Cuti Umum Malaysia dan Negeri-negeri di Malaysia 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ni kita dah seronok bercuti dan menyambut permulaan tahun baru 2012. Beberapa hari lagi cuti sempena Tahun Baru Cina pula. Sebut tentang bercuti rasanya ramai rakan blogger dah mula rancang percutian tahun 2012 ni. Asyik dengan kerja setiap hari boleh membebankan otak dan tubuh badan kita. Jadi lebih baik luangkan sedikit masa rehatkan minda, tenangkan fikiran dan manjakan diri dengan bercuti. Tapi jangan sampai tanggungjawab kerja terabai.

Rancanglah percutian dengan baik. Berpandukan kalendar cuti umum Malaysia 2012 di bawah ni, tentukan tarikh atau hari yang sesuai untuk kita bercuti. Pilih tarikh yang kita betul-betul free dan pergilah bercuti ke mana-mana destinasi pilihan.

TARIKH
PERISTIWA
SAMBUTAN
1 Januari (Ahad)
Tahun Baru 2012
Seluruh negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari (Sabtu)
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan sahaja
15 Januari (Ahad)
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah sahaja
23 Januari (Isnin)
Tahun Baru Cina
Seluruh negara
24 Januari (Selasa)
Tahun Baru Cina (Hari kedua)
Seluruh negeri kecuali Kelantan & Terengganu
1 Februari (Rabu)
Hari Wilayah Persekutuan
Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
5 Februari (Ahad)
Maulidur Rasul
Seluruh negara
7 Februari (Selasa)
Hari Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P. Pinang & Selangor sahaja
4 Mac (Ahad)
Hari Ulangtahun Pemerintahan Sultan Terengganu
Terengganu sahaja
6 April (Jumaat)
Good Friday
Sabah & Sarawak sahaja
11 April (Rabu)
Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong
Seluruh negara
15 April (Ahad)
Hari Deklarasi Melaka sebagai Bandaraya Sejarah
Melaka sahaja
19 April(Khamis)

Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak sahaja
1 Mei (Selasa)
Hari Pekerja (Hari Buruh)
Seluruh negara
5 Mei (Sabtu)
Hari Wesak
Seluruh negara
7 Mei (Isnin)
Hari Hol Pahang
Pahang sahaja
17 Mei (Khamis)
Hari Keputeraan Raja Perlis
Perlis sahaja
30 & 31 Mei(Rabu & Khamis)

Pesta Menuai, Pesta Kaamatan
Sabah & Labuan sahaja
1 – 2 Jun(Jumaat & Sabtu)

Pesta Menuai, Hari Gawai
Sarawak sahaja
2 Jun (Sabtu)
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Seluruh negara
17 Jun (Ahad)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja
7 Julai (Sabtu)
Hari Warisan Georgetown
P. Pinang sahaja
14 Julai (Sabtu)
Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri P. Pinang
P. Pinang sahaja
20 Julai (Jumaat)
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu sahaja
21 Julai (Sabtu)
Awal Ramadan (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Melaka sahaja
6 Ogos (Selasa)
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja
19 – 20 Ogos(Ahad & Isnin)

Hari Raya Puasa *
Seluruh negara
31 Ogos (Jumaat)
Hari Kebangsaan
Seluruh negara
8 September(Sabtu)

Sambutan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Sarawak sahaja
16 September(Ahad)

Hari Malaysia
Seluruh negara
6 Oktober(Sabtu)

Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah
Sabah sahaja
13 Oktober(Sabtu)

Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka sahaja
24 Oktober(Rabu)

Hari Keputeraan Sultan Pahang
Pahang sahaja
26 Oktober(Jumaat)

Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban *
Seluruh negara
27 Oktober(Sabtu)

Hari Raya Haji / Hari Raya Qurban (Hari kedua) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu sahaja
11 & 12 November(Sabtu & Ahad)

Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan sahaja
13 November(Selasa)

Hari Deepavali (Diwali)
Seluruh negara kecuali Sarawak dan Labuan
15 November(Khamis)

Awal Muharram(Maal Hijrah)

Seluruh negara
22 November(Khamis)

Hari Keputeraan Sultan Johor
Johor sahaja
11 Disember(Selasa)

Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor sahaja
20 Disember(Khamis)

Hari Hol AlmarhumSultan Iskandar Johor

Johor sahaja
25 Disember(Selasa)

Hari Krismas
Seluruh negara

* tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada hasil melihat anak bulan

Bagi yang sudah berkeluarga, hari cuti adalah masa paling sesuai untuk bersama anak-anak dan isteri atau suami. Habiskan masa cuti di mana-mana destinasi percutian yang menarik dalam Malaysia boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Bagi yang masih belum berkahwin pula ajaklah kawan-kawan bercuti sambil lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh jauhkan diri dari tekanan kerja atau sebagainya.

Percutian yang dirancang dengan baik dapat beri kepuasan kepada diri kita. Oleh itu, buat persiapan awal, rancang percutian tahun 2012 dengan sebaik mungkin. Masa itu EMAS jangan dipersiakan.


Spread the love

126 Comments

  1. 6 Ogos (Selasa)
    Nuzul Al-Quran
    Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja

    1. Kalau cara manual cukup panjang bro, banyak kode yang mesti dipake kalau mau lebih simpel buat tabel di WP
      1. Siapkan dulu data2 dan tabel di Ms. Word
      2. Copy data dan tabel ( Ctrl + A) (Ctrl + C)
      3. Di halaman posting WP gunakan versi “PASTE From Words” dan paste-kan data pada kotak yang muncul ( Ctrl + V )
      mungkin cara ini lebih mudah dan simpel, semoga membantu 🙂
      Curahan rasa Mas Gie @ ..Creating History Together With ArenaBetting Piala Eropa 2012My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!