YES 4G Tawarkan Tablet Acer Iconia One 7 secara PERCUMA

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, penggunaan internet pada masa kini sememangnya seperti sudah menjadi satu keperluan. Apatah lagi mereka yang sentiasa aktif dalam media sosial. Berjam-jam menghadap gajet masing-masing tidak kira dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian, maka pemilihan plan internet terbaik juga sering menjadi sesuatu yang penting.

YES, merupakan satu jenama perkhidmatan mudah alih di bawah YTL Communications telah mengumumkan sesuatu yang menarik pada taklimat bersama dengan Intel Malaysia dan Acer. Peluang untuk memiliki Tablet Acer Iconia One 7 boleh melalui pelan bundle yang boleh didapati secara eksklusif dari semua YES Store dan YES Exclusive Retail Partners di seluruh negara. Untuk masa yang terhad sahaja, Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle menawarkan tablet Acer yang menggunakan processor Intel Atom Z2560 (1.6GHz) percuma dengan langganan pelan Internet YES 4G sebagai promosi pendaftaran awal.

Intel Manager

Pengguna yang mendaftar dengan pelan bundle semasa promosi ini akan menerima Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara PERCUMA. Dengan pelan ini, pengguna dengan mudah dapat menyambung bukan sahaja untuk tablet mereka, tetapi untuk telefon pintar dan komputer riba dengan Rangkaian YES. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati kelajuan 4G sehingga 200Mbps dengan suara dan SMS semuanya dalam satu pelan tunggal.

YES Huddle XS 4G Mobile Hotspot ini sangat menarik dan ringan tetapi berkuasa. Dengan ketebalan hanya 12.5mm dan berat hanya 56 gram, ia mampu memberi capaian internet sehingga 5 unit peranti. Sudah tentu ia menguntungkan pelanggan yang mempunyai pelbagai gajet.

CEO YTL Communications

Acer Iconia One 7 merupakan satu peranti yang mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan nipis 7-inci tablet dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560 di 1.6GHz dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Selain paparan skrin 7 “HD IPS yang jelas bagi imej dan menonton video , Acer Iconia One 7 juga mempunyai penyambungan Bluetooth 3.0 , keupayaan WiFi dan Flash Memory 16GB.

Tablet ini juga dilengkapi dengan dual camera dan panel bertekstur boleh didapati dalam empat variasi warna iaitu hitam, biru, merah dan putih.

Tablet Acer dan Huddle XS

Berikutan kerjasama MoU kami dengan Intel Malaysia tahun lepas, hari ini kita bangga menjadi pembekal perkhidmatan Internet yang pertama dan hanya di Malaysia yang menawarkan tablet terkini Acer Iconia One 7 yang dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560, PERCUMA untuk setiap pelanggan baru YES dalam masa “early bird”.  – Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications.

Menarik? Tertarik? Jangan lupa dapatkan segera dan daftar segera dalam promosi early bird ini. Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle boleh didapati mulai pada 28 Ogos 2014. Layari Promosi Terbaru Yes4G untuk maklumat lebih lanjut.


Spread the love

213 Comments

    1. Takde coverage yang menjadi masalah kalau nak membeli YES Huddle XS 4G Mobile Hotspot walaupun ianya berkuasa hebat. Kalau kawasan ada coverage memang tak rugi membeli kan
      Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

  1. Menarik. PG belum pernah menggunakan sebarang produk Yes ni, risau juga jika tidak bersesuaian dengan tempat PG tinggal. Mungkin lambat atau cepat. Tidak berani untuk sign kontrak jika melibatkan sesuatu produk yang PG gunakan untuk kegunaan seharian, takut nanti tidak berbaloi. Apa pun, tidak salah untuk mencuba kan.
    Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. tak berani jugak naik sign kontrak sebab taknak terikat. Lagi selesa menggunakan jenis prepaid lebih mudah untuk kita menggunakan tanpa perlu terikat membayar setiap bulan kan.
      Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

  2. Teringin nak pakai internet akses yg berkelajuan tinggi 4G Yes ini tetapi bagi dikawasan hulu seperti saya ni, manalah ada…harapkan streamyx jer. Itu pun harganya punyalah mahal kalau 2G dan keatas… huhu

    1. coverage kawasan memang menghadkan kita untuk menggunakan internet access yang berkelajuan tinggi. harap harap lepas ni YES boleh cover lebih banyak kawasan dan boleh menarik lebih ramai pengguna kan
      Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

  3. Masa saya ke Australia aritu saya pakai simkad sana 4G. Kat sana semua simkad dah pakai 4G Memang laju dan terbaik… Kita sini baru nak mula… 3G pun makan Gg tinggi boleh tahan jugalah nak bayar bulan-bulan.

    Saya tak pernah pakai YES lagi. Pelan bundle Yes ni nampak menarik harap charge untuk pelan tu menarik juga lah huhu
    Curahan rasa Akma Omar @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

      1. Masing masing sedang berlumba untuk lebih bagus so berlumba lumba jugaklah tentang harga tu. Kadang kadang walau mampu harga murah perkhidmatan pulak slow kan..susah jugak macam tu
        Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

    1. Dulu masa study kat UiTM hanya mengharapkan wifi yang ada je Itupun slow yang amat kekadang dapat dan kekadang takde lansung. Untunglah boleh gunakan YES dan siap ade kiosk lagi. nampaknya dah meluaslah pasaran YES ni kan
      Curahan rasa Azhafizah @ ..Zikir HarianMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!