Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Karangkraf bukanlah suatu nama asing di mata kita malahan menjadi sinonim dengan majalah, akhbar dan novel. Akhbar Sinar Harian masih utuh sehingga kini, majalah-majalah hebat seperti Mingguan Wanita, Maskulin, Pa&Ma dan lain-lain lagi masih mendapat tempat di hati pembaca
Bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, tahun ini pihak Kumpulan Media Karangkraf sedang melangsungkan Karnival Karangkraf 2017 bersama SifuFBAds dengan tema ‘Gabungan Gerenti Gempak Merecikkk…’
Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017 kini akan berlangsung selama 3 hari di Kompleks Kumpulan Media KarangKraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula dari 3 Mac sehingga 5 Mac 2017.
Terdapat pelbagai aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah menarik telah disediakan khas untuk anda antaranya:
- Bikers Day Out x Maskulin x Sinar Turbo
- Percuma Sesi Sharing Bersama Usahawan Digital SifuFBAds
- Cabutan Pengunjung Bertuah
- Wacana SPR
- Kaunter Daftar Mengundi SPR & Menangi Hadiah Tajaan AirAsia
- Bengkel UPSR GPS Bestari
- Saksikan Aksi Protect Yourself 2.0 (Silat Cekak Ustaz Hanafi)
- Langgan & Menang Hadiah Bernilai Lebih RM 10,000
- Menangi 100 Tiket Percuma Sunway Lagoon & Lost World of Tambun
- Menangi 20 Pakej Penginapan ke Lost World Hotel
- Temu Mesra Bersama Novelis & Penulis
Karnival kali ini tidak seperti jualan buku biasa, kerana Karangkraf bekerjasama dengan SifuFBads, syarikat yang menyediakan bimbingan pemasaran secara online. Ia membawa konsep perkongsian ilmu, unik dan lain daripada yang lain.
Penulis sempat singgah di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sebentar tadi dan ramai orang yang berkunjung, membeli belah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada di situ. Pengunjung perlu meletak kenderaan di sebelah belakang Kompleks dan ikuti sahaja arahan dan panduan dari anggota RELA yang menjaga lokasi.
Pengunjung berpeluang menang tiket AirAsia dengan daftar mengundi dan golongan wanita berpeluang melihat demo memasak bersama chef terkenal serta uji bakat Hijabista Casting sebagai model Muslimah.
Lebih menarik lagi disediakan 100 tiket percuma ke Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun serta Cabaran 21 Hari Kurus, satu slot bersama Aizat Razak. Karnival turut diserikan pelancaran buku dan wacana ilmiah (Masuk Syurga Sekeluarga) oleh Ustaz Bachtiar Nasir pada 3 Mac jam 8 hingga 10 malam.
Selain itu, Power Talk dengan kupasan, Cara Kesan Suami Curang disampaikan Dr Syed Ysainee Yahya pada Ahad, 5 Mac bermula jam 2 petang hingga 2.45 petang. Pasti ramai yang ingin ikuti kupasan ini yang boleh ditonton di Facebook Mingguan Wanita.
Karnival Kumpulan Media KarangKraf juga ada booth-booth jualan makanan dan minuman di samping produk-produk yang menjadi kegunaan harian. Ada pengusaha shawl, barang kesihatan, kecantikan dan juga pelbagai lagi.
Seperkara yang menarik yang dilihat adalah harga jualan buku dan majalah di Karnival ini. Sangat berbaloi kepada yang ingin membeli dan jangan lepaskan peluang dengan diskaun sehingga 90%. Ayuh beramai-ramai memeriahkan lagi Jom Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017.
Karnival Kumpulan Media KarangKraf 2017
No. 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam
3 – 5 Mac 2017
9am – 7pm (Jumaat & Ahad) / 9am – 11pm (Sabtu)
63 Comments
Seronok juga kalau yang begini ada di daerah saya. Tapi jarang-jarang di dekat tempat tinggal saya mengadakan acara seperti itu
Curahan rasa Dawahati @ ..Menyusuri Eksotisme Curug Telu Banyumas
Talk kesan Suami Curang tu pasti mendapat sambutan yang hebat dari kalangan isteri kan?
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bengkel Faham Al-Quran tanpa Asas Bahasa Arab
Wah.. Seronoknya dapat beli buku dengan harga lebih jimat dan murah:)
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..TIPS ELAK MEROYAN SELEPAS BERSALIN DAN SEMASA BERPANTANG
Karnival kalo di indonesia namanya Pameran.Yang terkenalekan Raya Jakarta. Kalo yang karnival ini seru dan meriah nih kayaknya, jadi pengen lihat nyatanya. Salam Bang…
Curahan rasa buwel kisah asmara @ ..Cerita Kisah Asmara Jaket Mataram Sakti
Peminat buku mesti geram je tengok buku-buku tersusun tue. Rambang mata dibuatnya. :p
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Mudah Bantu Badan Buang Toksin Lebih Lancar
Wow, banyaknya aktiviti kat sana. Nak datang dengan keluarga pun seronok macam nie. Hadiah menarik pulak tue. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Mudah Bantu Badan Buang Toksin Lebih Lancar | Set Detoks Shaklee
karangkraf mmg selalu buat karnival besar dan jualan macam ni.. sebab tu ramai pengikut
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
menarik jugak hadiah hadiah tu.. mesti dpt tarik ramai pengunjung
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria
menarik hadiah tu kan, kalau dekat dah pegi tengok ni jugak, macam menarik semua aktiviti
Curahan rasa raihanah @ ..Cara Beli Vivix Dengan Lebih Murah
Seronok baca perkembangan Sifu FBAds. Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik untuk berkongsi ilmunya dengan para usahawan.
Curahan rasa Faezah @ ..Meal Shakes & Vita-lea for children untuk Si Manja Anda
kalaulah dekat dengan rumah hamba, confirm hamba akan pegi menyusurinya.
sabarlah hati.
jauh benar.
Curahan rasa guliroket @ ..Galah Panjang – Permainan Tradisional yang perlukan Fitness dan kekuatan mental yang kuat.
betul betul, kalau dekat dengan rumah memang panjang langkah nak pi ni
Curahan rasa raihanah @ ..Kajian Telomere Shaklee
peluang utk nak beli buku murah dan banyak buku2 bisnes yg sesuai utk usahawan muda
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
haa betul gak tu, peluang boleh beli buku banyak dengan harga lebih murah
Curahan rasa raihanah @ ..Vivix Bantu Proses Apoptosis, Cegah Necrosis
kalau ada karang kraf, mesti ada jualan buku…
diskaun-diskaun memang best! shopping buku sampai senget bahu
Curahan rasa umiadam @ ..Tips Kawal Gula Dalam Darah
meriah karnival ni. untunglah sapa yang dapat pergi..lagi untung sapa yg berpeluang dengar talk tang kesan suami curang tu hahah
Power talk tu tajuknya mengancam. Tapi dah dengar talk tu nanti ada yang tak boleh tidur pulak ha ha.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Terlepas Kapal Terbang- 5 Punca Dan Cara Elakkannya
assalamualaikum dan selamat pagi.
Mulanya rasa seronok sebab tengok gambar buku yang tersusun tu. lama dah tak pergi karnival buku. tapi bila turun bawah, tengok gambar cara kesan suami curang tu. dengan muka orang tu yang memandang tepat ke muka kita. adeh! hehehe
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Inilah sebabnya kenapa ikan koi boleh hidup di dalam longkang di jepun.
Comments are closed.