Kecam sekatan Israel di Masjid al-Aqsa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pameran artifak Rasulullah SAW “. Kali ini Abang nak kongsi berita sedih regim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang sebagai seorang pengembara yang pernah sampai di Masjid ke tiga tersuci untuk umat Islam iaitu Masjid Al Aqsa pasti rasa sangat sedih apabila menerima berita regim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa. Berikut adalah kenyataan rasmi oleh DATUK SERI ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS dan anggota parlimen Marang.

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa dan menahan Mufti Baitulmaqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadap mereka kepada umat Islam.

Alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakan seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa.

Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan rejim berkenaan dan sekutunya.

Masjid a-Aqsa dan keselamatan Baitulmaqdis adalah tiang kesatuan umat dan membebaskan ia daripada cengkaman rejim haram Israel dan Zionis mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia.

Saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab.

Sepatutnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ketua-ketua negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis, bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.

Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kelantan, kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan rejim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan keamanan dunia.

Ini bukan lagi isu politik tetapi pejuangan lama sejak beribu tahun dahulu untuk mempertahankan Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan regim Israel. Sudah sekian lama umat Islam Palestin dilarang beribadah di Masjid Al Aqsa. Ketika Abang dan keluarga berada di Baitulmuqaddis selama 5 hari dapat melihat bagaimana di setiap pintu pagar masuk ke kawasan masjid akan dikawal oleh askar regim Israel. Hanya umat Islam Israel dan pelawat umat Islam dari negara lain sahaja dibenarkan beribadah di dalam Masjid Al Aqsa.

Kami sempat solat Jumaat di Masjid Al Aqsa. Setiap kali solat Jumaat beratus askar regim Israel bersedia di luar masjid dengan pakain lengkap anti rusuhan. Kami diminta untuk berada dalam masjid selepas solat Jumaat selama 30 minit, bersedia jika berlaku sebarang rusuhan. Khabarnya seminggu sebelum kami sampai telah berlaku  rusuhan selepas solat Jumaat dan askar regim ini telah memasuki masjid dengan kasut untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka rasa terlibat dengan rusuhan.

Mengikut kata mutawif yang membawa kami di bawah Masjid Al-Aqsa, regim Israel telah mengorek lubang besar membina bandar bawah tanah. Ada yang menceritakan mereka mencari Peti Tabut peninggalan Nabi Sulaiman dan kitab Nabi Sulaiman yang boleh menguasai dunia manusia dan dunia ghaib.

Pembaca boleh membaca kisah kembara palestin kami sehingga memasuki jauh ke dalam negara regim Israel pada entri-entri di bawah terutama kepada yang masih keliru antara Masjid Al-Aqsa dengan Dome of the Rock.

TERKINI : Jemaah sudah dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa tetapi tidak boleh menggunakan pembesar suara. Video bilal sedang azan tanpa pembesar suara.

Kita munajat semuga TUHAN pelihara Islam dan Masjid Al Aqsa serta hancurkan regim Israel yang zalim kepada umat dunia

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

37 Comments

  1. Semoga Mesjid Suci Umat Islam ini selalu diberikan keamana dan kelaluasaan bagi mereka yang ingin solat disana.
    Mesjid AL Alqso ini penuh dengan sejarah Umat islam yang penuh makna…

  2. Mesir yang menjadi laluan pintu utama untuk masuk ke Gaza juga bersikap pentingkan diri dan selalu menyukarkan konvoi bantuan misi keamanan untuk masuk ke sana dengan kawalan ketat dan etika yang tidak masuk akal untuk urusan misi bantuan.
    Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna AmeerMy Profile

  3. Begitulah. Mulut ditutp rapat dengan ugutan dan pemberian. Negara arab sendiri menjadi duri dalam daging. Mungkin bila mana Masjidil Aqsa ranap diratah, saat itu baru terbuka mata. Sudah terlambat

  4. Semoga Allah memelihara dan melindungi umat Islam di sana dan Masjid Al Aqsa dari pengkhianatan pihak yang tidak bertanggungjawab ..Amin
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..17.7.17My Profile

  5. Begitulah nasib umat islam hari ini, negara sendiri turut diserang dengan negara islam yang lain, sampai warisan tamadun islam tak dapat dipertahankan.

    Banyak rahsia rahsia yang sepatutnya diamalkan oleh orang islam kini sudah dimiliki oleh orang bukan islam.
    Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu SebulanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!