Aminulrasyid Amzah pergi dalam misteri – Al-Fatihah

Spread the love

Sepanjang usia aku mungkin dah beratus kali melalui sekatan jalanraya yang dilakukan samada oleh PDRM atau JPJ dan beberapa kali ditahan polis ketika memandu kerana melanggar undang-undang jalanraya.

Seandainya sekatan jalanraya dilakukan siang hari maka aku akan membuka cermin kereta dan ucapkan salam dan mematuhi apa juga arahan yang diminta oleh pihak berkuasa. Seandainya sekatan dilakukan di malam hari maka aku akan buka lampu dalam kereta, buka tingkap dan ucapkan salam kepada pihak berkuasa. Alhamdulillah sehingga hari ini insyallah walaupun beberapa kali aku ditahan akibat kesalahan sendiri tetapi tidak dihukum atau disaman.

Aminulrasyid Amzah
Arwah adik Aminulrasyid Amzah

Pernah sekali Encik Polis Trafik meluahkan perasaan kepada aku selepas aku mengaku kesilapan yang aku lakukan, katanya “macam ni lah bagus bila buat salah mengaku, ini tidak dahlah buat salah bila kita tahan di maki-maki kita pulak, polis ni manusia juga berdiri tengah panas, berjaga tengah malam, kita bukan minta dipuji, tapi tolonglah ikut peraturan pasti kami tak ganggu”. Bagi aku kenapa perlu takut dengan Polis, sedangkan undang-undang Allah swt pun kita berani langgar tanpa rasa takut inikan pula udang-hudang dunia.

Aku teringat satu iklan Masyarakat di Radio Sinar suatu ketika dahulu “Ketahuilah di mana anak anda, jangan biarkan mereka berpelesiran di luar rumah terutama di malam hari”. Teringat juga pesan Pakar Motivasi Dato’ Fadzilah Kamsah : “Kenalilah kawan-kawan anak anda’. Kesimpulannya jagalah anak-anak kita kerana malang tidak berbau. Kalau nasi sudah jadi bubur, menangis air mata darah pun tiada guna.

Allah swt lebih menyayangi Aminulrasyid Amzah lebih daripada kita. Dia pergi dalam usia muda yang masih bersih dari dosa-dosa besar. Kita ini belum tentu bagaimana pengakhiran hidupnya. Aku dapat merasai perasaan ibu Aminulrasyid kerana aku juga pernah kehilangan Mohd Akmal. Semua itu ujian Allah swt kepada yang hidup.

“Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segalanya. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun”. (Al-Muluk: 1,2)


Spread the love

133 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!