Adakah blogger kenal blog sendiri?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, agaknya ada berapa ratus ribu blog di Malaysia. Ada sesiapa boleh tolong jawapkan. Mungkin ada beratus ribu blog dengan menggunakan berbagai platform terutama blogspot dan wordpress. Ada berbagai genre blog daripada politik, hiburan, jenayah, online shopping, diari peribadi, motivasi, sukan dan sebagainya. Ada blogger yang menguruskan bukan satu tapi berpuluh-puluh blog mengikut genre yang berbeza. Ada blogger yang yang suka-suka berblog dan ramai juga yang menjadikan blogging sebagai kerjaya serta tak kurang ramai juga blogger yang mendapat pendapatan yang hebat daripada blog mereka.

Soalnya berapa ramai blogger yang kenal dengan blog mereka sendiri? Berapa ramai yang tahu blog speed, pagerank, loading time, alexa ranking, keywords density, meta tag dan sebagainya. Aku pernah tweet “Periksa dan kenali blog anda @ SEO tools“. Ada pulak teman yang jawap katanya daripada periksa blog baik periksa amalan setiap hari. Mungkin yang menjawap tu tak ada blog jadi tak perlulah dia nak sibuk-sibuk nak check. Bagi aku kalau kita serious nak berblog adalah bagusnya kita belajar basic berblog terutama prestasi blog dan cuba kenali blog kita sendiri dengan berbagai tools yang ada. Ramai blogger tak kisah pun janji boleh tulis kira dah ok lah.

Kenali Blog Sendiri

Aku bukanlah orang layak nak mengajar sebab aku pun sedang bertungkus lumus belajar cara berblog yang betul. Tanpa segan silu aku selalu bertanya kepada blogger yang memang ada kemahiran melebihi aku melalui email dan direct message di Twitter dan Facebook. Sekarang ni pun blog denaihati tengah ada satu masalah. Melalui Meta Tag Analyzer katanya “This page contains too many URLs.This web page contains 132 urls. Some Search Engines have problems with more than 100 urls on a page.” Sedang mencari cara menyelesaikan isu ini. Ada yang boleh bantu ke??

Kenali blog anda @ SEO tools. Orang tua ada berkata “Malu bertanya sesat jalan”.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

203 Comments

  1. Ya memang ramai yg hanya tau menulis, mengkritik, memberi respond tapi tak tau blog speed, pagerank, loading time, alexa ranking, keywords density, meta tag dan sebagainya.Betul…betul…betul…, Bagus kiranya saudara denai hati dpt beri tip atau cara2 atau istilah dlm bahasa berblog semoga semua kenalan di sini dpt mempelajari dari anda yg telah mahir.

  2. Bro DH selepas sy buat analisa.. saya punya blog tiada apa2 masalah cuma Keywords meta tag saja fair.. bagaimana untuk mendapat ketumpatan meta tag erk?
    Curahan rasa ProfHariz @ ..Siapa Maher ZainMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!