Ayah dan Ibu jambatan ke Syurga tetapi ramai yang lupa

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kisah “Marah Ayah dan Ibu setakat mana” menyebabkan hati seperti disiat-siat sebak tak menentu terutama bila berada jauh diperantauan. Kekadang aku tidak faham dengan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. TETAPI masih ramai anak-anak yang membiarkan ibubapa dikampung tanpa dijengok tanpa ditanya kabar. Ada yang balik setahun sekali dan ada yang balik hanya bertahun-tahun sekali.

Kalau hidup di perantauan baru merasa betapa keluarga terutama ibubapa terlalu dekat di hati walaupun jauh di mata. Hanya yang pernah melalui dapat merasai seperti Blogger di perantauan. Yang di depan mata memang jarang-jarang kita hargai.

Ibubapa siapa yang tak sayang. Sahabat aku terus call ibu beliau setelah menonton video iklan raya Bernas 2012 memang menyentuh hati. Aku sendiri terasa nak balik Segamat seperti Ahmad dan Fizi untuk menziarahi ibubapa tercinta.

Jom saksikan video raya Bernas 2012 kalau tak sebak memang dah keras jiwa nurani tu …

Manalah hidup nak senang kalau tidak dapat redha ibubapa itu yang ramai mengeloh kerja siang malam tetapi tidak pernah cukup. Entah apalah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup ini atau sebenarnya mereka sesat dalam pencarian hidup.

Kepada yang lupa pengorbanan ayah dan ibu kepada kita sehingga kita berada ditahap ini sila saksikan video Sudirman ayah dan ibu ini ..

Ingatlah wahai anak-anak apa yang kita buat kepada ibubapa hari ini pasti suatu hari akan berulang kembali kepada diri kita oleh anak-anak kita …. balasan tunai di dunia.

Nota : Sila sebarkan rasa hati ini kepada seberapa ramai yg boleh untuk peringatan bersama.

Comments

  1. says

    saya balik kampung satu kali setahun untuk berjumpa ibubapa tercinta. Kehidupan dan kesibukan kerja di perantawan untuk sesuap nasi tapi perlu ingat mereka di kampung. Saya tahu mereka sentiasa merindui anak2 nya beginilah kehidupan penuh dengan warna warni

Trackbacks