20112011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, cantik tak tarikh 20.11.2011 yang hanya berlaku sekali sepanjang zaman tidak seperti tarikh 11.11.11 akan berulang setiap 1000 tahun. Tarikh 20/11 sangat istimewa dalam hidup aku bersama dengan seorang yang juga sangat istimewa dalam hidup aku. Melalui peristiwa sedih bersama seperti tercatat dalam nukilan peribadi dua tahun lepas bertajuk “Tarikh 20/11 yang tidak akan aku lupakan“, semuga rohnya bersemadi bersama mereka yang beriman menunggu kedatangan kedua ibubapanya di hadapan pintu syurga.

Insan istimewa yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang seperti tercatat dalam kisah “Pengorbanan Seorang Wanita“. Paling tragis apabila diuji oleh Allah SWT terpisah bertahun-tahun. Semuanya alhamdulillah dapat dilalui dengan sabar, setia dan redha. Setelah melalui detik yang sukar akhirnya kami bersama tetapi ketika anak-anak semakin membesar dan seorang demi seorang meninggalkan kami untuk menjejaki ilmu dunia dan akhirat yang tidak ada di rumah. Begitulah putaran hidup yang akhirnya pasti kami tinggal berdua.

Ada teman-teman yang bertanya dah lama usia perkahwinan tak teringin ke nak berpoligami. Memang ramai teman-teman aku yang berpoligami, cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain. Mampukah seorang suami melakukan perkara yang sama sekiranya isteri dibenarkan berpoligami. Aku belum mampu lagi untuk mengecewakan teman dan isteri yang sudah lebih 23 tahun bersama susah dan senang berkorban hati dan perasaan.

Tahun ini kami tidak dapat menyambut hari istimewa 20.11.2011 bersama kerana terpisah beribu kilometer. Aku titipkan doa agar kita sekeluarga sentiasa berada di bawah payungan ramat dan hidayah ALLAH SWT. Semuga kita tidak lagi diuji dengan ujian yang sukar seperti yang pernah dilalui sebelum ini.

20112011 begitu istimewa untuk aku dan dia. Semuga ikatan kami akan menjadi seperti tarikh 20112011 yang hanya berlaku sekali sepanjang zaman.

Comments

  1. says

    saya juga setuju, bahwa perkawinan sebaiknya cukup hanya 1 kali saja, bagi saya lebih baik tidak menyakiti hati pasangan kita yang telah mendampingi kita dalam susah dan senang, terkecuali Maut yang memisahkan,,,

Trackbacks