Piala Malaysia : Kelantan Vs Negeri Sembilan

Spread the love

Demam Piala Malaysia sedang melanda Kelantan dan Negeri Sembilan. Diberitakan semalam 85,000 tiket telah habis dijual dan ada yang marah-marah kerana tak dapat membeli tiket untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Skuad Wira Merah telah menunggu selama 40 tahun manakala Skuad Hoben Jang Hoben telah menunggu selama 61 tahun untuk menjejaki kaki ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia.

Aku sebenarnya dah  bertahun-tahun tak mengikuti sangat perkembangan Bola Sepak Malaysia yang sering diselubungi macam-macam kontroversi. Prestasi Bola Sepak Malaysia pun setakat itu sahaja tak ada peningkatan berbanding negara-negara jiran. Maaflah kalau aku katakan bahawa aku lebih mengenali team favorite aku ARSENAL lebih daripada perkembangan Bola Sepak Malaysia. Aku mengenali hampir semua pemain ARSENAL termasuk pemain gantiannya dan pemain yang sudah berpindah ke kelab-kelab besar lain.

Aku bukan sahaja tertarik dengan cara Fabregas, Gallas, Van Persie, Walcott, Nasri, Ashavin bermain tetapi yang paling aku angkat tabik adalah cara Pengurusnya, Arsene Wenger menguruskan ARSENAL. Sebagai seorang usahawan banyak strategi yang boleh aku pelajari daripada Arsene Wenger. Arsene Wenger tidak mengenepikan untuk memburu Kejuaraan tetapi lebih mementingkan Keuntungan kepada syarikat yang diuruskannya. Arsene Wenger pandai mencari pemain muda berkemahiran tinggi dengan harga yang murah dan berani menjualnya ketika pemain di Top Form dengan harga yang mahal seperti Adebayor, Toure, A. Cole dan Thierry Henry.

Kembali kepada cerita Bola Sepak Piala Malaysia. Tepat jam 8.45 pm pasti majoriti mata peminat bola sepak yang tidak ke Stadium Nasional, Bukit Jalil akan terpaku di depan TV menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Semuga penyokong Kelantan yang terkenal dengan Panas Barannya dapat mengawal perasaan samada Menang atau Tewas kelak. Jadi pada tekaan teman-teman SIAPA JUARA?? Aku pilih Kelantan 3-2.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

8 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!