20112011

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, cantik tak tarikh 20.11.2011 yang hanya berlaku sekali sepanjang zaman tidak seperti tarikh 11.11.11 akan berulang setiap 1000 tahun. Tarikh 20/11 sangat istimewa dalam hidup aku bersama dengan seorang yang juga sangat istimewa dalam hidup aku. Melalui peristiwa sedih bersama seperti tercatat dalam nukilan peribadi dua tahun lepas bertajuk “Tarikh 20/11 yang tidak akan aku lupakan“, semuga rohnya bersemadi bersama mereka yang beriman menunggu kedatangan kedua ibubapanya di hadapan pintu syurga.

Insan istimewa yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang seperti tercatat dalam kisah “Pengorbanan Seorang Wanita“. Paling tragis apabila diuji oleh Allah SWT terpisah bertahun-tahun. Semuanya alhamdulillah dapat dilalui dengan sabar, setia dan redha. Setelah melalui detik yang sukar akhirnya kami bersama tetapi ketika anak-anak semakin membesar dan seorang demi seorang meninggalkan kami untuk menjejaki ilmu dunia dan akhirat yang tidak ada di rumah. Begitulah putaran hidup yang akhirnya pasti kami tinggal berdua.

Ada teman-teman yang bertanya dah lama usia perkahwinan tak teringin ke nak berpoligami. Memang ramai teman-teman aku yang berpoligami, cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain. Mampukah seorang suami melakukan perkara yang sama sekiranya isteri dibenarkan berpoligami. Aku belum mampu lagi untuk mengecewakan teman dan isteri yang sudah lebih 23 tahun bersama susah dan senang berkorban hati dan perasaan.

Tahun ini kami tidak dapat menyambut hari istimewa 20.11.2011 bersama kerana terpisah beribu kilometer. Aku titipkan doa agar kita sekeluarga sentiasa berada di bawah payungan ramat dan hidayah ALLAH SWT. Semuga kita tidak lagi diuji dengan ujian yang sukar seperti yang pernah dilalui sebelum ini.

20112011 begitu istimewa untuk aku dan dia. Semuga ikatan kami akan menjadi seperti tarikh 20112011 yang hanya berlaku sekali sepanjang zaman.

---

  1. asam garam dalam kehidupan,ada kalanya kita bersedih dan gembira,semoga bro terus tabah menghadapi cabaran yang akan datang

  2. Tapi saya masih keliru lagi dengan entri ini, mungkin kena baca entri Denaihati yg terdahulu dalam entri “Kisah Kehidupan” di ruangan halaman di atas. Mengenali Denaihati pun baru dlm sebulan dua ni. Tidak sempat membaca kisah kehidupan. Harap selepas ni saya akan baca, jika berkesempatan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″My Profile

  3. Inilah adab kehidupan, yang pergi takkan kembali, yang hidup harus teruskan kehidupan, yang terpisah kerana pergi belajar, ayuh berbaktilah kepada ke dua org tua mu dan yg bersama, semoga kekal selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Gadget Impian Saya Adalah….”Samsung Galaxy Tab 10.1″My Profile

  4. sama-sama kita doakan yg terbaik dalam hidup kita.. ;D

  5. rmai yg kawen arini..sbb tarikh cntik.
    Entri terbaru syu90 – 10 tanda hati matiMy Profile

  6. lar, tetiba sebak baca entry ini. dah lah suasana tengah mendung semacam ni..huhuhu. yang pergi tetap pergi dan yang tinggal harap kasih berpanjang ya. semoaga kekal sampai ke akhir hayat
    Entri terbaru Lizz – Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1My Profile

  7. azrijohan says:

    insyallah,akan tetap utuh

  8. kami semua doakan yang terbaik buat keluarga en DH..semoga berkekalan hingga akhir hayat perkahwinan itu..
    Entri terbaru paihujey – Mana Satu Lagi Sedap, Macaron ataupun MacaroniMy Profile

  9. semoga berkekalan hingga akhir hayat..
    Entri terbaru blackrosehunter – iPhone 4S Gadjet Impianku..My Profile

  10. al-fatihah untuk arwah anak sulung DH…dan chii doakan semoga ikatakn perkahwinan antara DH dngn isteri akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..insya Allah
    Entri terbaru chii – Kata Bijak Untuk Mengenal DiriMy Profile

  11. tahniah…semoga kekal sepanjang zaman
    Entri terbaru Shahrul – Pastikan Akaun Facebook Anda SelamatMy Profile

  12. semoga apa yang terbina akan bkekalan hingga akhir hayat
    Entri terbaru namia – Gadget Impian SayaMy Profile

  13. setiap insan mempunyai kisah suka duka yg berbeza…moga terus kekal bahagia dari dunia hingga akhirat….20112011 mmg nampak cantik, setakat waktu ini tak de yg menarik untuk ku kongsikan…hari ini yg aku tahu…masak, makan, membaca, kemas kedai kak siti dan membaca blog kawan2…di luar hujan lebat….hujan rahmat

  14. sebab saya baca entri tu..sungguh hebat dugaan Allah terhadap keluarga en ilham..hanya Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya

    Semoga kalian berdua terus berbahagia dunia dan di akhirat. Arwah menunggu ibu bapanya di syurga.Amin
    Entri terbaru cikgu naman – Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..My Profile

  15. Terharu b3njy membaca cerita ini … baru sedar sekejap daripada kegembiraan. Ternyata DH telah melalui satu kenangan yang sungguh pahit … dan b3njy juga membayangkan jika ia di lalui oleh b3njy memang tak tahu apa nak buat. B3njy suda berkahwin 6 tahun dan telah berkawan selama 7 tahun harap2 bahagia walau berbagai dugaan yang melanda … semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua terutamanya b3njy …
    Entri terbaru b3njy – KEMPEN ‘MARILAH MENDERMA’ SELAMA 15 HARI ANJURAN B3NJYMy Profile

Trackbacks

    Artikel pilihan...close