Assalamualaikum dan salam 1Dunia, cantik tak tarikh 20.11.2011 yang hanya berlaku sekali sepanjang zaman tidak seperti tarikh 11.11.11 akan berulang setiap 1000 tahun. Tarikh 20/11 sangat istimewa dalam hidup aku bersama dengan seorang yang juga sangat istimewa dalam hidup aku. Melalui peristiwa sedih bersama seperti tercatat dalam nukilan peribadi dua tahun lepas bertajuk “Tarikh 20/11 yang tidak akan aku lupakan“, semuga rohnya bersemadi bersama mereka yang beriman menunggu kedatangan kedua ibubapanya di hadapan pintu syurga.
Insan istimewa yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang seperti tercatat dalam kisah “Pengorbanan Seorang Wanita“. Paling tragis apabila diuji oleh Allah SWT terpisah bertahun-tahun. Semuanya alhamdulillah dapat dilalui dengan sabar, setia dan redha. Setelah melalui detik yang sukar akhirnya kami bersama tetapi ketika anak-anak semakin membesar dan seorang demi seorang meninggalkan kami untuk menjejaki ilmu dunia dan akhirat yang tidak ada di rumah. Begitulah putaran hidup yang akhirnya pasti kami tinggal berdua.
Ada teman-teman yang bertanya dah lama usia perkahwinan tak teringin ke nak berpoligami. Memang ramai teman-teman aku yang berpoligami, cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain. Mampukah seorang suami melakukan perkara yang sama sekiranya isteri dibenarkan berpoligami. Aku belum mampu lagi untuk mengecewakan teman dan isteri yang sudah lebih 23 tahun bersama susah dan senang berkorban hati dan perasaan.
Tahun ini kami tidak dapat menyambut hari istimewa 20.11.2011 bersama kerana terpisah beribu kilometer. Aku titipkan doa agar kita sekeluarga sentiasa berada di bawah payungan ramat dan hidayah ALLAH SWT. Semuga kita tidak lagi diuji dengan ujian yang sukar seperti yang pernah dilalui sebelum ini.
20112011 begitu istimewa untuk aku dan dia. Semuga ikatan kami akan menjadi seperti tarikh 20112011 yang hanya berlaku sekali sepanjang zaman.
130 Comments
Semua tanggal adalah istimewa..hari ibu,hari bapa disambut hari2..xperlu tunggu hari tertentu baru nk ucap terima kasih atas jasa diorg.. 🙂
A’ah! Tarikh tu memang style.. Best bca..
Mmg bertuah isteri dapat suami yang berfikiran seperti itu…:)
semoga satu saat nanti akan di pertemukan dgn seorg lelaki yg baik dan sentiasa akan menghargai seorg wanita…
Curahan rasa Nana @ ..Kenali jenis2 sihir
hehheS! 😀 http://tinyurl.com/Photo-NL5433D-jpeg
klo menrut aq semua tanggal juga baik dan istimewa….
Tarikh ini insyaAllah akan saya kenang sepanjang hayat kerana ia tarikh perkahwinan saya. 🙂
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..5 Soalan yang Dilupakan Ketika Menggunakan Facebook
dah lama tu…anyway..respect lelaki yg berfikiran camtu
Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget Impianku
cantik number tu tapi janganlah diletakkan sesuatu pada tarikh itu sehingga menganggapnya sebagai keramat….
Curahan rasa Syarih @ ..Punca Stress Dan Bagaimana Hendak Mengatasinya.
syahdu nya… sngt suka dengan perenggan ke tiga..
alangkah indahnya kalau semua lelaki berfiriran macam ni.. hmmm
“cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain. Mampukah seorang suami melakukan perkara yang sama sekiranya isteri dibenarkan berpoligami. Aku belum mampu lagi untuk mengecewakan teman dan isteri yang sudah lebih 23 tahun bersama susah dan senang berkorban hati dan perasaan.”
Curahan rasa Norfa @ ..Skuad Harimau Muda terima RM30,000 seorang sebagai ganjaran SUKAN SEA 2011
berpoligami mengikut hukum tidak dilarang namun kebanyakan suami melakukannya tidak mengambil kira kesan dan akibatnya….menyebabkan kegagalan kemudiannya. sekiranya dilakukan secara telus dan terang tentulah persetujuan yang dicapai akan menjadi lebih manis lagi…
Curahan rasa Syarih @ ..Punca Stress Dan Bagaimana Hendak Mengatasinya.
slmt ulgthun prkhwinan … mmg cntik tarikh tu …
suami sy pun penah kata,andainya dia brkhwin lg…itu hanya slepas sy tiada… 😉
wah jauh sungguh beza dgn kami yg baru 9 thn berumahtangga ni …
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Tahniah Malaysia , tahniah Skuad Harimau Muda
semoga bahtera dilayari terus bertahan dgn penuh kasih syang 😉
syukur…. jaga wife baik2 tau!
Curahan rasa noriz @ ..Santai Selasa : rusa beranak & Daulat Tuanku!
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 18, semoga terus kekal berbahagia… hebatnya isteri DH.. tabah hati biar selalu ditinggalkan..
Curahan rasa kakyong @ ..Gadget Impian kakyong[dot]com©
Tersentuh dengan kesetiaan bro DH. Bila dah ada isteri yang baik, tak perlu cari lain dah. Belum tentu dapat isteri baru sebaik itu
Curahan rasa Norasikin @ ..Perbaiki tambah nilai produk dengan cara berhemah.
tarikh best tu semalam…
Curahan rasa Omar @ ..Kad Debit Mastercard CIMB Bank
ameen
moga sentiasa diberkati dan dirahmati rumahtangga DH..ameen
DH, terima kasih berkongsi rasa dan pengalaman seorang suami…cukup berguna utk para suami sama2 ambil teladan..jgn fikir nak sedap sendiri tnpa berfikir perasaan dn pengorbanan isteri selama ni 😀
Curahan rasa hafizmd @ ..‘Barracuda’ vs Garuda
Comments are closed.