Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia bersedih dengan peristiwa tragedi MH17. Entah kenapa aku sangat sedih setiap kali mengenang peristiwa sedih ini terutama apabila teringat kepada anak saudara arwah Hasni Hardi. Hati ini seperti dapat merasai rasa sedih yang dirasai oleh ibu bapa arwah adik Hasni Hardi yang merupakan sepupu. Semuga Kak Asiah dan Abang Parlan serta seluruh keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian yang berat ini. Redhakan pemergian mereka semuga Syurga adalah tempat kalian.
TERKINI : Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia .. berita penuh
Alhamdulillah setelah 36 hari akhirnya tiba juga jenazah yang ditunggu oleh rakyat Malaysia khasnya kaum keluarga. Semuga baki jenazah akan juga dibawa pulang segera. Jenazah arwah Hasni Hardi dibawa balik dalam keranda yang ke 20.
Gambar-gambar kembalinya jenazah mangsa tragedi MH17
Klik gambar-gambar untuk melihat lebih banyak gambar sekitar kembalinya 20 jenazah mangsa tragedi MH17.
IKUTI LIVE MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH HASNI HARDI DI SINI.
Kongsikan kata semangat dan doa untuk keluarga mangsa MH17 di SINI.
Senarai 20 jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.
Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (Putrajaya)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (Putrajaya)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (Ipoh)
9) Azrina Yakob (P)
Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (Ipoh)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (Segamat)
Senarai jenazah 3 mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 24/8/2014, untuk istiadat penghormatan – sumber
Anak Kapal :
1) Mohd Ghafar Abu Bakar
Penumpang :
1) Ng Shi Ing
Nota : Identiti jenazah ketiga dirahsiakan atas permintaan keluarga.
92 Comments
Even bukn keluarga saya, saya tetap menangis setiap kali membaca kisah2 MH370 & MH17. Sy jadi down sgt2 setiap kali baca apa sjj yg blogger statuskan dan paparkan dlm blog yg kdgkala seolah2 tak berfikir bgmn jika keluarga mangsa terbaca akn status dan tulisan2 di media2 sosial yg ada. Sbb tu sy kdgkala mls nk scroll di fb. Sy sedih sgt2.
Apapun… Sesungguhnya dari Allah kita dtg. Kpd Allah kita kembali. Takziah dr sy untuk keluarga Allahyarham. Bertabahlah
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Cara Mengatasi Sakit Perut
Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Curahan rasa Nurul @ ..Jangan Bertangguh
patutlah semalam semasa kerja dapat email yang kami semua kena bertafakur seketika pasal isu MH17 nih
Curahan rasa Rujukan Kastam @ ..Dapatkan Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
ramai yang pakai pakaian serba hitam/gelap tanda menghormati.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pusat Penjagaan Kesihatan Al Ansar Health Bangi
Salam takziah buat ahli keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH17
Al-Fatihah buat penumpang dan anak kapal MH!&. Selamat pulang kebumi Malaysia. Semoga tenang disana
Setiap apa yang berlaku adalah ujan dari Allah untuk umatNya..
dengar radio pun terasa kesedihannya..
Moga ahli keluarga yang terlibat tabah mengadapi ujian ini
takziah…semoga keluarga mangsa tabah..
semoga pihak keluarga yang terlibat dengan tragedi MH17 ini sabar dan tabah menghadapi ujian yang berat ini…
Curahan rasa asraff @ ..Barat Laut Mexico Alami Misteri Rekahan 1 Kilometer
Oh..rupanya tuan sepupu kepada Allahyarham Hasni hardi ini.
Adakah tuan menghadiri perkebumian Allahyarham?
Curahan rasa Mohd Azrin bin Abu Bakar @ ..Wordless Wednesday 019
memang sedih dan hiba. hari ini 2 lagi jenazah sampai.
Curahan rasa ainun @ ..Ebook Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
Al-Fatihah.
Sebak sangat tengok majlis pengkebumian tu.
Ada seorang rakan Whatsapp bagitau makcik
saudara dia salah seorang mangsa. Dapat
jumpa sepasang tangan je.
Bila jatuh pada ketinggian 35000 kaki, tak boleh bayangkan macam mana, jatuh dr bangunan 4 tinggkat pun dah cukup serius.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jenazah Hasni Hardi masih sempurna
al-fatihah…semoga rohnya dicucuri rahmat
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sejarah Penampar Jepun
Takziah dan Al-Fatihah. Semoga waris2 keluarga mangsa tragedi tabah menghadapinya .
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hari Berkabung Negara 22 Ogos 2014: Rakyat Malaysia Menanti Detik Kesedihan
semoga ahli keluarga tabah dengan ujian ini dan salam takziah buat semua…
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARA
Comments are closed.