Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini ketika Abang berada di Riyadh Saudi, King Salman membuat pengumuman Kerajaan Arab Saudi akan memotong gaji kaki tangan kerajaan berkuatkuasa pada 1/10/2016.
Pemotongam gaji bermula 20% daripada menteri dan berkurangan peratusan mengikut jawatan sehingga keperingkat rendah kecuali pasukan keselamatan negara. Kebanyakan elaun yang selama ini dinikmati juga dikurangkan. Pengambilan pekerja asing dalam apa juga bidang diberhentikan dan yang sudah tamat kontrak tidak akan disambung bermula 1/10/2016.
Sebelum musim haji Kerajaan Saudi juga telah mengumumkan peningkatan kadar pemohonan visa umrah, haji dan lawatan sehingga SAR8 ribu. Kadar visa Umrah dan Haji kali kedua dikenakan yuran sebanyak SAR2180 manakala kali pertama percuma. Saman kesalahan jalanraya juga telah di gandakan daripada minima SAR500 kepada minima SAR1000 dan lebih mengikut jenis kesalahan. Khabarnya banyak lagi perubahan polisi kewangan akan diperkenalkan berperingkat bagi mengimbangi kemerosotan ekonomi Arab Saudi. Ada pemberita yang menulis artikel mengulas isu ini dengan bertajuk Zaman emas Arab Saudi sudah berlalu.
Mengikut para analisa ekonomi yang Abang terbaca memfokuskan ekonomi 2017 akan lebih mencabar diseluruh dunia. Baru-baru ini dalam berita BBC dikhabarkan hutang negara China mencecah USD250 trillion dan bakal mengelonsorkan ekonomi dunia.
Kata pakar ekonomi mulai tahun lepas kita kena berbelanja penuh hemah. Simpanan mesti ada untuk sekurang-kurang 24 bulan akan datang. Jangan boros berbelanja perkara yang tidak perlu. Tidak perlu bermewah kalau tidak perlu.
Bersedialah kita jangan ambil ringan dan jangan menyalahkan orang lain kalau selama ini kita lebih rehat daripada bersedia untuk suasana ekonomi yg lebih teruk. Carilah jalan untuk menambah pendapatan dari sekarang jangan tunggu sudah parah baru nak bergerak masa itu pasti susah.
Kepada yang berminat nak belajar cara buat duit digital jom join bengkel anjuran Denaihati Network pada 3/12/2016. Sebarang pertanyaan sila email ke [email protected]. Masa untuk berubah.
Abang memberitakan sahaja
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
42 Comments
Kalau kat Malaysia buat gini. Mau kene bako rumah PM kang..huhu.
Thanks abg DH.. perkongsian yg membuka mata hati.
Curahan rasa mira @ ..Adab makan ubat / supplement
Banyak pihak yang terkesan dengan situasi ekonomi sekarang. Moga akan bertambah baik nanti..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bagaimana Wanita Ini Tangani Sakit Bartholin Cyst Yang Dialaminya
Mulai sekarang, semua orang perlu memikirkan cara dan berusaha untuk menambahkan sumber pendapatan..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Tak boleh duduk diam sahaja dan goyang kaki di rumah selepas habis waktu bekerja…
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Kena pelbagaikan sumber pendapatan. Kalau yang bekerja makan gaji tu boleh teruskan bekerja makan gaji.
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Tapi dalam masa yang sama, kena usahakan kerja secara part time dari rumah..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ni, terdapat banya cara nak buat kerja secara part time dari rumah.. tinggal nak buat atau tak nak buat sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Negara Arab Saudi yang kaya dengan minyak dan negara China yang menjadi gergasi ekonomi Asia pun boleh kecundang… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Inikan pula kita Malaysia yang agak ketinggalan dari segi ekonomi berbanding negara-negara tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Hebat betul cara permainan US yang mampu mengawal dan menguasai pasaran minyak dunia..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Mereka fokus kepada penguasaan minyak dunia untuk mendominasi ekonomi dunia..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Nampaknya strategi mereka berjaya.. keadaan ini pastinya membimbangkan negara-negara besar seperti Rusia,China, Arab Saudi dan sebagainya..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Penguasa arab harus diganti oleh orang NU biar berjaya lagi kaya dulu..hehe
Curahan rasa alya @ ..Apa Jamur Penyebab Panu di Wajah, di Punggung, Tangan, Leher dan Seluruh Badan
mak aiii, potong gaji ek?? harap-harap kerajaan tak potong gaji saya. pendapat saya, kita perlu ada simpanan emas yang secukupnya. Masa untuk emas!!
