang yang beriman.

  4. Ya Allah, semoga Allah selamatkan bumi Malaysia tercinta dan rakyatnya.

    Pelbagai rentetan musibah dalam tahun yang sama, mungkin tahun ini tahun dukacita buat Malaysia.

  5. Kepada keluarga yang ditinggal, mudah-mudahan diberi kesabaran dan ketabahan, Memang menyedihkan kalau kematianya itu akibat kecelakaan yang begitu mengerikan.
    Mudah-mudahan para korban diterima amalnya dan di beri ampunan dosa, dan rahmatNya,
    aamiin.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!