Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terasa macam baru semalam menulis entri “Goodbye 2010, Welcome 2011” dan “Melangkah Tahun Baru 2011 dengan Niat yang Betul“, kini kita sudah melangkah ketahun baru 2012. Ini bermakna usia kita semakin pendek untuk berada di dunia dan semakin dekat ke alam akhirat. Apakah pencapaian kita tahun 2011 lebih baik daripada pencapaian 2010 atau mungkin kehidupan kita lebih banyak ujian berbanding 2010. Walau apapun yang berlaku samada yang baik atau yang susah pasti semuanya itu ada hikmah bagi mereka yang bersabar.
Kehidupan ini tidak lari dengan ujian ALLAH SWT. Senang-susah, berjaya-gagal, kahwin-cerai, kaya-miskin, sihat-sakit, gembira-duka, hidup-mati semua ini adalah sifat berlawan yang pasti akan ada dalam kehidupan manusia. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang datang menerjah hidup pada masa yang tidak dijangka. Terima sahaja ketentuan ALLAH SWT dengan redha pasti kita tidak akan merasa susahnya hidup ini. Kita akan merasa hidup ini tersangat susah apabila kita cuba melawan takdir yang telah ditentukan ALLAH SWT. Peritnya hidup dimadu apabila kita tidak menerima hakikat takdir dari ALLAH SWT. Tulis senang tapi untuk dipraktikkan bukan mudah tetapi itulah hakikat kehidupan.
Alhamdulillah blog Denaihati melalui berbagai transformasi sepanjang 2011. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara lansung dengan blog Denaihati iaitu Kak Jie, Ariffshah, Anarm, Shahril, Jaws, Serverfreak dan Eizil juga kepada semua sponsor yang sudi bersama dengan semua contest yang pernah dianjurkan sepanjang 2011. Ucapan billion terima kasih kepada 1.1 juta Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan berkongsi idea sepanjang tahun 2011.
Berbagai perancangan sedang dibuat untuk 2012 untuk mengukuhkan kehadiran blog Denaihati dan yang paling utama untuk memperkasakan tagline Hidupkan Untuk Memberi. 2012 akan membawa dimensi baru kepada blog Denaihati bersama dengan Rakan Blogger yang setia bersama. Kejayaan itu kurang bermakna seandainya tidak dapat membawa Rakan sekeliling berjaya bersama.
Welcome 2012, Goodbye 2011. Semuga 2012 bakal diwarnai dengan berbagai rempah ratus kehidupan yang akan dapat kita harungi dengan tabah dan redha. Jangan berangan-angan dengan masa depan yang belum tentu tetapi jangan pula meratapi kegagalan masa lampau, hidup mesti diteruskan dengan hanya berharap sepenuhnya kepada ALLAH SWT bukan pada makhluk yang lain.
SELAMAT TAHUN BARU 2012.
163 Comments
Semoga Allah SWT memberkahi kita semua dan memudahkan segala urusan kita. Tahun 2011 sudah meninggalkan kita dan tahun 2012 kita awali dengan niat dan doa serta berharap kehidupan kita kian lebih baik lagi. Amin…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 2012
Selamat Tahun Baru untuk semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 2012
Selamat tahun baru juga untuk Bang Iwan sekeluarga… terutama untuk Admin Blog DH
Curahan rasa DUIT RAYA PERCUMA @ ..Selamat Tahun Baru 2012
selamat tahun baru… 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..ada lagi kes sejenis – gay
Selamat tahun baru juga bang Iwan semoga pencapaian dalam blog lebih baik dari tahun kemarin
Curahan rasa Berita Satu Dunia @ ..Lagu Sambut Tahun Baru yang Unik
Selamat tahun baru Bang Munir..
Selamat tahun Baru 2012..
semoga di tahun baru ini bisa jadi lebih baik dari tahun kemarin!!
Curahan rasa Obat Tradisional Penyakit Asma @ ..Penyakit Darah Tinggi|Obat Tradisional Penyakit Darah Tinggi
semoga 2012 membawa keamanan, dan peperangan tidak menjadi resolusi dalam penyelesaian konflik
Curahan rasa apaajanews @ ..2012 Keamanan, Peperangan dan Sumber Tenaga Baru
Untuk saya tahun 2012 adalah tahun penuh motivasi untuk meraih mimpi dan prestasi
Curahan rasa Dadan @ ..TIPS JITU MENDATANGKAN BANYAK PENGUNJUNG KE WEB / BLOG ANDA
welcome 2012!
welcome 2012,semoga segala plan tercapai thn ni..insyaAllah
Curahan rasa Shack @ ..Mudah.My Paling Banyak Transaksi Terbabit Penipuan Internet
happy new year 2012
new spirit new life
Curahan rasa wim thariq @ ..5 situs short url
selamat tahun baru.. sesiapa yang belum capai azam tahun lepas leh la bawak ke tahun ni..hahha
Curahan rasa nizarazu @ ..Masih Relevankah Penggunaan Blog Di Tahun 2012?
Selamat Tahun Baru Denaihati…Semoga segala impian dan perancangan yg dijalankan tercapai pada tahun 2012…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
melangkah lebih maju di tahun 2012 ini
happy new year denaihati dan semuanya 😛
Curahan rasa obat herbal alami @ ..Agen Jelly Gamat Gold Jambi
slmt thn br denai hati..da makin tua la thn ni..huhu
semoga di tahun yang baru,kita mempunyai pikiran yang baru juga..!!
hahaha..
http://www.obat-xamthoneplus.com/kelenjar-getah-bening
Curahan rasa agen herbal xamthone @ ..Penyakit jantung|obat herbal jantung
Selamat Tahun Baru denaihati …
Semoga di tahun baru ini kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya ..
Curahan rasa Alfian @ ..Selamat Tahun Baru 2012
selamat tahun baru denaihati..moga impian 2012 tercapai hendaknya..
5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011
http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html
Curahan rasa kedaikasperskyonline @ ..5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011
Semoga tahun 2012 lebih banyak impian tercapai.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Heppy New Year 2012
Comments are closed.