Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertama nak mohon maaf kepada Blogger popular Malaysia Yuyu Zulaikha sebab tak dapat nak terbang ke Langkawi meraikan hari bahagia. Bukan alasan tak dapat kad jemputan walaupun katanya sudah dikirimkan bukan juga kerana Langkawi lokasi pelancongan menarik Malaysia itu terlalu jauh tapi menghormati penganjur perhimpunan terbesar Blogger Malaysia yang telah menyenaraikan blog Denaihati antara lima calon yang masuk final untuk katogeri “Best Personal Blog”.
Alhamdulillah Blogger kecik molek Yuyu Zulaikha telah selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan Izam yang tak kurang nsemnya. Kali pertama berjumpa Yuyu di event Nuffnang Blogopolis di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Tabik dengan Yuyu Zulaikha walaupun jauh lebih popular berbading dengan Denaihati tetapi sentiasa memberi ruang masa untuk hadir di majlis Sepetang Bersama Blogger dan juga sudi menjadi panel.
Semuga Yuyu Zulaikha dan Izam akan hidup berbahagia hingga ke Syurga. Abang Denaihati tak ada apa nak pesan tapi mungkin entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” boleh dijadikan panduan membina kehidupan suami isteri yang sangat mencabar.
Gambar perkahwinan Yuyu Zulaikha yang di skodeng dari FB beliau.
Wakil rakan Blogger Eyriqazz bersama keluarga yang meraikan hari bahagia Yuyu Zulaikha.
14/12/13 sempat juga singgah di majlis perkahwinan anak top Blogger Malaysia Kak Ina KL di Salak Tinggi boleh ke tersalah terjah sampai ke Sepang nasib baik taklah jauh mana nak pusing balik. Best juga konsep jamuannya tak de kari atau kurma ayam atau daging yang ada ikan keli sambal, kambing bakar dan satay.
Selamat pengantin baru kepada Yuyu Zulaikha dan Izam juga kepada anak dan menantu Kak Ina KL.
64 Comments
wawa selalu berkunjung ke blog yuyu zulaikha ni. seorang blogger yang kecik molek. Tahniah sekali lagi. Semoga kekal sehingga akhir hayat.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
memang kecik molek orangnya..tahniah yuyu zulaikha, semoga bahagia hingga ke anak cucu..selamat datang ke alam perkahwinan..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
tahniah yuyu zulaikha. selamat pengantin baru dan semoga dapat anak cepat cepat. tak sabar wawa nak tengok baby yuyu nanti.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Semoga dikala ini Yuyu dan pasangannya kekal bahagia dalam mengharungi cabaran hidup berumah tangga. Ada masalah…rujuk sahaja dengan tuan denaihati… 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Wow! 50 Juta Views!!!
dah lama tak jumpa yuyu tak ingat last jumpa dia bila mungin tahun lepas rasanya jumpa dia .. tp selalu je baca dekat FP dia …
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Tahniah kepada blogger popular Malaysia, Yuyu Zulaikha yang sudah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya. Semoga kekal hingga ke Syurga. 😉
Tahniahlah kepada yuyu yang sudah berumah tangga, semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Sentiasa taat pada suami dan bertoleransi dengan suami.
Curahan rasa adarain @ ..Perodua Axia Pilihan Terbaik
cantik berseri pengantin. Tak lama lagi bakal menjadi ibu pulak. Tahniah blogger yuyu dan husband. Moga berbahagia hingga ke syurga.
Tahniah dan selamat berbahagia buat beliau. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Kiut dan sama padan ja dua-dua.
Selamat menjalani hidup berkeluarga.
Dah kawin dah dia.. Sekarang dah mengandung dah pun.. Tahniah Yuyu
Curahan rasa amirnawawi @ ..Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa Malaysia
Sempat jumpa yuyu masa event Ramadhan Meal Launch di Fish & Co. Alhamdullilah dah mengandung pun 🙂
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
Tahniah kepada saudari Yuyu! Semoga bahagia selamanya dengan Mr. Right tercinta. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Terimaksih banyak atas informasinya..sukses selalu untuk info beserta websitenya..
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
perkawinan sederhana tapi momen yang sangat indah , i like it .
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Comments are closed.