Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah lebih sebulan aku menggunakan iPhone 5 memang ada kelainan dengan siri iPhone yang sebelumnya. Guna iPhone 5 sorang-sorang macam tak best je tapi kalau nak kongsi dengan semua, ramai sangat pulak yang berminat pasti tak termampu. Untuk itu aku akan membuat pemilihan berdasarkan tugasan yang disediakan. Rakan Blogger yang berjaya dalam tugasan yang disediakan akan berjaya mendapat iPhone 5 impian.
Tugasan
1. Pasang button G +1 di blog anda. Kalau dah pasang baguslah. Blog tanpa button G +1 automatik terkeluar daripada saingan. (Rayuan tidak diterima). Cara pasang button G +1 boleh cari di entri-entri lama Denaihati.
2. Buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :
- Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
- Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.
3. Tinggalkan link entri iPhone 5 anda di ruangan komen dan terbaik gunakan CommentLuv.
4. Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.
Tarikh Tutup Penyertaan
11.59 pm, 6/11/12.
Tarikh Tutup Cabaran
Akan dimaklumkan kemudian
Syarat-syarat
1. Terbuka kepada semua Rakan Blogger setia Denaihati.
2. Entri boleh ditulis dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
3. Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian.
Hadiah
1. iPhone 5 Baru, warna hitam/putih, 16GB.
2. Hadiah saguhati akan diumumkan kemudian setelah mendapat pengesahan daripada beberapa penaja. (Geng-geng yang ada eBook tak teringin nak sponsor ke???).
Minta kerjasama kepada semua Rakan Blogger tidak tinggalkan komen selain daripada link penyertaan. Komen yang tidak berkaitan akan di delete untuk memudahkan pengurusan.
Sebarang pertanyaan, info terkini dan senarai penyertaan boleh lansung ke Group Denaihati Network (Kalau belum jadi ahli just apply).
212 Comments
Nak tanya? kenapa setiap kali nak komen kena tekan “confirm you are NOT a Spammer”. Ini pasti melambatkan komen yg akan kita postkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Bila nak diumum tugusan seterusnya, paling cepat paling bagus utk menamatkan. Dapatlah tahu siap pemenanng gadget impian iphone 5 ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Slot Yang Paling Digemari “Anda Tanya Eizil Jawab”.
Alamak, saya dah tidak sempat.
Curahan rasa fmtt @ ..Pembunuh 100 orang: Biasakan yang sepatutnya
wow! iphone5.. hehehehe best tu..
Curahan rasa saadon @ ..Koperasi KMPP dah mula jual wangian kereta.
Semoga tugasan pertama ini ada point dan dikumpul dgn tugasan seterusnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Setia menanti tugasan berikutnya untuk kontes ini
Curahan rasa Dawaihati @ ..Pengaruh Terpilihnya Kembali Obama Bagi Dunia Islam
Tentunya para peserta kontes akan setia menunggu tugasan berikutnya dari sahabat DH
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Semakin banyak pula yang mengikuti kontes gadget impian ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
iphone 5 tu…. sedihnye…. tunggu lagik lah….
Curahan rasa yangbaik @ ..Wordless wednesday: Pulih kembali semangat yang hilang
Strategi DH sememangnya begitu, sejak dari dulu lagi pasti ada utk tugasan seterusnya, barulah dpt gadget impian iphone 5. Teroaksa ikuti jugak jika mahu gadget impian ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
huhu… dah terlepas….
Curahan rasa yangbaik @ ..Jawapan skema bagi soalan yang tidak ditanya
fiturnya keren bangettt …
Curahan rasa pengobatan asam urat @ ..100% SEO Score Test Results From chkme(dot)com
Saya juga bermimpi punya i phone 5
tapi masih setia dengan android.. heh
peace
newbiedroid.blogspot.com
Curahan rasa newbiedroid @ ..Tutorial Upgrade Firmware Samsung Galaxy S III ke Android 4.1 Jelly Bean
Saya juga bermimpi punya i phone 5
tapi masih setia dengan android.. heheheh
peace
newbiedroid.blogspot.com
akak dah letak G +1 tu, ada masalah di blog sikit : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian_7.html
sayang harga mahal banget, saya liat di ebay ga mahal2 banget, hehehe
Curahan rasa spring bed @ ..Comment on Blog by revan
emang maha banget. sudah masuk harga 9jt di indonesia
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..7 Daftar Buah Penambah Energi Tubuh
Comments are closed.