Curahan rasa siti hazreen @ ..Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015
Tu lah risaunya.. sekiranya kerajaan Malaysia juga mengikut jejak langkah Arab Saudi.. 20% bukan sikit tu..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Harap-harap Malaysia tak parah macam tu. Kalau kerajaan berkhemah dalam berbelanja dan mentadbir kewangan negara Insyallah ia boleh diatasi..
Yurp.. saya pun berharap begitu juga.. semoga ekonomi Malaysia masih dapat bertahan walaupun nilai ringgit Malaysia jatuh….
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Senak Arab Saudi satu hal.
Tapi sakit perut kat Malaysia ni dah 3-4 tahun terasa, tak mahu juga hilang-hilang. Terasa 10 – 15 tahun lepas, lebih selesa, lebih byk boleh bernafas.
Minyak dah banyak sapu. Bila nak elok tak tau la. Rasanya Malaysia ni bukan sakit perut biasa.
Curahan rasa Iskandar @ ..Cari Tempat Untuk Family Day? Cuba Pantai Batu Layar
kena tohok yang atas sekali tu barulah ekonomi malaysia ni boleh bernafas semula.
Curahan rasa raihanah @ ..Detox Bantu Tingkatkan Kesihatan
Kena tohok ye? hihi .. Saya garu kepala sbb first time dengar.
Bunyi kelakar, tapi ni first time dengar. Tohok tu apa bendanya tu?
Curahan rasa Iskandar @ ..Terbongkar – 5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia
Bestnye , teringin nak lawat negara orang, kumpul duit dulu, nanti boleh begi dgn family
Allahu..Takut bila memikirkan keadaan ekonomi dunia sekarang,zaman gelap semakin hampir,kejatuhan kapitalism dan sistem kewangan semakin tiba..Allah Allah..
Ya betul tu.. lebih membimbangkan bila memikirkan masa depan anak-anak..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
zaman kita ni masih mampu lagi nak beli rumah.. zaman anak cucu kita nanti tak tahulah, samada mereka mampu beli rumah sendiri ataupun tak bila tengok keadaan ekonomi sekarang…
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Kadang bila dengar kat berita dan tv. ekonomi semakin baik.
Tapi bagi yang ‘tahu’ dan ‘alami’ sendiri keadaannya.
akan dapat rasa. Terutamanya syarikat besar-besar.
Boleh tanya kawan-kawan kita di sana . Bagi yang bekerja disana dah boleh tahu dah. Macam mana keadaan mereka.
dari situ kita akan tahu ceritanya.
Boleh bersedia dan belajar cara nak tambah income juga sebagai persedian awal.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Dapat RM1000 Sebulan Hasil Menulis
memang scary dengang keadaan ekonomi sekarang ya. Boleh merasakan bisnes besar dan kecil sumer merudum. Yang tak bekerja macam akak pun ramai huk huk huk..Buatlah apa sahaja bisnes halal untuk menambah pendapatan mengeluh tidak akan mengubah apa-apa.
Adakah tanda dunia dah semakin ke penghujung.. Semuanya ada dalam perancangan Allah SWT yang lebih mengetahui.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Dapat RM1000 Sebulan Hasil Menulis
tiba-tiba jadi takut bila baca post ni. yelah, arab saudi negara besar, pun terkesan dengan ekonomi. bagaimana pula dengan negara-negara kecil ni. kemudian, bila terbaca mengenai simpanan 24bulan tu. berapa ramai yang ada simpanan sebanyak tu sekarang ni. bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, tak semua yang mampu survive! menakutkan!
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Pertabalan new king of Thailand mungkin ditangguhkan lebih daripada satu tahun.
kenapa ya, mungkin pasal harga minyak ke? banyak juga yang kurang tu sampai 20%.
Curahan rasa raihanah @ ..Turun 18kg Dalam Tempoh 67 Hari
Comments are closed.