Biodata

Selamat datang ke Denaihati.com,

Aku berasal dari sebuah kampung yang terpercil di Segamat, Johor. Mula menuntut ilmu di SKKA, Batu Anam kemudian ke Sekolah Sains Johor Kluang dan melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi. Aku suka menulis sejak di bangku sekolah dan tak pernah menyangka akan menjadi penulis blog. Antara hobi aku adalah mengembara ke negara orang menjelajah melihat kesusahan orang untuk mensyukuri nikmat yang ada yang dikongsikan di blog kembara Denai.my. Sudah menjejaki kaki di Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, Cina, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis dan New Zealand  dan sedang merancang untuk mengembara ke Jepun, Balkan, Turki, USA dan Afrika. Pernah bekerja dengan kerajaan dan swasta. Sekarang fokus kepada bisnis online dan penasihat kepada eQurbaan.com. Juga peminat tegar Arsenal.

Setelah lebih lima tahun mengendalikan Blog Denaihati memang tidak sangka dengan pencapaian ada sekarang. Blog Denaihati adalah antara top 10 blog Malaysia mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang meningkat setiap bulan. Blog Denaihati telah mendapat anugerah Best blog of the year 2012, Most Creative blog 2013 dan Best Personal blog 2013. Kejayaan ini tidak datang sekelip mata dan tidak juga berlaku begitu sahaja. Bantuan berterusan dari Rakan Blogger Kujie2.com, Ariffshah.com, Azmanishak.com, Apesal.comSweetKurma.com dan Team Denaihati yang baru Anarm.netShahrilEizil.com dan Shakkido.com memang tidak dapat dilupakan. Sokongan keluarga tersayang Emak, Abah, Balqis, Fahim, Sahira, Haziq, Irfan, Awin dan sahabat-sahabat sangat dihargai. Siapalah Denaihati tanpa mereka ini. Tidak ketinggalan terima kasih tidak terhingga kepada semua Rakan Blogger dan Pembaca yang terus bersama Blog Denaihati berkongsi rasa berkongsi pendapat. Jutaan terima kasih juga kepada pengiklan dan penaja yang terus memberi kepercayaan kepada blog Denaihati untuk terus bernyawa memberi berbagai ilmu untuk bacaan semua.

Dah lama aku bercita-cita untuk membangunkan plugin yang boleh memberi manafaat kepada semua. Alhamdulillah akhirnya team Denaihati berjaya membangunkan Plugin Waktu Solat untuk diberikan kepada Rakan Blogger. Kepada yang berminat untuk meletakan plugin waktu solat di blog anda sila klik Projek Waktu Solat. Alhamdulillah blog Denaihati juga telah mempunyai versi Android dan iOS yang boleh di download di Google Play dan Apple Store untuk memudahkan membaca dimana saja dan bila-bila masa sahaja. Semua ini diberi percuma kepada rakan blogger dan pembaca setia blog Denaihati.

Syukur blog Denaihati telah mendapat pengiktirafan daripada berbagai pihak setelah memenangi empat anugerah iaitu MSMW Best blog of the year 2012, MSMW Most Creative blog 2013, MyNic Best Personal blog 2013 dan MSMW Best micro blog 2014. Blog Denaihati juga telah dinominasi pusingan akhir untuk anugerah DiGi Best personal blog 2013 dan MITBCA Best personal blog 2013. Terima kasih kepada semua yang telah memandang blog Denaihati.

Semuga kehadiran blog denaihati di dunia blog Nusantara dapat memberi berbagai informasi, motivasi dan ilmu untuk menambah ceria dunia ini.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog Denaihati. Terima kasih juga yang sudi follow Twitter, Facebook dan Instagram dan semua sosial media Denaihati. Kepada yang belum follow boleh follow di sosial media berikut

  1. Http://www.facebook.com/NetworkDenaihati
  2. Http://instagram.com/denaihati (MSMW Best Micro Blog 2014)
  3. Http://twitter.com/denaihati

Teman-teman boleh hubungi Aku melalui saya [at] denaihati [dot] com atau TwitterFacebook dan Instagram untuk seberang pertanyaan.

Untuk membaca review Buku Denaihati edisi 2014 sila baca di SINI dan untuk membeli secara online sila beli di SINI.

Aku bangga menjadi Blogger Malaysia. Hidupkan Untuk Memberi.

Salam sukses.

Terima kasih.
Mohd Ilham @ Amir