Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pameran artifak Rasulullah SAW “. Kali ini Abang nak kongsi berita sedih regim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang sebagai seorang pengembara yang pernah sampai di Masjid ke tiga tersuci untuk umat Islam iaitu Masjid Al Aqsa pasti rasa sangat sedih apabila menerima berita regim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa. Berikut adalah kenyataan rasmi oleh DATUK SERI ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS dan anggota parlimen Marang.
PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa dan menahan Mufti Baitulmaqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadap mereka kepada umat Islam.
Alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakan seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa.
Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan rejim berkenaan dan sekutunya.
Masjid a-Aqsa dan keselamatan Baitulmaqdis adalah tiang kesatuan umat dan membebaskan ia daripada cengkaman rejim haram Israel dan Zionis mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia.
Saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab.
Sepatutnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ketua-ketua negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis, bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.
Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kelantan, kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan rejim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan keamanan dunia.
Ini bukan lagi isu politik tetapi pejuangan lama sejak beribu tahun dahulu untuk mempertahankan Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan regim Israel. Sudah sekian lama umat Islam Palestin dilarang beribadah di Masjid Al Aqsa. Ketika Abang dan keluarga berada di Baitulmuqaddis selama 5 hari dapat melihat bagaimana di setiap pintu pagar masuk ke kawasan masjid akan dikawal oleh askar regim Israel. Hanya umat Islam Israel dan pelawat umat Islam dari negara lain sahaja dibenarkan beribadah di dalam Masjid Al Aqsa.
Kami sempat solat Jumaat di Masjid Al Aqsa. Setiap kali solat Jumaat beratus askar regim Israel bersedia di luar masjid dengan pakain lengkap anti rusuhan. Kami diminta untuk berada dalam masjid selepas solat Jumaat selama 30 minit, bersedia jika berlaku sebarang rusuhan. Khabarnya seminggu sebelum kami sampai telah berlaku rusuhan selepas solat Jumaat dan askar regim ini telah memasuki masjid dengan kasut untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka rasa terlibat dengan rusuhan.
Mengikut kata mutawif yang membawa kami di bawah Masjid Al-Aqsa, regim Israel telah mengorek lubang besar membina bandar bawah tanah. Ada yang menceritakan mereka mencari Peti Tabut peninggalan Nabi Sulaiman dan kitab Nabi Sulaiman yang boleh menguasai dunia manusia dan dunia ghaib.
Pembaca boleh membaca kisah kembara palestin kami sehingga memasuki jauh ke dalam negara regim Israel pada entri-entri di bawah terutama kepada yang masih keliru antara Masjid Al-Aqsa dengan Dome of the Rock.
TERKINI : Jemaah sudah dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa tetapi tidak boleh menggunakan pembesar suara. Video bilal sedang azan tanpa pembesar suara.
Kita munajat semuga TUHAN pelihara Islam dan Masjid Al Aqsa serta hancurkan regim Israel yang zalim kepada umat dunia
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
37 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Apa yang kita mampu buat sebagai saudara Islam yang jauh hanyalah berdoa dan menghulurkan bantuan semampunya..
Curahan rasa Nurul Nadiah @ ..Tumbler Hitam
semoga masjid al-aqsa dibebaskan pada suatu hari nanti. kita yang jauh ni mampu berdoa sahaja untuk keselamatan rakyat palestin di sana.
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
Isu Israel dah lama betul. Tak pernah putus asa untuk mengganggu hidup org Islam.
Curahan rasa Umrah Musim Sejuk @ ..Faktor Memilih Pakej Umrah
Semoga semangat pejuang di Palestin dan seluruh dunia tidak luntur.
Umat Islam wajar berdoa dan meningkatkan takwa masing masing
Curahan rasa mrhanafi @ ..Stori Kelas Memandu Jadi Kenangan Terindah
Sedih yang betul – betul berada disana dilarang sama sekali untuk memasuki. Hanya penduduk islam luar negara je yang dibenarkan. Dan lagi mereka sekarang suka – suka sahaja menyekat .
Curahan rasa onlajer @ ..Pengalaman Buat Duit dengan Lazada bergitu menyeronokan
Marilah kita sama-sama berdoa supaya turun bantuan Allah untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada kaum Israil….
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Sejarah semasa kelahiran baginda Rasulullah S.A.W telah membuktikan Allah S.W.T boleh mengutuskan burung ababil untuk menghapuskan tentera bergajah Abrahah yang ingin mendapatkan Kaabah..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Pembetulan : Ketika tentera bergajah ingin menghancurkan Kaabah…
Jadi, tak mustahil Allah boleh buat perkara yang sama kepada tentera Israil…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
setuju… semoga Allah segera hancurkan mereka 🙁 aamiin
sedih hati ini dapat kabar tentang masjid al aqsa kemarin 🙁
Curahan rasa Brainking Plus Indonesia @ ..Kebiasaan-kebiasaan Buruk Penyebab Pengecilan Otak
Sampai hari kiamat pun Israel tak akan berhenti berbuat dzalim kepada Islam. Kita munajat kepada Alloh: “Rabbana afrigh ‘alaina shabran tsabbit aqdamana wanshurna ‘alal qaumil kafirin”
Curahan rasa Dawaihati @ ..6 Biji-bijian yang Termasuk Golongan Superfoods
memang jahat selama-lamanya israel ni, semoga dapat kemenangan kepada orang islam
Curahan rasa raihanah @ ..Minum Susu Menyumbang Kepada Osteoporosis
Memang tak perlu bersusah susah musafir kecuali untuk 3 tempat
Salah satu darinya masjidil aqsa
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Vitalea Shaklee 19 Kebaikan Untuk Ibu Mengandung
sangat beruntung kerana ada peluang untuk solat yang no 3 ..paling banyak pahala..masjid al Al Aqsa
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tukar Aplikasi Duit Menjadi Aplikasi Istighfar
Israel percaya dengan peti Tabut mereka akan menang peperangan dengan Umat Islam. Tetapi lebih ramai yang percaya Yahudi Israel mencari kitab sihir yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman. Dengan imu sihir daripada kitab ini, mereka boleh menggunakan sihir untuk menguasai manusia dan jin sekaligus menguasai dunia.
Nabi Sulaiman sendiri tidak ada kemampuan untuk memusnahkan kitab ini, sebab itu kitab ini disembunyikan kerana tidak dapat dimusnahkan.
Wallahu a’alam. Hanya Allah yang mengetahui kisah ini benar atau tidak.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Penjelasan Yang Betul Tentang Salah Faham Perniagaan Ebay
selagi belum berakhirnya dunia..selagi itulah israel laknatullah akan memerangi umat islam…yang syahid di jalan Allah beruntunglah
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Nasi Bukit Ayam Penyet Padang Jawa Kongsi Nasi Satu Pinggan Dua Orang
ini bukan kali pertama rejim israel buat mcm ni.. mereka tidak akan berhenti dari terus mengancam umat islam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Netflix
Allahuakbar.. ini la antara tanda-tanda akhir zaman kan? Syabas Tuan Haji Hadi, sikit sebanyak dah memberi kesedaran kepada kita semua..
Curahan rasa syakilla azam @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Comments are closed.