Adakah blogger kenal blog sendiri?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, agaknya ada berapa ratus ribu blog di Malaysia. Ada sesiapa boleh tolong jawapkan. Mungkin ada beratus ribu blog dengan menggunakan berbagai platform terutama blogspot dan wordpress. Ada berbagai genre blog daripada politik, hiburan, jenayah, online shopping, diari peribadi, motivasi, sukan dan sebagainya. Ada blogger yang menguruskan bukan satu tapi berpuluh-puluh blog mengikut genre yang berbeza. Ada blogger yang yang suka-suka berblog dan ramai juga yang menjadikan blogging sebagai kerjaya serta tak kurang ramai juga blogger yang mendapat pendapatan yang hebat daripada blog mereka.

Soalnya berapa ramai blogger yang kenal dengan blog mereka sendiri? Berapa ramai yang tahu blog speed, pagerank, loading time, alexa ranking, keywords density, meta tag dan sebagainya. Aku pernah tweet “Periksa dan kenali blog anda @ SEO tools“. Ada pulak teman yang jawap katanya daripada periksa blog baik periksa amalan setiap hari. Mungkin yang menjawap tu tak ada blog jadi tak perlulah dia nak sibuk-sibuk nak check. Bagi aku kalau kita serious nak berblog adalah bagusnya kita belajar basic berblog terutama prestasi blog dan cuba kenali blog kita sendiri dengan berbagai tools yang ada. Ramai blogger tak kisah pun janji boleh tulis kira dah ok lah.

Kenali Blog Sendiri

Aku bukanlah orang layak nak mengajar sebab aku pun sedang bertungkus lumus belajar cara berblog yang betul. Tanpa segan silu aku selalu bertanya kepada blogger yang memang ada kemahiran melebihi aku melalui email dan direct message di Twitter dan Facebook. Sekarang ni pun blog denaihati tengah ada satu masalah. Melalui Meta Tag Analyzer katanya “This page contains too many URLs.This web page contains 132 urls. Some Search Engines have problems with more than 100 urls on a page.” Sedang mencari cara menyelesaikan isu ini. Ada yang boleh bantu ke??

Kenali blog anda @ SEO tools. Orang tua ada berkata “Malu bertanya sesat jalan”.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

203 Comments

  1. kadang-kadang je buat analisa pasal blog sendiri, tapi yang selalu nampak orang asik buat analisa traffik.. maybe supaya orang tertarik nak berikalan dalam blog tu agak nya

  2. saya pun masih belajar dan terus belajar..kadang2 takut gak nak ubah yang tak berapa faham ni. Kalau dah tanya orang tapi x jumpa gak, jalan terkahir saya backup dulu database blog tu pastu test r tgk jati ke tak. kalau jahanam pun leh restore blk yg asal. ehehe
    Curahan rasa dedoku @ ..DiGi iPhone 4 LifeMy Profile

    1. Bro aku pun lebih kurang gitu juga ni lah tengah belajar dengan sifu yg lebih pandai dan berilmu..bak kata orang tua “sharing is caring”

  3. aku dah 3 tahun berblog tapi masih tak kenal blog aku..
    tapi tu ok lagi. dah idup 32 tahun pun masih tak kenal diri.. huhuhuhu

          1. nak buat entri tak payah susah-susah. Biar idea sekecil mana pun boleh di panjangkan sikit. Entri blog ni tak perlu tulis panjang lebar tak percaya tengok entri kujie2.com pendek je tapi penuh dengan makna tersendiri.

            1. Tu sedang belajar tu bro.. terbaca kat blog orang lain entri mesti lebih 250 patah perkataan paling minimum.. entah la. Rasanya bagus juga macam tu, boleh kongsi banyak maklumat dengan orang lain.. Tapi tu jer la, kalau nak buat entri panjang2 pun kena berfikir juga..
              Curahan rasa Steward John @ ..Good luck to PMR and SPM CandidatesMy Profile

  4. Salam,

    Bila dah check kat sini…saya juga dapat masej
    “This page contains too many URLs.This web page contains … urls. Some Search Engines have problems with more than 100 urls on a page.”

    Sebenarnya, sebab apa ya? Mengapa benda alah ni muncul macam ni? Ish! ish! ish! saya lagi la tak paham apa-apa hu huhu

    pssssttt: kalau dah dapat jawapan, sila kongsi ya —–> dengan muka tak malunya saya mintak 😉 Sebenarnya malu gak, tapi wat2 tak malu. Sebelum ni pernah mintak ilmu dengan sorang blogger tersohor seantario alam maya, tapi kena tempelak hu hu hu

    Kalau tak sudi kongsi pun tak apa, tapi…cakaplah terus terang, saya boleh terima secara positif
    Curahan rasa Anyss @ ..Mengapa Aku Tak Tulis Tentang Pembunuhan Kejam Arwah SosilawatiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!